Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.pan] | ماڤن

Definisi : 1. tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap: mengikut tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~; hasil ciptaan pengarang yg sedia ~; memapankan memantapkan, mengukuh­kan, menstabilkan sesuatu: mereka harus ber-usaha utk ~ kedudukan ekonomi keluarga terlebih dahulu; kemapanan keadaan mapan, kemantapan: tidak ada yg tidak boleh dipersoalkan se-hingga ilmu dan teori bertentangan dgn ~; pemapanan perihal (proses, perbuatan) me­mapankan sesuatu, pemantapan, pengukuhan, penstabilan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.pan] | ماڤن

Definisi : 1 tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum; mantap: Bahasa Melayu yg sudah ~ mampu menjadi bahasa perhubungan di Nusantara. 2 sudah kukuh, stabil atau teguh (bkn kedudukan dsb); sudah dikenali ramai (bkn seseorang): Samad Said, Anwar Ridwan, dan Kemala ialah antara penulis yg sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mapan
Rujuk :mantap


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. pembangunan mapan atau pembangunan mampan ? 2. penulis mapan atau penulis mampan ? 3. ekonomi mapan atau ekonomi mampan ?Perkataan mapan bermaksud tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum atau mantap. Mampan bermaksud mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya). Oleh itu: 1. pembangunan mampan, 2. penulis mapan, 3. ekonomi mampan.Makna05.09.2010
Apa beza antara mampan dengan mapanMapan bermaksud tidak berubah-ubah atau mantap, manakala mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya).Makna19.09.2011
Pohon sahkan mana perkataan yang betul untuk digunakan; mapan atau mampanKata mapan dan mampan, kedua-duanya betul. Mapan bermaksud mantap dan padanan dalam bahasa Inggeris ialah establish, manakala mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dan padanan dalam bahasa Inggeris ialah sustainable. Istilah09.09.2011
1. Apakah beza makna perkataan ' mapan' dan ' mampan ', betulkah ayat : keselesaan mapan / mampan ?. 2. Perkataan ' kedapatan ' adakah sama penggunaannya dengan terdapat : Kedapatan juga mereka yang....... 3. Tanda seru : MAS ! lambang kehebatan negara Malaysia. Bolehkah menggunakan tanda tersebut spt contoh di atas ? T kasih.

1. Mapan bermaksud mantap, tidak berubah-ubah, sudah kukuh, stabil dan teguh, manakala mampan bermaksud mampu meneruskan kewujudan atau mampu menghadapi dugaan. Yang betul ialah keselesaan mapan, walau bagaimanapun ia bergantung pada konteks.

2. Kedapatan bermaksud dijumpai, didapati, atau diketahui. Contoh ayat yang diberikan lebih sesuai digunakan "Terdapat juga mereka yang ..."

3. Tanda seru digunakan dalam ayat seruan untuk memanggil atau menyeru sesuatu. Dalam konteks ayat yang diberikan ialah ayat penyata, oleh itu tidak perlu dibubuh tanda seru. Yang betul ialah MAS melambangkan kehebatan Negara Malaysia.

Makna09.07.2009
maaf atas kesilapan sebelum ini.. sy cuba mencari perbezaan antara MAPAN dan MAMPAN. di dalam kamus hanya terdapat perkataan MAPAN sahaja. mohon bantuan dari pihak tuanMapan bermakna sudah mantap atau kukuh,  manakala mampan bermakna mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi (berkenaan dengan bidang ekonomi dan pembangunan).Makna20.07.2008
APAKAH PERBEZAAN MAKSUD ANTARA PERKATAAN MAMPAN DAN MAPAN? YANG MANA SATU DIGUNAKAN UNTUK KONTEKS PEMBANGUNAN (SUSTAINABLE DEVELOPMENT)? PEMBANGUNAN MAMPAN? ATAU PEMBANGUNAN MAPAN?Mampan bermaksud mampu meneruskan kewujudan atau mampu menghadapi dugaan dan bahasa Inggerisnya ialah sustainable, manakala mapan bermaksud mantap, tidak berubah-ubah atau sudah kukuh atau teguh (bahasa Inggerisnya established). Oleh itu sustainable development ialah pembangunan mampan.Makna08.10.2009
Salam Saya ingin bertanya penggunaan ayat mana yang sesuai dan betul: 1)Pemupukan khalifah global MAPAN/MAMPAN menerusi program surau hijau 2)Pemupukan khalifah global YANG MAPAN/MAMPAN menerusi program surau hijau
Dalam Kamus Dewan,mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik (http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mampan) manakala  perkataan mapan pula bermaksud tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap: mengikut tafsiran yang mula mantap dalam kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar daripada penulis yang sudah mapan; hasil ciptaan pengarang yang sedia mapan. (mapan" style="font-size: 16px;">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mapan). 


Tatabahasa23.04.2020
Maksud dan perbezaan terperinci antara mapan dan mampan. Bagaimana cara penggunaan mengikut kesesuaian

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) takrifan bagi kata mampan dan mapan adalah seperti yang berikut:

mampan kata adjektif

(berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya) mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dalam jangka masa yang panjang. 
Contoh penggunaan: Sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan bekerjasama merancang dan mengurus kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan.


mapan
kata adjektif

1 (berkenaan teori, budaya dan sebagainya) tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum. Contoh penggunaan: Kajian ilmiah mestilah dilakukan berdasarkan kerangka kerja atau teori yang mapan.

2 (berkenaan kedudukan, ekonomi dan sebagainya) baik dan stabil. Contoh penggunaan: Perpaduan antara kaum perlu dipupuk untuk menjamin perkembangan ekonomi yang mapan.

(berkenaan suara, tulisan, lakonan dan sebagainya) mantap dan sukar untuk dicari kelemahannya. Contoh penggunaan: Sesebuah lagu itu mestilah menggunakan bahasa dan susunan lirik yang mapan.

Pemerian makna adalah berdasarkan konteks penggunaan kata tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kamus terkini terbitan DBP.
Makna12.01.2024
1. Apakah makna perkataan "mantan"? Adakah sama maksudnya dengan "bekas"? 2. Manakah ejaan yang betul, "mampan" atau "mapan"Mantan bermakna dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak; bekas. Bekas di sini bukan bermakna tempat meletak sesuatu. Ejaan mampan dan mapan betul. Kedua-duanya ada makna tersendiri; mampan bermakna mampu, dan mapan bermakna tidak berubah-ubah/kukuh.Ejaan18.01.2008
pohon DBP beri pengesahan sama ada "sustainable development" diterjemahkan sebagai "pembangunan mapan" atau "pembangunan mampan". dengan memberikan contoh tertentu, apakah perbezaan antara "mapan" dan "mampan". TKYang betul ialah pembangunan mampan, iaitu pembangunan yang mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik. Makna12.06.2008
123

Kembali ke atas