Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.rah] | ماره

Definisi : berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka: ayah dan ibunya ~ kepadanya; per-kataan yg akhir itu ditekannya mengeluarkan suara ~ sedikit; ~ku kpd orang-orang Jepun yg mengebom padang kapal terbang Sungai Petani belum lagi hilang; kena ~ diberangi (digusari); naik (bangkit, timbul) ~ menjadi marah; kemarah-marahan sangat marah; memarahi marah kpd, memberangi, meng­gusari: dia sendiri terasa salah kerana ~ adik-nya; budak-budak yg bergayut itu telah dima-rahi oleh konduktor bas tersebut; memarahkan 1. (naik) marah kerana sesuatu: dia cuba hendak mengambil buku lain, tetapi Kintan segera ~nya; 2. menyebabkan jadi (naik) marah: perbuatan Wak Salleh menge-mis setiap minggu itu ~nya benar; marahan Jk enggan (tidak mahu) bercampur dgn orang lain kerana marah; kemarahan perihal marah, keberangan, ke­gusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota; pemarah 1. orang yg cepat atau lekas marah: apakah suaminya ~ dan pencemburu? 2. ber­sifat atau lekas marah; amarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.rah] | ماره

Definisi : (Padang) gelaran utk anak sutan dgn perempuan biasa atau anak puteri dgn laki­laki biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.rah] | ماره

Definisi : 1 = kemarahan perasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi. 2 (berasa) panas hati kerana dipermain-mainkan dll; (berasa) berang: Ia ~ sekali mendengar jawapan orang itu. memarahi melarang atau menegur seseorang dgn menuturkan kata-kata yg kasar; memberangi: Dia ~ adiknya kerana memecahkan botol dakwatnya. memarahkan menimbulkan marah; menyebabkan menjadi marah: Ucapannya itu telah ~ kaum keluarganya. kemarahan perasaan marah; kegusaran. pemarah orang yg cepat atau lekas marah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Keledek merah pucuk meranti,
     Masak lemak tengah hari;
Sanak marah saudara benci,
     Biarlah hamba membawa diri.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak,
     terkena pada batang,
masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(33)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin pengesahan dari pihak tuan mengenai perkataan yang sesuai bagi kategori marah. mengikut pendapat saya melalui pembacaan, susunan kategori marah adalah seperti berikut bermula dari kategori rendah ke kategori tertinggi: sakit hati, marah, sangat marah, meradang, berang; dilampirkan instrumen kajian yang telah diterjemahkan dari English ke Bahasa Melayu untuk kepastianMerujuk Kamus Dewan meradang melebihi tahap marah. Walau bagaimanapun khidmat nasihat bahasa tidak dapat mengesahkan kebenaran kajian puan dan kami cadangkan puan kemukakan kajian puan kepada Bahagian Penyelidikan Bahasa, DBP untuk perbincangan lanjut. Dalam amalan biasa kita lazimnya mengikut rumus tatabahasa, contohnya: kata adjektif - marah, kata penguat - amat marah dan darjah penghabisan - teramat marah.Tatabahasa26.07.2012
MAKNA MARAHMarah bermaksud berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka.Makna19.10.2007
Guru itu tidak disukai oleh pelajarnya kerana dia seorang yang pelekas/pelekas marah. dalam kamus dewan, pelekas ialah orang yg lekas marah. jadi untuk kata pelekas perlu ke letak pelekas marah atau pelekas sudah cukup? selain marah, apa lagi kata yang boleh digunakan utk menggambarkan pelekas? tq

Pelekas merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat ialah orang yg lekas (marah, merajuk dll). Lekas ialah dlm waktu yg singkat; cepat; segera: ~ pulang kerana hari sudah senja. melekaskan membuat sesuatu supaya lekas; menyegerakan: Utk ~ kerja itu, ia mengambil seorang jurutaip lagi. memperlekas menjadikan lebih lekas. pelekas orang yg lekas (marah, merajuk dll). selekas; ~ mungkin, = selekas-lekasnya paling lekas; secepat mungkin.

Tatabahasa31.03.2010
CARIAN MAKNA MARAH, MERADANGMarah bermaksud berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murkaMakna19.10.2007
Gabungkan ayat tunggal (a) dan (b) menjadi ayat majmuk. a)Ibu marah adik. b)Adik bermain di tepi longkang. Ayat majmuk: 1)Ibu marah adik kerana adik bermain di tepi longkang. 2)Ibu marah adik kerana bermain di tepi longkang. 3)Ibu marah adik kerana dia bermain di tepi longkang. ~Tuan,ayat majmuk 1,2 atau 3 yang betul?Tolong berikan penjelasan.Terima kasih.Ayat majmuk yang tepat ialah  2)Ibu marah adik kerana bermain di tepi longkang. Perkataan "adik"  tidak perlu diulang sebanyak dua kali dalam teks. Begitu juga perkataan "dia" bagi menggantikan "adik".Tatabahasa28.03.2015
Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Saya marah pada Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Sama maksud ke?

1. Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. (betul)

2. Saya marah kepada Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. (kata sendi nama"pada" diganti dengan "kepada".  Salah satu daripada fungsi kata sendi nama "kepada" adalah untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama.)

Oleh itu, frasa "Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya" dan "Saya marah kepada Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya" mempunyai maksud yang sama.

Tatabahasa30.11.2022
Tuan/Puan, Tolong mengesahkan sama ada ayat ayat berikut betul: 1.Dia masih marah dan dia enggan berjumpa dengan sesiapa pun. 2.Dia enggan berjuma dengan sesiapa pun kerana masih marah. 3.Beliau meletakkan kepentingan rakyat di atas kepentingan diri. Terima kasih.1. Dia masih marah dan enggan berjumpa dengan sesiapa pun. 2. Dia enggan berjumpa dengan sesiapa pun kerana masih lagi marah. 3. Beliau meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan diri sendiri.Tatabahasa19.11.2015
Saya marah terhadap Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Ayat yang manakah betul?

Kedua-dua cadangan ayat yang dinyatakan betul penggunaannya dalam bahasa Melayu.

Tatabahasa30.11.2022
Saya marah dengan abu. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Saya marah kepada Abu"Tatabahasa05.10.2022
Saya marah terhadap Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Saya marah akan Abu kerana dia memecahkan pasu bunga saya."

Lain-lain24.11.2022
123456789

Kembali ke atas