Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) wang yg bukan wang kertas, wang drpd logam (duit syiling); b) jenis atau unit wang yg digunakan di sesebuah negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : jenis wang yg digunakan di sesuatu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,



Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MATA WANG MELAYU

MATA WANG MELAYU, mata wang yang pernah digunakan di Semenanjung Tanah Melayu dan gugusan Kepulauan Melayu pada abad ke-15.  Mata wang ini mula diperkenalkan semenjak pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.  Antara bentuk mata wang yang digunakan pada masa itu termasuklah debu emas, batang perak, bongkah timah dan kulit siput gerus.  Para pedagang asing juga memperkenalkan mata wang seperti duit tembaga China, duit Pasai, emas dinar, duit timah dan duit tempatan.  Walau bagaimanapun, mata wang Pasai menjadi asas pembentukan mata wang di Melaka.  Dinar emas Pasai terus digunakan hingga tahun 1514.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIArtifak/Mentifak
KEBOLEHTUKARAN

Kebolehtukaran bermaksud satu mata wang

mungkin boleh ditukar dengan satu mata wang

atau emas negara lain. Kebolehtukaran memainkan

peranan penting dalam perdagangan

antarabangsa.

UMUM 
KADAR PERTUKARAN

Kadar pertukaran ialah mata wang sesebuah

negara yang dinyatakan dalam sebutan mata wang

negara lain.

UMUM 
RIYAL

Riyal ialah nama mata wang utama di Arab Saudi,

Iran, Oman, Qatar dan Yaman.

UMUM 
PESETA

Peseta ialah unit mata wang Sepanyol dan

wilayah tanggungan Sepanyol serta Andorra, iaitu

negara kecil yang terletak di antara Sepanyol

dengan pergunungan Pyrenees di Perancis.

UMUM 
DOLAR

Dolar ialah unit mata wang di kebanyakan negara.

Perkataan dolar berasal daripada Joachimsthaler

–nama duit syiling yang pertama kali dibuat pada

tahun 1516 di sebuah daerah perlombongan

perak di Bohemia (kini Republik Czech).

UMUM 
MARK

Mark ialah unit mata wang negara Jerman.

Selepas Perang Dunia I (1914–1918), mark menjadi

hampir tidak bernilai. Tetapi, pada tahun 1924,

mark kembali stabil dan dikenali sebagai

reichsmark.

UMUM 
ROUBLE

Rouble , juga dieja ruble , ialah unit mata wang bagi

Rusia dan negara bekas Republik Soviet. Ia terbahagi

kepada 100 kopeck (lihat Kopeck ).

UMUM 
YEN

Yen ialah unit mata wang Jepun. Duit syiling

Jepun yang biasa digunakan ialah 5, 10, 50, 100,

dan 500 yen, manakala wang kertasnya pula ialah

1000, 5000 dan 10 000 yen.

UMUM 
SYEKEL

Syekel ialah unit mata wang Israel. Perkataan syekel

pada asalnya bermakna satu unit berat. Syekel telah

digunakan sebagai pemberat oleh orang Babylon,

Phoenicia, dan Yahudi Kuno. Kitab Bible kerap

merujuk kepada syekel Yahudi. Beratnya kira-kira 218

grain, atau kira-kira 14 gram. Syekel pertama kali

digunakan sebagai wang dalam bentuk ketulan emas

dan perak. Orang Yahudi mencipta duit syiling syekel

yang pertama sekitar tahun 66 M. Duit syiling syekel

perak bernilai setengah dan suku juga telah dicipta.

UMUM 
123

Kembali ke atas