Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.sin] | ماسين

Definisi : rasa spt rasa garam, asin; ~ lidah (mulut) apa yg dikatakan semuanya terjadi (kejadian dll), perkataannya dituruti (diterima) orang; ~ perkataannya perkata­annya dituruti (dikabulkan dll) orang; air ~ air laut; telur ~ telur yg telah diasinkan (dgn cara memeram dlm air garam); belum tahu di~ garam prb masih belum mempunyai pengalaman; garam kami tidak ~ padanya prb perkataan kami tidak dipe­dulikan; memasinkan menjadikan sesuatu masin: air laut yg melimpah itu telah ~ tanah yg terletak di sepanjang pantai itu; kemasinan perihal masin (air dll), rasa masin; pemasinan proses (perbuatan) memasinkan: ~ ikan-ikan itu mudah dilakukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.sin] | ماسين

Definisi : (be)rasa spt rasa garam; asin: ikan ~; air ~. ~ lidah (mulut) a. apa-apa yg dikatakannya betul-betul berlaku. b. segala katanya diturut orang. memasinkan membuat jadi masin; menjadikan masin. kemasinan keadan atau rasa masin: Ibu mengurangkan ~ kuah itu dgn menambahkan air ke dlmnya. pemasinan perbuatan atau hal memasinkan: proses ~ ikan. pemasin orang yg suka makan makanan yg masin; orang yg makan makanan yg lebih masin berbanding dgn orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masin (adjektif)
Bersinonim dengan asin, payau;,
Kata Terbitan : memasinkan, kemasinan, pemasinan,

Puisi
 

Jangan dijeruk asam belimbing,
     Kalau tak masin ditambah garam;
Jangan ditengok di luar dinding,
     Kalau sudi masuk ke dalam.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Lidahnya masin.

Bermaksud :

Perkataannya diturut, permintaannya diterima. (Biasa juga: Garamnya yang masin).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
saline waterair masinHidrogeologiTiadaAir yang mengandungi cukup garam terlarut sehingga mempunyai rasa mineral yang tertentu, terutama air yang mengandungi cukup natrium klorida untuk menimbulkan rasa masin. Untuk kebanyakan tujuan, USGS telah mentakrifkan air masin sebagai air yang mengandungi kepekatan berkali-kali lebih tinggi dari nilai ini diminum juga bila tidak terdapat air yang lebih baik, terutama sekali bila kloridanya tidak terlalu tinggi jika dibandingkan dengan anion yang lain seperti sulfat dan bikarbonat. USGS telah mengelaskan air masin mengikut jumlah kandungan pepejal terlarut (Robinove drr. 1958) seperti berikut: Jumlah pepejal terlarut Agak masin 1,000-3,000 mg/l Sederhana masin 3,000-10,000 mg/l Sangat masin 10,000-35,000 mg/l Berpekasin lebih dari-35,000 mg/l
salt toleranceketahanan masinPertanianAgronomi

 Daya ketahanan oleh tanaman yang boleh hidup dengan keadaan kemasinan tanah atau air. Contohnya, kayu bakau atau kelapa mempunyai ketahanan masin yang tinggi. Ketahanan masin disebabkan oleh keupayaan tumbuhan itu untuk melakukan osmoregulasi, iaitu mengambil air untuk mengurangkan kemasinan.

upconingcuarHidrogeologiTiadaGerakan air masin ke atas, berbentuk kerucut, dari bawah bidang temu air tawar/air masin kerana pengaruh pemampaan air tawar di atas bidang temu.
interface, fresh/salt waterbidang temu-air tawar masinHidrologiTiadaPermukaan rekaan yang memisahkan badan air tawar dari badan air payau atau air masin di zon peralihan antara dua bendalir itu.
fresh/salt water interfacebidang temu air tawar/air masinHidrogeologiTiadaBatas yang lebih menyerupai zon dinamik tempat air tawar bercampur dengan air masin melalui penyerakan hidrodinamik yang dibantu oleh peresapan kimia (Hency, H.R., 1964, dirubah oleh Subitzky). Ruj.: Cooper drr. 1964
brinymasinPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
salinemasinKejuruteraanTiadaTiada
salinesalinus; bergaram; masinFizikTiadaTiada
saline waterair masinGeografiTiadaTiada
saline soiltanah masinGeografiTiadaSejenis tanih antara zon yang mengandungi kandungan garam mudah larut yang sangat banyak yang di sedut ke atas melalui proses-proses rerambut.
12345678910...

Kembali ke atas