Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : waktu yg telah lalu (lepas); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEJARAH

Sejarah ialah kajian mengenai masa lampau

manusia. Ahli sejarah mengkaji catatan mengenai

kejadian masa lampau dan menyediakan catatan

baru berdasarkan penyelidikan mereka. Catatan

ini, seperti juga kejadian yang selalu berlaku juga

dinamakan sejarah. Rencana ini membincangkan

sejarah sebagai satu bidang kajian. Berkenaan

maklumat tentang kejadian-kejadian dalam

sejarah, lihat Dunia, Sejarah, dan bahagian

Sejarah tentang pelbagai rencana berkenaan

benua, bandar, negara dan provinsi.

UMUM 
NORNS

Norns ialah tiga Nasib dalam mitologi

Scandinavia . Mereka merupakan tiga orang adik-

beradik perempuan: Urd (masa lampau), Verdandi

(masa kini), dan Skuld (Masa Depan). Urd seorang

yang tua dan memandang kepada masa lampau.

Verdandi memandang tegak ke hadapan, iaitu

kepada masa kini. Manakala Skuld mewakili masa

hadapan, dan memandang ke arah bertentangan

dengan Urd. Mengikut mitologi ini, nasib manusia

dan dewa ditentukan oleh Norns. Orang

Scandinavia awal mempercayai bahawa terdapat

banyak lagi Norns yang lebih kecil, iaitu satu untuk

setiap orang.

UMUM 
PERAMALAN

Peramalan ialah amalan mencuba mengenal

pasti peristiwa yang tidak diketahui melalui cara

magik atau ghaib. Seorang peramal dianggap

dapat mempelajari tentang masa lampau, masa

kini, atau masa depan. Sesetengah peramal

percaya mereka boleh tahu sebab-musabab

berlakunya kejadian masa lalu, seperti penyakit

atau kematian seseorang. Peramal lain, dikenali

sebagai dowser, mendakwa mereka boleh

menentukan tempat air berada di bawah tanah.

Malah ada yang percaya mereka boleh

meramalkan peristiwa, seperti bila seseorang akan

meninggal dunia atau orang yang akan dikahwini

oleh seseorang itu.

UMUM 
MEMORI

Memori ialah kebolehan untuk mengingat

sesuatu yang sudah dipelajari atau yang pernah

dialami. Memori merupakan bahagian penting

dalam proses pembelajaran. Jika kita tidak

mengingati langsung tentang masa lampau, maka

kita tidak akan dapat mempelajari sesuatu yang

baru. Semua pengalaman kita akan hilang sebaik

sahaja pengalaman tersebut berakhir dan setiap

keadaan baru betul-betul merupakan suatu perkara

yang asing. Tanpa memori kita akan mengalami

pengalaman yang sama berulang kali untuk

“pertama kalinya”. Kita juga akan kehilangan

nikmat yang diberikan oleh memori kepada

kehidupan – nikmat kenangan yang indah di

samping kenangan yang menyedihkan.

UMUM 
KALA

Kala ialah ciri kata kerja yang menunjukkan masa

sesuatu perbuatan. Terdapat tiga pembahagian

masa – kini, lampau dan depan (kelak).

UMUM 

Kembali ke atas