Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,



Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
naga I1. sl makhluk rekaan berupa spt buaya atau ular tetapi bersayap dan berkuku cekam, boleh menghembuskan api dr mulutnya; 2. Jw ular besar penunggu mata angin; ~ antaboga a) sj binatang laut yg besar; b) ikan paus; ~ balun naga yg tinggal di gunung-gunung (dan membunuh mangsa dgn ekor­nya); ~ berapi naga yg menyemburkan api; ~ bura naga yg menyemburkan bisa; ~ gentala naga yg menyedut mangsanya (tidak dapat bergerak-gerak); ~ hari naga penunggu mata angin yg tiap-tiap hari berpindah; ~ jadi-jadian orang atau hantu yg menjelma menjadi naga; ~ seknik lukisan naga yg diberi berkepak (pd kain batik); ~ tahun naga penunggu mata angin yg berpindah tiap-tiap tahun; ~ umban sj naga besar yg diam di laut; naga-naga 1. naga tiruan (spt yg diperbuat drpd kertas dll); 2. ukiran kepala naga (biasa­nya dipasang di haluan perahu); 3. tempat yg tinggi (di balai penghadapan).Kamus Dewan Edisi Keempat
naga tahunnaga penunggu mata angin yg berpindah tiap-tiap tahun;Kamus Dewan Edisi Keempat
naga harinaga penunggu mata angin yg tiap-tiap hari berpindah;Kamus Dewan Edisi Keempat
cacingbeberapa jenis binatang yg bulat atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yg hidup dlm air, tanah, perut manusia atau binatang, dll); ~ benang = ~ gelang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan, dan padang pasir; ~ filaria cacing yg hidup dlm sistem limfa manusia yg boleh menyebabkan penya­kit untut; ~ kerawit = ~ keruit cacing yg hidup dlm usus manusia dan binatang; ~ kermi cacing dlm usus; ~ parasit cacing yg mendapat makanan dr usus binatang dan manusia; ~ pita = ~ pipih cacing panjang dan leper yg berwarna putih kelabu (hidup dlm usus binatang atau manusia); ~ rambu cacing yg halus-halus; ~ tanah cacing bulat panjang yg licin dan badannya bergelang-gelang (hidup dlm tanah yg lembap); ~ hendak menjadi naga prb orang yg kecil-­kecil hendak menjadi orang besar-besar; ~ kepanasan prb tidak diam atau tenang, selalu gelisah (kerana susah, sakit, malu, dll); ~ naik ke mata kelakuan yg melampau; mencacing sangat kurus (badan); cacingan menderita sakit kerana banyak cacing dlm perut.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas