Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ta] | مات

Definisi : 1 alat pancaindera pd muka manusia atau binatang yg digunakan utk melihat: ~nya bulat dan hitam. 2 bahagian yg tajam pd sesuatu alat pemotong dsb: ~ pisau ini sumbing. 3 apa-apa yg menyerupai mata 1 atau 2 (bentuknya atau rupanya): ~ bisul; jarum. 4 markah yg diperoleh dlm sesuatu ujian atau pertandingan: Pasukan Selangor dan Pulau Pinang telah mendapat ~ yg sama banyak. ~ air a. tempat air memancut dr tanah; sumber. b. orang yg dikasihi; kekasih. ~ alamat sasaran yg dituju; bulan-bulan; matlamat. ~ angin arah angin datang; arah yg ditunjukkan oleh kompas. ~ cincin batu permata yg ada pd cincin. ~ dacing garis-garis pd batang dacing utk menunjukkan berat sesuatu. ~ duitan orang yg mementingkan wang saja; orang yg tamak akan wang. ~ hati perasaan hati. ~ hitam bahagian biji mata yg berwarna hitam. ~ kail kawat bengkok yg tajam hujungnya utk memancing. ~ kaki buku lali. ~ kasar mata biasa (tidak menggunakan teropong). ~ kayu a. tanda bekas dahan yg telah dipotong pd kayu. b. tidak tahu membaca atau menulis. ~ keranjang sangat suka melihat perempuan (ttg lelaki). ~ lembu (kerbau, sapi) nama masakan telur yg digoreng bulat-bulat. ~ panah bahagian hujung anak panah yg tajam. ~ pelajaran jenis-jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan di sekolah-sekolah dll. ~ pencarian pekerjaan yg dilakukan utk memperoleh nafkah. ~ petai mata yg tidak dpt melihat dgn betul. ~ piano bahagian piano yg ditekan-tekan dgn jari utk menghasilkan bunyi. ~ punai lubang pd sesuatu anyaman yg bersegi enam. ~ ringkas mata serangga dsb yg mempunyai satu kanta, mis mata labah-labah dan mata kala jengking. ~ tangga anak tangga. ~ tunas tunas yg baru bercambah. ~ wang jenis wang yg digunakan di sesuatu tempat. mata-mata pegawai kerajaan yg ditugasi menjaga keamanan di dlm negeri; polis. ~ gelap polis yg mencari rahsia. memata-matai mengawasi gerak-geri seseorang dll secara diam-diam; mengamat-amati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Cik Buang pergi ke kedai,
     Belikan saya sebatanglah tiang;
Jangan kata saya tak pandai,
     Mata tak tentu mata keranjang.


Lihat selanjutnya...(254)
Peribahasa

Bersultan di mata,
     beraja di hati.

Bermaksud :

Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Beraja di mata, bersultan di hati, c. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).

 

Lihat selanjutnya...(92)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
Promosi Akhir Tahun Pusat Optometri Vantage Vision Care43104/2015Pusat Optometri Vantage Vision Care Pemeriksaan mata: - Kanak-kanak - Diabetik Mata - Saraf mata - Otot mata - Kanta Lekap (Contact Lens) Lokasi: e- Boulevard Denai Alam 31-1 Jalan Elektron D U16/D, Shah Alam VantageVisionCare Tel.: 03-7832Majlis Bandaraya Shah AlamOptikTiadaDBP/KPB/201511/06118Lulus03/11/201503/11/201515:07:42
Bunting Senarai Perkhidmatan Vantage Vision Care16760/2016Pusat Optometri Vantage Vision Care Konsultasi dan Pemeriksaan Mata: - Kanak-kana - Diabetik mata - Katarak - Mata malas - Kanta lekap (Contact Lens) - Ortho-K Promosi Ulang Tahun! Lokasi: e-Boulevard Denai Alam 31-1, Jalan Elektron D U16/Majlis Bandaraya Shah AlamOptikTiadaDBP/KPB/201604/10462Lulus08/04/201612/04/201611:31:01
Bunting Senarai Perkhidmatan Vantage Vision Care51165/2015Mata Malas itu frasa yang betul. Sila rujuk http://www.myhealth.gov.my/index.php/umum/optomeri/mata-malas-ambliopia Pusat Optometri Vantage Vision Care Konsultasi dan Pemeriksaan Mata: - Kanak-kanak - Diabetik mata - Katarak - Mata malas - KantMajlis Bandaraya Shah AlamOptikTiadaDBP/KPB/201512/09299Lulus22/12/201522/12/201515:14:17
Pusat Kesihatan Mata Anda17309/2016Pusat Kesihatan Mata Anda Teknologi Pembaikan Penglihatan... BEBAS daripada Cermin Mata TANPA Cermin Mata, TANPA Pembedahan, HANYA Penglihatan yang Jelas! Pengawalan Rabun Jauh Hubungi kami melalui talian 03-5511868Majlis Bandaraya Shah AlamOptikTiadaDBP/KPB/201604/13094Lulus27/04/201628/04/201616:05:08
MATA SIHAT MATA CANTIK6875/2015TiadaMajlis Perbandaran SelayangOptikTiadaDBP/KPB/201503/04895Lulus03/03/201503/03/201512:17:06
MATA SIHAT MATA CANTIK6874/2015TiadaMajlis Perbandaran SelayangOptikTiadaDBP/KPB/201503/04894Lulus03/03/201503/03/201512:16:45
MATA SIHAT MATA CANTIK4932/2015TiadaMajlis Perbandaran SelayangOptikTiadaDBP/KPB/201502/05209Lulus10/02/201510/02/201516:08:10
Banner USJ Optometrist26362/20153 pegawai optometri sedia ada untuk memeriksa tekanan mata, masalah mata berkaitan kencing manis dan tekanan darah tinggi. Pakar dalan rabun warna dan penyakit mata. Sila hubungi 03-8011 9038Majlis Perbandaran Subang JayaOptikTiadaDBP/KPB/201507/06739Lulus01/07/201507/07/201509:00:59
Kini Dibuka25253/2015PERKHIDMATAN KAMI -PEMBEDAHAN KATARAK (SELAPUT MATA) -PEMBEDAHAN VITREO RETINA -PEMBEDAHAN PTERIGIUM -RAWATAN LASER UNTUK MATA -RAWATAN MATA PESAKIT KENCING MANIS -DAN LAIN-LAIN KINI DIBUKA PANELMajlis Daerah Kuala SelangorHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201506/08989Lulus25/06/201525/06/201511:47:14
KEDAI CERMIN MATA JACK EYEWEAR2203/2015KEDAI CERMIN MATA PERNIAGAAN KACA MATAMajlis Perbandaran NilaiOptikTiadaDBP/KPB/201501/05610Lulus19/01/201521/01/201509:51:48
12345678910...

Kembali ke atas