Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Masa depan yang lebih cerah atau masa depan yang cerah?Frasa "Masa depan yang lebih cerah" dan "masa depan yang cerah" kedua-duanya adalah betul.Tatabahasa11.10.2022
1. Tahun Baru Cina / Tahun Baharu Cina 2. masa depan / masa hadapan

Saudara Ang,

Kedua-dua bentuk diterima dan digunakan, iaitu tahun baru/baharu dan masa depan/hadapan.

Ejaan25.03.2010
a) "Saya tahu Datuk berpangkat besar, tetapi Datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." b) "Saya tahu datuk berpangkat besar, tetapi datuk fikirlah tentang masa depan Hanna."

a) "Saya tahu Datuk berpangkat besar, tetapi Datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." - untuk Datuk yang bergelar.

b) "Saya tahu datuk berpangkat besar, tetapi datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." - untuk panggilan seperti datuk, nenek dan sebagainya.

Ejaan31.10.2011
Selamat pagi. Sila beri nasihat sama ada cadangan tema " Kenangan Masa Lampau ~ Pandangan Masa depan " sesuai. Terima kasih.Kenangan Masa Lampau - Pandangan Masa Depan boleh digunakan, atau Saudara juga boleh gunakan Kenangan Masa Lampau - Harapan Masa Depan.Lain-lain10.11.2006
Rangkai kata masa hadapan boleh tak digandakan menjadi masa- masa depan. Cth semoga semangat ini dpt diteruskan pada masa hadapan atau masa-masa hadapan?Frasa "masa hadapan" boleh digandakan menjadi "masa-masa hadapan", namun penggunaan "masa hadapan" telah memadai.Tatabahasa26.05.2014
masa depan dan masa hadapan mana satu yang tepat?Jawapan:
Kedua-dua perkataan "masa depan" dan "masa hadapan" adalah betul berdasarkan penggunaaan ayat.
Istilah27.08.2014
Assalamualaikum, penggunaan perkataan hadapan dan depan. Masa hadapan atau masa depan?Berdasarkan Kamus Dewan edisi ketiga, depan dan hadapan mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-dua bentuk, iaitu masa depan dan masa hadapan adalah betul dan boleh digunakan.Makna20.05.2012
Mohon semak ayat yang mana lebih tepat dan sesuai bagi penggunaan tema berikut: "Kelestarian Komoditi Menjamin Masa Depan" atau "Kelestarian Komoditi Untuk Masa Depan Yang Lebih TerjaminUntuk makluman saudara lestari bermaksud kekal dan lazimnya digunakan dalam konteks alam sekitar dan perhutanan. Namun begitu penggunaan perkataan lestari boleh diperluaskan kepada bidang yang lain selagi bertepatan dengan maksud "kekal"nya itu. Dalam hal ini kami berpandangan frasa kelestarian komoditi tidak sesuai kerana komoditi sesebuah negara mesti ditingkatkan atau bertambah dari semasa ke semasa dan bukannya dikekalkan. Sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih tepat maknanya. Dalam konteks perkataan yang lain tema yang pertama lebih sesuai kerana lebih ringkas dan mudah diingati
Tatabahasa26.02.2013
Tuan, apakah perbezaan masa depan dan masa hadapan? yang manakah lebih tepat penggunaannya untuk terbitan advertorial atau pengiklanan?Frasa masa depan dan masa hadapan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun frasa masa hadapan lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi.Tatabahasa23.07.2012
berikan maksud masa depan bahasa melayu dengan lebih terperinci?berikan istilah bagi maksud tersebut.sekian terima kasih.Masa depan bahasa Melayu bermaksud keadaan atau kedudukan bahasa Melayu  pada masa akan datang. Untuk menjawab soalan seterusnya sila jelaskan soalan tersebut. Lain-lain29.08.2008
12345678910

Kembali ke atas