Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kelak, kemudian, kemudian nanti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,

Puisi
 

Anak lang kayu tinggi,
     Patah ranting terbanglah dia;
Anak dagang datang ke sini,
     Sampai masa pulanglah dia.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PHRYGIA

Phrygia ialah sebuah negara purba yang terletak

di antara Laut Mediterranean dengan Laut Hitam,

iaitu di Turki tengah masa kini. Penduduk Phrygia

merupakan orang Indo-Eropah yang datang dari

tenggara Eropah selepas tahun 1200 S.M., dan

menetap di kawasan yang pernah diperintah oleh

kaum Hitti. Menurut legenda, raja-raja Phrygia yang

awal termasuk Gordius dan Midas. Makam batu

mereka yang hebat masih dapat dilihat di kawasan

pergunungan di situ. Lihat Midas.

UMUM 
SEKOLAH KANO

Sekolah kano ialah kumpulan pelukis Jepun

yang ahlinya datang daripada satu keluarga.

Generasi sekolah kano seterusnya menubuhkan

satu dinasti yang bertahan dari tahun 1400-an

hingga tahun 1800-an dan melahirkan ramai

pelukis ternama Jepun pada masa tersebut. Pada

tahun 1600-an ahli sekolah kano menetapkan

standard bagi lukisan Jepun yang berterusan

melebihi 200 tahun.

UMUM 
SAINT BERNARD

Saint Bernard ialah anjing besar, bijak yang

menjadi terkenal kerana menyelamatkan

pengembara yang sesat. Anjing ini dilatih pada

tahun 1600-an oleh sekumpulan rahib dari biara St.

Bernard, di Pergunungan Alps Switzerland. Pada

masa itu, ramai pengembara pergi ke Pergunungan

Alps dengan berjalan kaki. Ada yang sesat semasa

perjalanan atau tertimbus oleh salji hanyut atau

ribut salji yang datang secara tiba-tiba. St. Bernard

dilatih untuk menyelamatkan mereka yang

menghadapi masalah begini. Dengan deria bau

yang tajam, St. Bernard boleh menjumpai orang

yang tertimbus di bawah timbunan salji. Setelah

menemui mangsa, ia meminta pertolongan dengan

menyalak kuat-kuat. Anjing ini juga dilatih untuk

memandu pengembara melalui laluan yang

berbahaya, dan memberi amaran tentang tempat

berpijak yang berbahaya. Pelukis Inggeris, Sir

Edwin Landseer, melukis gambar anjing ini pada

sebuah tong kayu kecil yang tergantung di

lehernya. Tetapi pihak berkuasa menyatakan St.

Bernard tidak pernah membawa tong kecil ini

semasa misi menyelamat.

UMUM 
DAUD BEUREUEH

DAUD BEUREUEH (1899 -1987), ulama dan pemimpin Aceh, Indonesia. Dia lahir di Beureueh, sebuah kampung dekat Sigli, Aceh, Indonesia. Dia menerima pendidikan agama tetapi tidak mahir membaca dan menulis rumi, sehingga pada masa revolusi, dia diejek oleh sebahagian pegawai yang datang dari Jawa sebagai pemimpin yang buta huruf. Pada tahun 1920-an, dia berhubung rapat dengan ulama Aceh yang bermukim di Makkah dan hubungan ini mendorongnya menjadi salah seorang pelopor pembaharuan agama di Aceh. Ketika ulama reformis membentuk Persatuan Ulama Seluruh Aceh (PUSA) pada tahun 1939, dia dipilih sebagai ketua. Melalui organisasi inilah pengaruh politik Daud Beureueh mula berkembang terutama pada masa pendudukan Jepun.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SCRIBE, AUGUSTIN EUGÉNE

Scribe, Augustin Eugéne (1791–1861), penulis

drama Perancis. Dia merupakan penulis yang

berjaya dalam bentuk drama realistik yang

dinamakan, the well-made play . Drama seperti itu

bergantung pada kesan dan pada penerangan yang

teliti tentang peristiwa lalu, sedangkan pada masa

yang sama, menunjukkan peristiwa yang akan

datang. Drama yang baik mengandungi suatu

babak wajib pada klimaks apabila rahsianya

didedahkan. Hasil daripada pendedahan rahsia,

watak-watak itu akan menerima ganjaran atau

denda.

UMUM 
SEKOLAH GAYA POS

Sekolah gaya pos ialah institusi pendidikan

yang mengajar melalui surat-menyurat antara

guru dengan pelajar. Sekolah gaya pos ditujukan

kepada mereka yang berhasrat untuk mempelajari

sesuatu subjek secara sistematik, umumnya untuk

tujuan mendapatkan kelayakan profesional atau

teknikal. Mereka mungkin tidak berupaya datang

sendiri ke kelas disebabkan mereka cacat, atau

kerana mereka tinggal terlalu jauh, atau kerana

mereka bekerja pada waktu siang. Dengan

mengambil kursus gaya pos, pelajar boleh

membuat kerja pada bila-bila masa dan di mana-

mana tempat. Namun demikian, sekolah gaya pos

mempunyai keburukan kerana perhubungan

peribadi tidak wujud antara guru dengan pelajar.

UMUM 
UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA

UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA, peraturan-peraturan yang dibuat berhubung dengan pelabuhan, pelayaran dan perkapalan di negeri Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).  Ia dibuat bagi menyeragamkan undang-undang laut yang ada pada masa itu.  Perisytiharan Undang-Undang Laut Melaka dibuat sendiri oleh Sultan Mahmud Syah dan ia terpakai kepada semua nakhoda dan isi kapalnya yang datang ke Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas