Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.rah] | ماره

Definisi : berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka: ayah dan ibunya ~ kepadanya; per-kataan yg akhir itu ditekannya mengeluarkan suara ~ sedikit; ~ku kpd orang-orang Jepun yg mengebom padang kapal terbang Sungai Petani belum lagi hilang; kena ~ diberangi (digusari); naik (bangkit, timbul) ~ menjadi marah; kemarah-marahan sangat marah; memarahi marah kpd, memberangi, meng­gusari: dia sendiri terasa salah kerana ~ adik-nya; budak-budak yg bergayut itu telah dima-rahi oleh konduktor bas tersebut; memarahkan 1. (naik) marah kerana sesuatu: dia cuba hendak mengambil buku lain, tetapi Kintan segera ~nya; 2. menyebabkan jadi (naik) marah: perbuatan Wak Salleh menge-mis setiap minggu itu ~nya benar; marahan Jk enggan (tidak mahu) bercampur dgn orang lain kerana marah; kemarahan perihal marah, keberangan, ke­gusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota; pemarah 1. orang yg cepat atau lekas marah: apakah suaminya ~ dan pencemburu? 2. ber­sifat atau lekas marah; amarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.rah] | ماره

Definisi : (Padang) gelaran utk anak sutan dgn perempuan biasa atau anak puteri dgn laki­laki biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.rah] | ماره

Definisi : 1 = kemarahan perasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi. 2 (berasa) panas hati kerana dipermain-mainkan dll; (berasa) berang: Ia ~ sekali mendengar jawapan orang itu. memarahi melarang atau menegur seseorang dgn menuturkan kata-kata yg kasar; memberangi: Dia ~ adiknya kerana memecahkan botol dakwatnya. memarahkan menimbulkan marah; menyebabkan menjadi marah: Ucapannya itu telah ~ kaum keluarganya. kemarahan perasaan marah; kegusaran. pemarah orang yg cepat atau lekas marah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Keledek merah pucuk meranti,
     Masak lemak tengah hari;
Sanak marah saudara benci,
     Biarlah hamba membawa diri.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak,
     terkena pada batang,
masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(33)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
barbarismbarbarismeKesusasteraanPuisiPerkataan, frasa ataupun kalimat yang kasar, keras, marahmarah dan sinis yang tajam dalam penciptaan sesebuah puisi terutama puisi moden.
provocationbangkitan marahKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan melakukan atau menyatakan sesuatu yang menyebabkan seseorang berasa terganggu atau marah dan orang tersebut bertindak balas dengan melakukan sesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang.
non-verbal behaviortingkah laku bukan lisanPsikologiPsikologi UmumSebarang bentuk tingkah laku yang berupa bahasa gerak-geri, sentuhan, ekspresi muka atau gerak isyarat yang dipamerkan sewaktu berkomunikasi. Contohnya, mempamerkan muka marah menunjukkan perasaan individu yang sangat marah.
angermarahPendidikanTiadaTiada
angermarahPerubatanTiadaPerasaan benci, dendam, kecewa, hampa dan sebagainya yang mungkin mencetuskan pergaduhan dan permusuhan. Keadaan ini boleh dirawat dengan kaunseling atau ubat.
sham ragemarah buatanPerubatanTiadaTiada
provokemembangkitkan marahUndang-undangTiadaTiada
adirato (It)dengan marahMuzikTiada

Persembahan muzik secara berang.

angry catskucing marahPendidikanTiadaTiada
anger raperogol marahKriminologiKeadilan JenayahJenis rogol yang dilakukan oleh penyerang untuk melepaskan kemarahannya terhadap mangsa. Jenayah ini juga melibatkan penggunaan kekerasan lain seperti memukul, memaki hamun dan menghina mangsa.
1234

Kembali ke atas