Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masa (kata nama)
1. Bersinonim dengan waktu: ketika, detik, saat, jam, tenggak, sangkala, sekon,

2. Bersinonim dengan jangka waktu: jangka masa, tempoh, zaman, era,

Kata Terbitan : semasa,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
masa tambah(add time)Tempoh yang diperlukan oleh pemproses untuk mengerjakan penambahan. Tempoh ini termasuk masa yang diperlukan untuk mendapatkan nombor tambahan daripada simpanan dan meletakkan hasil tambahan ke dalam ingatan.Kamus Komputer
suntuk1. sampai hadnya, telah habis wak­tunya (tempohnya), terlambat, terlewat: sia-sia sahajalah kalau ia singgah, tambahan pula masa telah ~, hampir pukul lima; tua ~ tidak mengaku dirinya tua; 2. selama, sepanjang, seluruh (hari, malam, dll); sehari ~ sepanjang hari; semalam ~ sepanjang malam; 3. Mn tidak panjang, pendek, picik, singkat; ~ akal pendek (singkat) akalnya; fikirannya ~ cetek pengetahuannya; tersuntuk tidak dapat bergerak (maju dll) lagi, terhalang, tertahan, tertumbuk atau tersundak kpd; kesuntukan perihal suntuk, kehabisan, kekurangan (wang dll), kesempitan.Kamus Dewan Edisi Keempat
lagi1. tambahan kpd yg sedia ada: lima orang ~ telah dirawat di rumah sakit; musim hujan akan datang kira-kira tengah dua bulan ~; 2. masih (berpanjangan), sedang (berbuat sesuatu dll): adapun Chau Pandan itu, ~ di benua Siam; sekarang pun ada ~ negeri itu di benua Keling; 3. dan, serta, tambahan pula: dia hartawan ~ dermawan; 4. (balik) semula, pula: janganlah ~ dicari Hamzah di dunia ini; 5. lebih (baik, elok, dll): mati ~ bagus; 6. kata yg digunakan utk menguatkan atau mengeraskan kata-kata sebelumnya: sekaranglah kita amuk, bila ~!; bilal khatib~ berdosa, ini pula kita yg jahil; ~ pula dan lagi, lebih-lebih, tambahan pula; selagi 1. selama atau sementara (belum dll):~ dia ada di sini, aku tidak mahu pergi; 2. pd masa atau ketika: ~ ayah tidur janganlah kamu bising; lagi-lagi 1. sentiasa, asyik, balik-balik: ~hendak meminjam; tak ada kerja lain, ~main; 2. bertambah-tambah lagi, makin bertambah: kalau ia tinggal bersama ayah,~ ayah berselisih faham dengannya; lagikan ark sl sedangkan, salangkan, namun: saya yg lebih rapat dengannya ~ tidak mengetahui rahsianya; lagipun lagi pula.Kamus Dewan Edisi Keempat
kemahalan1. kenaikan harga (barang-barang dll), masa barang-barang mahal; 2. bp terlalu mahal; tunjangan ~ Id tambahan kpd gaji disebabkan harga barang-barang mahal;Kamus Dewan Edisi Keempat
tokoktambahan sedikit yg diberikan pd sesuatu; imbuh. bertokok mendapat imbuh; bertambah. menokok mem­­berikan tokok; menambah; me­ng­imbuh: Ia ~ jumlah bayaran itu se­banyak lima puluh ringgit lagi utk membeli buku. Anaknya digalakkan belajar utk ~ ilmu sbg bekalan utk masa depan. menokokkan menambahkan sesuatu sbg tokok pd sesuatu (yg sudah ada): Emaknya ~ dua ringgit lagi sbg wang perbelanjaannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
unjur II; mengunjur menonjol atau menjulur ke luar dr sesuatu permukaan atau bahagian utama; menganjur: Dr tepi, kelihatan binaan tambahan itu ~ dr rumah induk. mengunjurkan 1 mem­buat ramalan atau agakan ttg keadaan, keputusan, hasil dll yg akan datang berdasarkan fakta atau data yg sedia ada: Mereka ~ keuntungan sebanyak RM2/- juta bagi tahun depan. 2 melukis garis dsb yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan. unjuran 1 anggaran atau jangkaan ttg sesuatu (hasil pengeluaran, pelaksanaan tugas dsb) pd masa depan, biasanya berdasarkan data atau maklumat semasa: Pihak pengurusan membuat ~ keuntungan yg lebih berbanding dgn ke­untungan pd tahun lalu. 2 lakaran bentuk sesuatu objek dll spt yg dpt dilihat dr arah tertentu. 3 sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bekal1. persediaan yg dibawa dlm perjalanan (spt makanan, wang, dll): menyediakan ~ utk musim sejuk; 2. segala yg mungkin berguna pd masa depan: ilmu dicari utk ~ hidup;bekal-bekalan bermacam-macam bekal; berbekal mempunyai bekal, membawa bekal: ia datang ke mari ~ pakaian di badan; berbekalkan mempunyai sesuatu sbg bekal: ~ ilmu di dada; membekali memberi bekal kpd: anak itu dihanyutkan di dlm sebuah perahu, dibekali dgn sepucuk surat dan loket tergantung di lehernya;membekalkan memberikan bekal, menyediakan sesuatu sbg bekal: sebelum berangkat, air tambahan mesti dibekalkan; bekalan benda-benda yg dipakai (disediakan) sbg bekal, (benda-benda) persediaan: ~ makanan hanya sebanyak yg terlarat dibawa; perbekalan bekalan; pembekalan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membekalkan: ia menghentikan ~ makanan utk masyarakat kota;pembekal orang yg memberi (menyediakan) bekal: pasukan ~; ~ modal orang yg memberi modal.Kamus Dewan Edisi Keempat
