Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ra] | مارا

Definisi : akronim bagi Majlis Amanah Rakyat (perbadanan yg menolong bumiputera mem­bangun atau maju dlm bidang perniagaan, per­usahaan, pendidikan, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra] | مارا

Definisi : sl bencana, bahaya, celaka, kesusahan: dijauhkan Allah drpd bahaya dan ~-Nya; ~ jangan dipukat, rezeki jangan ditolak prb bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali di­cari-cari; ~ hinggap, ~ terbang enggang lalu ranting patah prb perihal seseorang yg dituduh melakukan sesuatu kesalahan pd hal dia tidak melakukan kesalahan itu; bermara sl berbahaya, menghadapi bahaya: jikalau tuan-tuan sekalian pergi, salah se-orang ~ . (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra] | مارا

Definisi : bergerak ke muka, tampil ke hadapan, maju: barisan tentera itu ~ dgn pantasnya sungguhpun mereka menemui tentangan; memarakan menggerakkan ke hadapan, memajukan; kemaraan perihal bergerak (melangkah dll) maju, kemajuan: hulubalang telah berhim-pun di Pedas utk menyekat ~ Raja Melewar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra] | مارا

Definisi : ; saudara-~ semua kaum keluarga sendiri (jauh dan dekat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra] | مارا

Definisi : apa-apa yg mendatangkan kesukaran atau kesusahan; bencana; bahaya: Moga-moga Allah menjauhkan kita drpd segala bahaya dan ~-Nya. ~ bahaya berbagai-bagai bahaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.ra] | مارا

Definisi : bergerak ke hadapan; tampil ke muka; maju: Mereka ~ lebih kurang 10 kilometer sehari. memarakan menggerakkan ke hadapan; memajukan. kemaraan perbuatan atau hal mara: ~ tentera musuh telah dpt dipatahkan oleh tentera kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.ra] | مارا

Definisi : ; saudara-~ semua kaum keluarga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mara (kata kerja)
Bersinonim dengan bergerak ke muka, tampi ke depan, maju, melangkah ke depan;,
Kata Terbitan : memarakan,

Puisi
 

Datuk Bentara mudik ke hulu,
     Hajat membina sebuah kota;
Biar mara datang bertalu,
     Namun cinta kugagah juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mara jangan dipikat (= dipukat),
     rezeki jangan ditolak.

Bermaksud :

Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corak batik maracorak batik maraKesenianTiadaCorak batik berunsur tumbuhan bermotif daun atau bunga, terdapat pada batik ela. Ia mengambil sempena penubuhan Pusat Pertukangan Tangan Mara.
advancing colourwarna maraKesenianTiadaWarna yang kelihatan mara atau hampir pada penglihatan pemerhati, seperti merah, kuning dan jingga.
advance strokelejang maraMekanikGunaanBahagian kitaran mekanisme apabila mekanisme itu berada di bawah tindakan beban. Semasa lejang mara, mekanisme itu bergerak untuk melakukan kerja. bahagian kitaran ini juga dinamai lejang kerja. Lihat juga kembali.
vacuum advance controlkawalan mara vakumKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSebarang jenis sistem pengawal pancaran NOx yang direka untuk membenarkan terjadinya mara vakum hanya pada masa mod enjin dan operasi kenderaan yang tertentu.
quick-return mechanismmekanisme balik cepatMekanikGunaanMekanisme yang mempunyai nisbah masa (iaitu nisbah masa lejang mara terhadap masa lejang balik) yang lebih daripada 1. Mekanisme ini biasanya digunakan apabila lejang balik tidak melakukan sebarang kerja tetapi semata-mata membawa mekanisme balik kepada kedudukan asalnya untuk mengulangi lejang mara yang melakukan kerja. Mekanisme gelangsar-engkol ofset dan mekanisme Whitworth merupakan contoh bagi mekanisme balik cepat. Lihat juga mekanisme.
time rationisbah masaMekanikGunaanNisbah masa yang diambil untuk lejang mara terhadap masa yang diambil untuk lejang balik. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk pada mekanisme balik cepat. Mekanisme yang nisbah masanya bernilai lebih daripada 1 dinamai mekanisme balik cepat. Nisbah ini digunakan sebagai ukuran kesesuaian mekanisme apabila dilihat dari segi penggunaan masa kitar, iaitu bahagian yang lebih besar daripada masa itu digunakan untuk melakukan kerja dan bahagian yang lebih kecil untuk membalik. Lihat juga mekanisme balik cepat, lejang mara, lejang balik.
positive-return camsesondol balikan positifMekanikGunaanSesondol yang mengembalikan pengikut secara positif dan bukan bergantung pada graviti atau pegas. Sesondol itu mengawal pengikutnya pada kedua-dua lejang mara dan lejang balik. Sesaran bagi lejang balik adalah sama dengan sesaran lejang mara tetapi arahnya berlawanan. Sesondol ini juga dinamai sesondol lebar malar.
onlaplapik-maraGeologiTiadaTiada
ignition advancemara pencucuhanKejuruteraanTiadaTiada
quick advancemara cepat (Tinju)SukanTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas