Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mar.haén] | مرهاءين

Definisi : (marhaén); kaum ~ rakyat jelata (spt petani, nelayan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
marhaen (kata nama)
Bersinonim dengan rakyat jelata, rakyat murba, rakyat biasa, rakyat jembel;,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plebeianmarhaen (Rome)SejarahTiadaGolongan bawahan atau rakyat biasa dalam tata tingkat masyarakat pada zaman Rom purba.
marry-mufffabrik mari-mufKesenianTiadaFabrik kasar yang dipakai oleh golongan marhaen pada Zaman Pertengahan di England.
eton collarkolar etonKesenianTiadaKolar yang dikeraskan, menyerupai kolar kemeja, lebarnya dua kali ganda, bahagian hujung kolarnya meruncing dan bersudut cakah. Pakaian marhaen di kolej Eton England sehingga tahun 1967.
eton jacketjaket etonKesenianTiadaJaket lurus paras pinggang atau pinggul, berkolar dan berlapel lebar, dipakai tanpa kancing atau berkancing satu bahagian atas, diubah suai dari jaket marhaen di kolej Eton England sehingga tahun 1967. Popular sebagai pakaian wanita pada awal tahun 1890, dan menjadi stail sepanjang tahun untuk pakaian kanak-kanak lelaki.
tragi-comedytragi komediKesenianDrama dan TeaterDrama yang pengolahannya cenderung ke arah tragedi, tetapi berakhir dengan sesuatu yang bersifat komedi. Tragi komedi biasanya mengisahkan kehidupan masyarakat marhaen atau rakyat biasa secara ironi dengan isu kemiskinan dan keinginan watak. Drama-drama seperti Anak Kerbau Mati Emakdan Tingginya Menyapu Awankarya Malina Manja merupakan contoh tragi komedi.
demagoguedemagogSejarahTiadaPemimpin atau pemidato zaman silam yang memberi ucapan untuk membangkitkan perasaan orang ramai dan dianggap pejuang kepentingan umum berdasarkan ucapannya yang berapi-api, biasanya golongan plebeian atau marhaen.
acronymakronimKesusasteraanPuisiPerkataan ringkas dalam puisi yang dibentuk daripada huruf atau suku kata yang berturutan. Contohnya, 'plb' yang bermaksud 'pembangunan luar bandar' dalam puisi "Kampung Talang" karya Dharmawijaya dan 'kerontang' yang bermaksud kering�kontang dalam puisi "Marhaen" karya A. Samad Said.

Kembali ke atas