Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ru] | مارو

Definisi : sl sj hantu yg suka mengganggu orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata maru


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAM'ANIY, AL-

Sam’aniy, al- (506–562 H./1113–1167 M.) ialah

pakar sejarah, salasilah dan keturunan serta ahli

geografi. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Karim ibn

Muhammad ibn Mansur al-Tamimiy al-Sam’aniy al-

Maruziy. Dia juga dipanggil Abu Sa‘ad. Dia terkenal

kerana telah banyak mengembara untuk menuntut

ilmu dan mempunyai ramai guru. Ada pendapat

yang mengatakan bahawa bilangan gurunya

melebihi 5000 orang. Dia sangat tekun dalam

pembacaan dan membuat kajian sehingga berjaya

menghasilkan 50 buah buku. Antara hasil

karangannya ialah Kitab al-Ansab, Tarikh Maru yang

mengandungi lebih daripada 20 jilid, Kitab Tadhyil

Tarikh Baghdad li al- Khatib, Tarikh al-Wafat li al-

Muta’akhkhirin min al-Ruwat dan lain-lain. Dia juga

amat mahir dalam bidang salasilah dan keturunan

sehingga menulis buku Al-Ansab yang mencatatkan

biografi tokoh-tokoh terkenal sama ada dari segi

sejarah atau ilmiah. Dia menyusun nama mereka

menurut susunan abjad.

UMUM 

Kembali ke atas