Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ri] | ماري

Definisi : 1. (ke) sini: kerana engkaulah aku datang ke ~; bawa ~ bungkusan itu; ke sana ke ~ ke sana ke sini; 2. perkataan utk meng­ajak orang berbuat sesuatu, ayuh, silakan: ~ kita pergi menjerat gajah, kerana musim ini gajah akan turun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ri] | ماري

Definisi : ; IB roti ~ sj kuih kering, biskut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ri] | ماري

Definisi : 1 di tempat ini; sini: Tolong bawa buku itu ke ~. 2 kata yg digunakan utk memanggil: Busu, ~ sebentar. 3 kata yg digunakan utk mengajak orang berbuat sesuatu; ayuh; silakan: ~ kita pergi ke Kuantan besok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mari (kata tugas)
Bersinonim dengan moh, ayuh, jum, yuk, mai, sini, silakan.,

Puisi
 

Timur mari selatan mari,
     Jangan sahaja Barat Laut;
Tidur mari sebantal mari,
     Kencang pinggang tetap dipaut.


Lihat selanjutnya...(516)
Peribahasa

Kundur tidak melata pergi,
     labu tidak melata mari.

Bermaksud :

Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
walk~ up, a. (imper), (used as an invitation to enter a circus, show, etc) mari: ~ up, ~ up ladies and gentlemen!, mari, mari, tuan-tuan dan puan-puan!; b. approach, /mendekati, menghampiri/: he ~ed up to me and asked me the time, dia mendekati saya utk bertanyakan waktu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hitheradv (liter.) ke /mari, sini/: come ~, mari ke mari; ~ and thither, ke sana sini: the children ran ~ and thither, kanak-kanak itu berlari ke sana sini; come ~ look, renungan menggoda.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
comevi 1. move toward, a. (speaker) mari: ~ to me, mari dekat saya; ~ and help me with the luggage, mari tolong saya mengangkat beg-beg ini; b. (a particular place, event) datang: may I ~ to your house?, boleh saya datang ke rumah kamu?; ~ at any time you like, datanglah bila-bila masa saja; ~ to my room, datang ke bilik saya; do ~ to my birthday party, datanglah ke majlis hari jadi saya; ~ here, mari ke sini; ~ home, /pulang, balik/ (ke rumah); ~ with me, mari ikut saya; (I’m) coming, saya datang; 2. arrive by movement or making progress, sampai, tiba: the train came slowly into the station, kereta api itu sampai di stesen perlahan-lahan; they came to a town, mereka sampai di sebuah bandar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lestb. usu ~’s, (to make a suggestion) mari: ~’s go for a picnic this weekend, mari kita berkelah hujung minggu ini; ~ us pray, marilah kita berdoa; Quick! L~’s get out of here, Cepat! Mari kita keluar dr sini; c. (in warnings etc) jangan sampai: ~ there be no doubt, I mean what I say, jangan sampai disangsikan bahawa saya benar-benar memaksudkan apa yg saya katakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lestb. usu ~’s, (to make a suggestion) mari: ~’s go for a picnic this weekend, mari kita berkelah hujung minggu ini; ~ us pray, marilah kita berdoa; Quick! L~’s get out of here, Cepat! Mari kita keluar dr sini; c. (in warnings etc) jangan sampai: ~ there be no doubt, I mean what I say, jangan sampai disangsikan bahawa saya benar-benar memaksudkan apa yg saya katakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
run~ about, pergi ke sana ke mari: I dread having to ~ about and get all this information together in a hurry, saya berasa berat krn terpaksa pergi ke sana ke mari utk mengumpulkan maklumat ini secara tergopoh-gopoh;.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pillarfrom ~ to post, ke sana ke mari: the unfortunate refugees were driven from ~ to post in their search for somewhere to settle, pelarian-pelarian yg malang itu diarahkan pergi ke sana ke mari utk mencari tempat tinggal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
chasel~ /about, around/, rush about, around, berkejar ke sana ke mari: he was chasing all around the school to get the message to all the teachers, dia berkejar ke sana ke mari di sekolah itu utk menyampaikan pesan kpd semua guru;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
patter 1~ /about, around, round/, berlari-lari, berlari ke sana ke mari: “What’s that?” “It’s only a small animal ~ing about on the verandah”, “Bunyi apa tu?” “Hanya bunyi seekor binatang kecil berlari ke sana ke mari di serambi”;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
live 1 ~ out of; ~ out of a suitcase, hidup dgn membawa beg ke sana ke mari: when I was working as a salesman, I was practically living out of suitcases, semasa saya bekerja sbg jurujual, bolehlah dikatakan saya hidup dgn membawa beg ke sana ke mari; ~ out of /tins, cans/, hidup dgn makanan dlm tin: soldiers have to ~ out of cans when they go on operations, askar-askar terpaksa hidup dgn makanan dlm tin apabila mereka menjalani operasi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas