Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ri] | ماري

Definisi : 1. (ke) sini: kerana engkaulah aku datang ke ~; bawa ~ bungkusan itu; ke sana ke ~ ke sana ke sini; 2. perkataan utk meng­ajak orang berbuat sesuatu, ayuh, silakan: ~ kita pergi menjerat gajah, kerana musim ini gajah akan turun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ri] | ماري

Definisi : ; IB roti ~ sj kuih kering, biskut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ri] | ماري

Definisi : 1 di tempat ini; sini: Tolong bawa buku itu ke ~. 2 kata yg digunakan utk memanggil: Busu, ~ sebentar. 3 kata yg digunakan utk mengajak orang berbuat sesuatu; ayuh; silakan: ~ kita pergi ke Kuantan besok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mari (kata tugas)
Bersinonim dengan moh, ayuh, jum, yuk, mai, sini, silakan.,

Puisi
 

Timur mari selatan mari,
     Jangan sahaja Barat Laut;
Tidur mari sebantal mari,
     Kencang pinggang tetap dipaut.


Lihat selanjutnya...(516)
Peribahasa

Kundur tidak melata pergi,
     labu tidak melata mari.

Bermaksud :

Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya nak tanya, 1. Mari main bersama 2. Mari bermain bersama-sama mana satu betul? Terima kasih.Frasa yang betul ialah "Mari main bersama-sama".Tatabahasa02.03.2015
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai digunakan untuk "get started"? "Mari bermula" atau "Mari mulakan". Mohon bantuan pihak DBP. Terima kasih.Perkataan “Mari mulakan” dan “Mulakan” boleh menjadi padanan bahasa Melayu untuk “get started”. Namun, kami mohon tuan/puan memberikan penggunaan “get started” dalam contoh ayat supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan01.11.2018
Adakah ayat berikut betul? 1. Mari memperkenalkan diri 2. Mari saya kenalkan kawan saya. 3. Kenali sekolah saya. 4. Kenali sayur-sayuran. terima kasihSalam sejahtera,

Penggunaan ayat-ayat tersebut betul.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa19.09.2017
Adakah ayat berikut betul? 1. Mari memperkenalkan diri 2. Mari saya kenalkan kawan saya. 3. Kenali sekolah saya. 4. Kenali sayur-sayuran. terima kasihSalam sejahtera,

Penggunaan ayat-ayat tersebut betul.

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa21.09.2017
saya ingin tahu: 1. Samada perkataan "memberi" memerlukan imbuhan "-kan" dibelakangnya didalam frasa "memberikan tenaga" 2. "mari bernyanyi" atau "mari menyanyi"?

1. Perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan 'memberi' hendaklah diikuti dengan kata nama objek bernyawa, manakala 'memberikan' hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Contoh ayat adalah seperti yang berikut:

a. Ali memberi kucing makan. 

b. Ali memberikan makanan kepada kucing.


2. Kedua-duanya boleh digunakan. Lazimnya menggunakan mari menyanyi.

Tatabahasa11.09.2017
saya ingin tahu: 1. Samada perkataan "memberi" memerlukan imbuhan "-kan" dibelakangnya didalam frasa "memberikan tenaga" 2. "mari bernyanyi" atau "mari menyanyi"?

1. Perkataan "memberi" dan "memberikan" merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan "memberi" hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala "memberikan" hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, contohnya, Ali memberi adiknya sebuah buku cerita dan Ketua kumpulan akan  memberikan taklimat kepada peserta perkhemahan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 dan 202.

2. Bernyanyi dan menyanyi membawa maksud yang sama, iaitu melafazkan lagu. Contoh ayat, 'Kami mendengar nenek bernyanyi.' dan 'Kami mendengar nenek menyanyi.' adalah betul.

Tatabahasa06.09.2017
Adakah penggunaan mewarna boleh digunakan sebagai tajuk. Contoh 1. mari sertai peraduan mewarna gambar Contoh 2. Mari mewarna hurufPeraduan Mewarna sebagai kata nama boleh digunakan, tetapi jika selepas kata warna yang fungsinya kata kerja, warna kena diimbuhkan dengan apitan me-...-kan (mewarnakan) atau me-...-i (mewarnai) dan mesti ada objek penyambut, contohnya: i. Mari sertai peraduan mewarnai/mewarnakan gambar; ii. Mari mewarnai/mewarnakan huruf. Harap maklum.Tatabahasa15.09.2006
Mohon Semak Ayat dan Ejaan. Terima Kasih. --- Saya ada baju biru. Baju biru lawa. Mana baju biru? Ini baju biru. Saya suka baju biru. Saya suka baju lawa. ------ Mari baca buku. Mana buku? Itu buku. Mana buku biru? Buku biru yang baharu. Ini buku biru. Mari kita baca. --------- Bola Baharu Mana bola baharu? Ini bola. Ini bola baharu. Saya suka hati. Ada tiga bola baharu. Saya suka hati. ----- Mari Kira Mari kira bola. Satu bola, dua bola, tiga bola. Mari kita kira. Satu bola, dua bola, tiga bola, empat bola dan lima bola. Saya suka hati. -------- Hari Rabu Saya suka hari Rabu. Hari Rabu ada cerita lucu. Saya geli hati. Saya lari-lari. Saya menari-nari. Saya suka hati. ---------Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakn soalan yang lebih jelas.Lain-lain30.06.2010
1. "Mari kita pergi berkelah," kata Ayah. Huruf besar atau huruf kecil untuk 'Ayah'? 2. "Saya akan tolong Nenek," kata Aziz kepada neneknya. Huruf besar atau huruf kecil untuk 'Nenek'? 3. Salmah, Salleh dan Ibu menaiki bas ke bandar. Huruf besar atau huruf kecil untuk 'Ibu'?Ketiga-tiga perkataan tersebut iaitu ayah, nenek dan ibu ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa07.03.2013
Sekarang, mari kita lihat sumber-sumber menghasilkan barang-barang yang kita gunakan. Adakah ayat di atas betul dari segi pemajmukan kata nama? Terima kasih.Sekarang, mari kita lihat sumber untuk menghasilkan barangan yang kita gunakan.Tatabahasa23.05.2013
123456

Kembali ke atas