lebih1 melampaui had yg biasa; bertambah drpd yg dahulu; lw kurang: Panjangnya ~ satu meter dan lebarnya kurang sepuluh sentimeter. 2 sesuatu yg tinggal sesudah diambil dll; baki; sisa: Dia membelanjakan wangnya sepuluh ringgit, ~nya disimpan. 3 bertambah; semakin: Dia ~ berani berbahas di depan orang ramai sekarang. 4 (dlm perbandingan menyatakan) sangat .... (drpd): Saya ~ senang di sini drpd di sana. ~ kurang kira-kira; agak-agak. ~ masa (melakukan kerja) pd masa luar waktu kerja yg rasmi. lebih-lebih, = ~ lagi tambahan pula; istimewa pula. berlebih 1 ada bakinya: Takkanlah gaji sebanyak itu tidak ~. 2 banyak sangat: Bilik darjah itu sudah ~ kerusinya. ~ kurang bertolak ansur. berlebih-lebih 1 berlebih banyak: Bekalan yg dikirim terlalu banyak sehingga ~. 2 lebih drpd keadaan yg sebenarnya: Beliau telah menceritakan peristiwa itu dgn ~. berlebihan terlalu atau sangat banyak dll: Membaja pokok secara ~ tidak mendatangkan faedah. melebih berbuat atau berkata lebih drpd yg sebenarnya. melebihi menjadi lebih drpd; mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dpt ~ markah kakaknya. melebihkan 1 menjadikan lebih; membanyakkan: Ilmu pengetahuan dpt ditambah dgn ~ pembacaan. 2 menganggap lebih penting atau lebih berguna: Dia ~ ilmu pengetahuan drpd harta benda. melebih-lebihkan menambah-nambah sehingga menjadi lebih drpd yg sebenarnya: Dia pandai ~ perkara yg kecil. terlebih 1 paling lebih (pintar, kecil, mustahak dll): Ahmadlah yg ~ cerdik dlm darjahnya. 2 terlampau (banyak dll): Gulai ini ~ garam. lebihan jumlah (pendapatan, hasil dsb) yg lebih banyak drpd yg sepatutnya atau yg lebih drpd yg diperlukan. kelebihan 1 sesuatu yg melebihi kebiasaan; keistimewaan: Amin mempunyai ~ yg banyak walaupun kedua-dua belah matanya buta. 2 (bilangan) yg berlebih atau yg lebih banyak: Joe Frazier menang dlm perlawanan itu dgn mendapat ~ mata. selebih, selebihnya baki drpd sesuatu; lebihnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sementara1. utk beberapa ketika sahaja (tidak lama), tidak kekal: utk ~; bantuan ~; 2. = sementaraan sl selama, selagi: telah sampai di Pahang, duduklah ia memerintah negeri Pahang, ~ belum beraja; marilah cucuku yg kedua ini kududukkan sai-sainya semen-taraan aku lagi hayat; 3. sedang (berlakunya sesuatu dll): pengetahuan orang pd masa itu semuanya berdasarkan kepercayaan, ~ keper-cayaan mereka memang tidak mengenali apa-apa batas pun; 4. = ~ itu pd ketika itu, dlm pd itu: ~ itu kapal belayar juga, makin lama makin laju; 5. di samping: ~ bertindak sbg Timbalan Perdana Menteri, beliau juga dapat menambah pengalamannya; ingat ~ belum kena, jimat ~ belum habis prb hendak-lah sentiasa berwaspada dan hati-hati (supaya jangan terlewat dll); kesementaraan perihal (sifat) sementara, keadaan (sifat) tidak kekal: kesedaran ter-hadap kenyataan bahawa ~ hidupnya akibat peperangan, tidak mungkin dia menyimpan harta. sementelah = sementelahan sl lebih-lebih lagi, tambahan pula, apalagi: sudah tidak sabar lagi dia mencari, ~nya hari sudah mulai malam; aku tidak sanggup hendak ke kuala kerana tidak sedap badan sementelahan pula hari hujan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pecutalat yg biasanya dibuat drpd tali yg diberi bertangkai dan digunakan utk menyebat; cemeti; cambuk. memecut 1 menyebat dgn pecut: ~ kuda. 2 ki menggiatkan; menggalakkan: tidak mahu bekerja jika tidak dipecut. 3 ki memandu kenderaan (kereta, motosikal dsb) dgn laju: Tiba-tiba sahaja dia ~. memecutkan menambah kelajuan sesuatu gerakan (spt kereta); menjadikan sesuatu lebih laju gerakannya: Dia ~ keretanya utk mengejar penjahat itu. pecutan 1 kadar perubahan halaju (sesuatu gerakan) dlm satu unit masa tertentu. 2 gerakan memecut: ~ yg tiba-tiba itu telah memeranjatkan penumpang keretanya. pemecutan perbuatan atau hal memecut: Sebarang benda yg mempunyai halaju yg bertambah mengikut masa dikatakan mengalami ~. pemecut ist perkakasan atau perisian tambahan yg mempercepat pemprosesan sedia ada.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas