Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ra.ton] | ماراتون

Definisi : perlumbaan larian jarak jauh (lebih kurang 26 batu atau 41.8420 kilometer). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ra.ton] | ماراتون

Definisi : perlumbaan berlari sejauh lebih kurang 26 batu atau 42 km. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata maraton


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, boleh saya tahu kata terbitan 'buka' yang mana yang lebih tepat digunakan dalam ayat berikut, dan mengapa? Dahulu, maraton hanya dibuka/ terbuka kepada kaum lelaki. terima kasihKedua-dua kata terbitan teR- dan di- boleh digunakan dalam contoh ayat tersebut. Awalan teR- dalam konteks ini membawa maksud tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Awalan di- dalam konteks ini membawa maksud memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai, menyaksikan dan sebagainya.Lain-lain26.08.2021
Salam sejahtera. Mohon cadangan untuk perkataan seperti Jogathon, Marathon, Ceriathon disebabkan penggunaan perkataan ini semakin digunakan. Sekian terima kasih.Untuk makluman tuan, belum wujud istilah untuk perkataan jogathon dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun merujuk sumber yang ada kita telah menerima perkataan walkaton yang disesuaikan ejaannya daripada perkataan walkathon, maka perkataan jogathon  dieja sebagai jogaton dalam bahasa Melayu.

Perkataan marathon pula dipadankan dengan perkataan bahasa Melayu maraton. Rujuk maraton">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=maraton.

Untuk perkataan ceriathon pula, mohon pihak tuan berikan maksud dan konteks ayat untuk kami berikan padanan kata yang sesuai.
Istilah30.03.2018

Kembali ke atas