"Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." atau "Hari semakin menggelap apabila matahari mula terbenam." Ayat manakah yang sesuai dan mengapakah ayat tersebut salah? | "Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." - gelap bermaksud tidak terdapat cahaya atau tidak terang yang menerangkan keadaan hari tersebut apabila matahari mula terbenam, manakala menggelap bermaksud menjadi gelap. | Tatabahasa | 20.03.2011 |
Matahari banyak bersinar pada waktu tengah hari. Ayat di atas betul ke? | "Matahari banyak bersinar pada waktu tengah hari." tidak gramatis. Ayat yang betul ialah "Cahaya matahari bersinar terang pada waktu tengah hari." | Tatabahasa | 09.06.2022 |
"Hari semakin menggelap apabila matahari mula terbenam." ATAU "Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." Ayat yang manakah betul dan mengapakah ayat tersebut salah? | "Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." - gelap bermaksud tidak terdapat cahaya atau tidak terang yang menerangkan keadaan hari tersebut apabila matahari mula terbenam, manakala menggelap bermaksud menjadi gelap. | Tatabahasa | 17.03.2011 |
Salam. Saya ingin menyakan tentang penggunaan huruf besar dalam perkataan. Antara 'gerhana bulan' dan 'gerhana Bulan', yang manakah yang betul? Sama juga untuk 'gerhana matahari' atau 'gerhana Matahari'? Terima kasih. Aznani | Ejaan yang betul ialah gerhana bulan. | Ejaan | 23.07.2018 |
Saya ingin bertanya tentang ayat ini. "Bumi... planet ketiga daripada bintang bernama matahari." atau, "Bumi... planet ketiga dari bintang bernama matahari." yang manakah menggunakan kata sendi yang betul? Dari atau daripada? | Penggunaan kata sendi yang betul ialah "Bumi... planet ketiga dari bintang bernama matahari." | Tatabahasa | 13.04.2022 |
Saya ingin bertanya tentang ayat ini. Bumi... planet ketiga daripada bintang bernama matahari. atau, Bumi... planet ketiga dari bintang bernama matahari. | Penggunaan kata sendi yang betul ialah "Bumi... planet ketiga dari bintang bernama matahari." | Lain-lain | 11.04.2022 |
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penjodoh bilangan yang digunakan oleh bumi. Sebagaimana yang sedia maklum, mengikut pengetahuan saya bulan dan matahari menggunakan penjodoh bilangan 'biji'. Sebiji bulan. Sebiji matahari. Adakah bumi menggunakan penjodoh bilangan 'biji' ? | Sdr. Lye terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Untuk pengetahuan Sdr. tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangannya. Matahari, bulan dan bumi memang tidak ada penjodih bilangan yang ditetapkan.terima kasih | Tatabahasa | 24.06.2009 |
Yang mana satu lebih tepat: 1) "Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi 'akan menjadi sama ada'mati terlecuh atau beku" atau 2) "Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi 'sama ada akan menjadi' mati terlecuh atau beku" | Yang lebih tepat ialah : Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi akan sama ada mati terlecuh atau menjadi beku. | Tatabahasa | 06.03.2008 |
Cahaya dan haba dari / daripada matahari dapat menghasilkan elektrik. Yang manakah kata sendi yg betul utk ayat di atas? Terima kasih. | Kata sendi yang betul ialah daripada. Cahaya dan haba daripada matahari dapat menghasilkan elektrik. | Tatabahasa | 30.05.2013 |
Contoh ayat: Pak Mat berkata, "Seberangilah/Menyeberangilah/Menyeberanglah sungai ini sebelum matahari terbenam." Mana satukah yang betul dan sila beri penjelasan. Terima Kasih. | Seberangilah sungai ini sebelum matahari terbenam. - dalam ayat suruh kata seberangilah yang digunakan. | Tatabahasa | 08.10.2011 |