Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mas.a.lah] | مسئله

Definisi : 1. sesuatu yg memerlukan penye­lesaian, perkara atau keadaan yg menimbul­kan kesukaran (kesulitan): banyak negara Asia sekarang sedang menghadapi ~ kele-bihan penduduk; banyak drpd pengusaha tempatan yg menghadapi ~ kewangan yg tenat; 2. (Mat) soalan atau kenyataan (dlm matematik dll) yg memerlukan penyelesaian biasanya dgn beberapa perkiraan: ~ itu boleh diselesaikan dgn jalan melukis mengikut skala atau dgn jalan perkiraan; bermasalah mempunyai (ada) masalah, me­ngandungi (menimbulkan) masalah: rambut ~ yg tidak terurus, kering dan mempunyai hujung yg berbelah; jika anda berasa sedih dan ~ hari itu janganlah jadikannya utk tidak bergiat; memasalahkan, mempermasalahkan men­jadikan sbg masalah, memberi perhatian kpd (menganggap sbg) suatu masalah: ~ dunia adalah kehidupan; mereka tidak mempermasalahkan gejala korupsi secara keseluruhan; permasalahan sesuatu atau segala-gala yg menjadi masalah, (pelbagai) masalah, per­soalan: sajak-sajak mereka ditulis bagi mem-buka jalan kpd pembaca utk mengenali per-istiwa dan menilai ~ di sekeliling kehidupan mereka; seminar itu akan menitikberatkan ~ bahasa; ~ pendidikan; ~ hidup wanita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mas.a.lah] | مسئله

Definisi : sesuatu yg mesti diselesaikan; soal; perkara: Tidak ada ~ yg tidak dpt diselesaikan bermasalah mempunyai masalah. permasalahan yg menjadi masalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masalah (kata nama)
Bersinonim dengan kesulitan, kerumitan, kesukaran, kemusykilan, persoalan, isu, hal;,
Kata Terbitan : bermasalah, memasalahkan,

Peribahasa

Dimakan mati emak,
     diluahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
minta penjelasan tentang masalah-masalah berikut: Contoh: 1. kenapa di akhir ayat di dalam surat rasmi tidak boleh menggunakan perkataan 'di atas' contoh: "Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas" 2. "Mesyuarat pada 23 Julai 2012 telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan atau Ketua-ketua Jabatan?" Kedua-dua 'K' huruf besar atau cuma permulaan huruf sahaja? mohon penjelasan tuan. Terima kasih.1. Perkataan di atas boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.
2. Ejaan Ketua-ketua Jabatan betul kerana kata ganda dikira sebagai satu perkataan, hanya huruf pertama sahaja ditulis dengan huruf besar.
Tatabahasa09.08.2012
apakah kesalahan dalam ayat ini?1)saya tidak boleh lari laju kerana badan saya gemuk.2)FAKTA YANG DIKEMUKAKAN ADALAH BERDASARKAN UNDANG-UNDANG.3)TUJUAN KAJAIAN INI DIBUAT ADALAH UNTUK MENGENALPASTI MASALAH-MASALAH YANG DI HADAPI SEMASA PENULISAN KARANGAN.1) Saya tidak boleh lari laju kerana badan saya gemuk. - betul.
2) FAKTA YANG DIKEMUKAKAN ADALAH BERDASARKAN UNDANG-UNDANG. - kata pemeri yang betul ialah.
3) TUJUAN KAJIAN INI DIBUAT ADALAH UNTUK MENGENALPASTI MASALAH-MASALAH YANG DI HADAPI SEMASA PENULISAN KARANGAN. - betulkan ejaan mengenal pasti dan dihadapi.
Untuk membina ayat dengan betul, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa23.04.2012
Tiada masalah di pihak saya. Saya boleh view PDF dari laman2 lain tanpa masalah. Mungkin masalah di pihak tuan. Dan masalah ini barangkali belum diselesaikan sejak 05.05.2011, atau boleh jadi masalah yang berulang-ulang. Pertanyaan ini pun ada di laman PRPM... http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=transliterasi+&d=10 Salam sejahtera. Saya menghadapi masalah untuk muat-turun Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi yang terdapat di laman web DBP. Mohon bantuan tuan untuk menghantarnya melalui email saya. Terima kasihTerima kasih En. Nizam Nuraishah. Pihak kami akan panjangkan hal ini untuk kemaslahatan semasa. Terima kasih.Lain-lain06.01.2014
SAYA NAK TANYA TENTANG PERKATAAN 'PROBLEM POSING' DALAM BAHASA MELAYU. PERKATAAN INI BIASANYA DIGUNAKAN DALAM KAJIAN...... ADA YANG GUNA : MENJANA MASALAH MEMBINA MASALAH MENGUTARAKAN MASALAH 'PROBLEM POSING IN MATHEMATICS' JIKA DI ALIHBAHASAKAN KEPADA BAHASA MELAYU............ MOHON PENCERAHAN DARIPADA PIHAK DBP TERIMA KASIH BANYK2Berdasarkan carian di internet, kami berpendapat frasa "problem posing" boleh diterjemahkan kepada mendedahkan permasalahan/mengetengahkan permasalahan/mengutarakan permasalahan bergantung pada konteks ayat dan bidang penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan15.05.2014
contoh ayat "masalah obesiti akan menyebabkan masalah di dalam badan" betulkah penggunaan 'di dalam' dalam ayat ini.Ayat yang betul ialah "Masalah obesiti akan menyebabkan masalah kesihatan dalam badan."Tatabahasa27.11.2013
Mana satukah ayat yang betul ? a. banyak menimbulkan masalah b. menimbulkan masalah yang banyak c. menimbulkan banyak masalahbanyak menimbulkan masalah.Tatabahasa08.11.2007
Sakinah Zolkifly Sep 8th, 6:56pm bagaimana nak mngeja. senaskah atau senaskhah?Terima kasih bersahabat dengan DBP. Buat pengetahuan puan pihak DBP menyediakan perkhidmatan Pusat Rujukan Persuratan Melayu untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti persoalan yang diajukan. Puan boleh klik pada http://prpm.dbp.gov.my dan untuk menjawab persoalan puan itu jawapannya ialah senaskhah --> http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=senaskhah&d=10Ejaan08.09.2014
BOLEHKAH SAYA KAITKAN MASALAH REMAJA DENGAN MASALAH SOSIAL SEMASA MENULIS KARANGAN. KATA MANAKAH YANG SESUAI? (A) MERASA DIRI (B) MERASAKAN DIRIMasalah remaja adalah sebahagian daripada masalah sosial. Untuk maklumat lanjut sila bincangkan tajuk ini dengan guru mata pelajaran Bahasa Malaysia. Ungkapan yang betul ialah 'merasakan diri'.Tatabahasa04.04.2011
Adakah frasa dibawah adalah betul? Sekirannya salah,tolong jelaskan. (a)-terhadap masalah itu. -tentang masalah itu. terima kasihAayat ' terhadap masalah itu' juga sama maksudnya dengan 'tentang masalah itu'. Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa20.08.2010
manakah yang betul? 1)mengundang masalah 2)mengundang kepada masalahFrasa yang betul ialah "mengundang kepada masalah"Tatabahasa23.09.2021
12345678910...

Kembali ke atas