Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[masy.hur] | مشهور

Definisi : = termasyhur Ar 1. tersebar ke se-rata tempat (berita, peristiwa, dll), ketahuan ke tempat-tempat lain: maka khabar yg de-mikian itu pun termasyhurlah ke negeri-negeri yg lain; 2. terkenal, ternama: mereka gemar membaca buku-buku yg mengisah-kan kehidupan seseorang yg ~; kami nikmati lukisan dan pahatan bermacam-macam seniman yg termasyhur; memasyhurkan 1. sl menyebarkan ke se­rata tempat (berita, peristiwa, ajaran, dll), menyiarkan: cuma sahaja dimasyhurkan khabar demikian supaya jangan orang tahu; 2. membuat supaya menjadi masyhur (ter­kenal, ternama): Persatuan Belia akan me-mentaskan semula drama yg telah ~ nama kampungnya ke serata tanah air; kemasyhuran perihal masyhur (terkenal): ~ Melaka sbg pusat perdagangan utama tersebar luas; pemasyhuran perihal memasyhurkan (me­nyiarkan berita dll): ~ kemerdekaan Per-sekutuan Tanah Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[masy.hur] | مشهور

Definisi : = termasyhur tersiar ke mana-mana (bkn sesuatu khabar, kejadian dll); diketahui orang ramai; terkenal; ternama: ~lah keindahan tempat itu ke seluruh negara. Hang Tuah ialah pahlawan Melayu yg ~. memasyhurkan menyebarkan (menyiarkan) ke merata-rata tempat utk diketahui umum; membuat supaya masyhur; menjadikan masyhur: Kemenangan itu telah ~ nama negara kita. kemasyhuran perihal (keadaan) masyhur: ~ Kuala Lumpur tersebar luas. pemasyhuran perbuatan atau hal memasyhurkan; perihal menyebarkan atau menyiarkan berita dsb: ~ kemerdekaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masyhur
Kata Terbitan : termasyhur, memashurkan, kemasyhuran, pemasyhuran,

Puisi
 

Sayang Temasik tempat berniaga,
     Masyhur sudah ke seluruh dunia;
Tuan emas hamba tembaga,
     Manakan boleh duduk bersama.


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kenapa ada mahsyur dan masyhur? Adakah kedua-duanya digunakan dalam BM kini?Ejaan yang betul ialah masyhur.Ejaan06.11.2012
salam sejahtera. Soalan saya : Apakah golongan kata untuk perkataan 'masyhur' ? Terima kasih.kata AdjektifTatabahasa31.10.2012
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan?Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut:
(rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar.
Tatabahasa19.04.2013
apakah yang dimaksudkan dengan 'megah'Maksud megah ialah kelihatan gagah (hebat dll), masyhur, mulia. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna10.09.2008
Apakah perbezaan antara hapak dengan harum?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hapak bermaksud berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang 
atau sudah lama tersimpan. Contoh ayat, bantal usang itu berbau hapak. Harum pula bermaksud, sedap (enak) baunya, wangi, baik, masyhur, terkenal. Contoh ayat, bunga melati itu harum baunya. Contoh ayat kedua, nama Malaysia semakin harum dalam hubungan antarabangsa.

Makna21.08.2021
Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut: 1.bena,bina2.colek,culik3.dokong,dukung4.endah,indah5.golong,gulung6.kendaraan,keinderaan7.lancong,lancung8.lengkung,lingkung9.kesal,sesal10.undang,undang-undang11.satu,suatu12.mesti,pasti12.fakto,faktor13.babit,libat14.fanatik,pejuang15.tentang,mengenai Yang manakah betul mengambil perhatian atau memberikan perhatian ? Yang manakah betul,pendingin hawa atau pengawa dingin atau penyaman udara ? Yang manakah betul,walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun ?1. Bena
Maksud bena ialah peduli; acuh: Janganlah buat tak ~ kpd anak yatim piatu itu. ~ tak ~ acuh tak acuh; tidak peduli. membenakan mengambil sikap mahu mengetahui; mempedulikan: Sbg orang yg berani, ia tidak ~ lawannya.
   Bina
Maksud bina ialah  membina 1 membuat sesuatu bangunan, spt rumah supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2 mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. binaan sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. pembinaan perbuatan atau hal membina; pembangunan: ~ masjid itu memakan masa lebih kurang dua tahun. pembina orang yg membina; pembangun: Siapakah ~ bangunan Taj Mahal yg masyhur itu?

2. Colek
Maksud colek ialah /colék/; mencolek 1. mencalit (mengambil, menyentuh) dgn hujung jari: ~ kapur. 2. mencecah kuah, sambal dsb dgn sesuatu (spt ketupat, ulam dll): Dia ~ sambal belacan itu dgn ulam petai. 3. mencungkil (dgn hujung jari dll utk mengeluarkan sesuatu): ~ tahi telinga. ~ hati menggelikan hati (kerana lucu atau jenaka). mencolekkan 1. mencalitkan sesuatu pd; memalitkan. 2. mencecahkan barang makanan (spt ketupat, ulam dll) pd kuahnya, sambal dsb: ~ ketupat pd rendang daging. secolek sebanyak yg dipalit atau disentuh dgn hujung jari dsb.
   Culik
Maksud culik ialah menculik melarikan orang (anak-anak atau orang dewasa) dgn paksaan utk tujuan memperoleh wang tebusan dsb. penculikan perbuatan menculik. penculik orang yg menculik.

DBP hanya boleh memberikan beberapa makna sahaja. Makna dan perbezaan untuk perkataan-perkataan lain boleh dicari dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

Bagi perkataan pendingin hawa, penghawa dingin dan penyaman udara, perkataan yang tepat ialah penyaman udara.
Yang akhir sekali perkataan yang betul ialah "walau bagaimanapun".

Mengambil perhatian dan memberikan perhatian, kedua-duanya betul bergantung kepada konteks ayat.
Lain-lain07.10.2014

Kembali ke atas