Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ra] | مارا

Definisi : akronim bagi Majlis Amanah Rakyat (perbadanan yg menolong bumiputera mem­bangun atau maju dlm bidang perniagaan, per­usahaan, pendidikan, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra] | مارا

Definisi : sl bencana, bahaya, celaka, kesusahan: dijauhkan Allah drpd bahaya dan ~-Nya; ~ jangan dipukat, rezeki jangan ditolak prb bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali di­cari-cari; ~ hinggap, ~ terbang enggang lalu ranting patah prb perihal seseorang yg dituduh melakukan sesuatu kesalahan pd hal dia tidak melakukan kesalahan itu; bermara sl berbahaya, menghadapi bahaya: jikalau tuan-tuan sekalian pergi, salah se-orang ~ . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra] | مارا

Definisi : bergerak ke muka, tampil ke hadapan, maju: barisan tentera itu ~ dgn pantasnya sungguhpun mereka menemui tentangan; memarakan menggerakkan ke hadapan, memajukan; kemaraan perihal bergerak (melangkah dll) maju, kemajuan: hulubalang telah berhim-pun di Pedas utk menyekat ~ Raja Melewar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra] | مارا

Definisi : ; saudara-~ semua kaum keluarga sendiri (jauh dan dekat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra] | مارا

Definisi : apa-apa yg mendatangkan kesukaran atau kesusahan; bencana; bahaya: Moga-moga Allah menjauhkan kita drpd segala bahaya dan ~-Nya. ~ bahaya berbagai-bagai bahaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.ra] | مارا

Definisi : bergerak ke hadapan; tampil ke muka; maju: Mereka ~ lebih kurang 10 kilometer sehari. memarakan menggerakkan ke hadapan; memajukan. kemaraan perbuatan atau hal mara: ~ tentera musuh telah dpt dipatahkan oleh tentera kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.ra] | مارا

Definisi : ; saudara-~ semua kaum keluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mara (kata kerja)
Bersinonim dengan bergerak ke muka, tampi ke depan, maju, melangkah ke depan;,
Kata Terbitan : memarakan,

Puisi
 

Datuk Bentara mudik ke hulu,
     Hajat membina sebuah kota;
Biar mara datang bertalu,
     Namun cinta kugagah juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mara jangan dipikat (= dipukat),
     rezeki jangan ditolak.

Bermaksud :

Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
"Mara" simbol semangat peniaga-peniaga MelayuPak SakoUtusan Zaman23.08.1981
Mara tubuh muzium sambut jubli perakTiadaBerita Harian01.04.1994
MARA cadang wujudkan Institut Bahasa InggerisRahman RazaliUtusan Malaysia15.03.1993
MARA, malangnya malangLanang SejagatMingguan Malaysia04.02.1996
MARA: lebihkan kerjaLanang SejagatMingguan Malaysia26.05.1996
Mara, Tetamu anjur baca puisiTiadaBerita Harian03.10.1998
Mara tubuh institut latih Bahasa InggerisTiadaBerita Harian11.06.1991
Mara akan bina akademi pengajian bahasa $20 jutaTiadaMingguan Malaysia30.06.1991
Mara anjur ayembara esei dan cerpenAkhbar:  Utusan Melayu16.06.2000
S. Mara Gd dan novel-novel detektifnyaTiadaKompas29.07.1988
123

Kembali ke atas