Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ta.ha.ri] | ماتاهاري

Definisi : bintang yg menjadi jasad pusat dlm sistem suria, yg mengeluarkan cahaya dan haba, dan di sekelilingnya bumi dan planet-planet lain beredar; ~ berayun = ~ sudah condong lebih kurang pukul 4.00 petang; ~ beralih (gelincir, lengser, miring) lebih kurang pukul 5.00 petang; ~ hidup (naik, terbit) a) matahari keluar; b) (sebelah) timur; ~ masuk (tenggelam, mati) a) matahari terbenam; b) (sebelah) barat; se-belah ~ mati sebelah barat; ~ itu bolehkah ditutup dgn nyiru? prb sesuatu kebenaran itu tidak dapat disembunyikan; bagai menentang ~ prb melawan atau membantah pendapat orang yg berkuasa itu akhirnya me­nyusahkan kita juga; jangan ditentang ~ con-dong takut terturut jalan tak berintis prb hendaklah selalu ingat supaya jangan terpe­daya oleh sesuatu yg elok dan baik rupanya; menengadah (menentang) ~ prb melawan orang yg mempunyai kuasa besar (lebih pandai dll); mentari, matari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ta.ha.ri] | ماتاهاري

Definisi : ; bunga (kembang) ~ sj tumbuhan (pokok), Helianthus annuus; kayu ~ sj tum­buhan (pokok), Otophora imbricata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ta.ha.ri] | ماتاهاري

Definisi : ; burung ~ sj burung, Pericrocotus solaris montanus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ta.ha.ri] | ماتاهاري

Definisi : bintang besar yg menjadi pusat peredaran planet dlm cakera suria dan drnya planet-planet lain (spt bumi) mendapat cahaya dan haba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
matahari (kata nama)
Bersinonim dengan mentari, suria, maharaja siang, rawi, lampu dunia, syamsi, samsu.,

Puisi
 

Matahari mancar di hulu,
     Mahabagi kambang balunka;
Amun ading mati tadahulu,
     Hadangi aku di pintu syurga.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Matahari tengah gerhana.

Bermaksud :

Berwajah muram kerana dukacita.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
nautical twilightfajar-senja nautikaMatematikTiadaTempoh sebelum matahari naik atau selepas matahari terbenam apabila pusat matahari tidak lebih daripada 12 darjah di bawah ufuk.
bunga mataharibunga matahariKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk bunga matahari. Motolow
suluh mataharisuluh matahariKesenianTiadaMotif ukiran berunsur kosmos berbentuk pancaran cahaya matahari.
sunshinesinaran matahariSainsHidrometeorologiPancaran langsung dari matahari. Disebabkan oleh perbezaan tentang kekeruhan atmosfera (sendirian dan bersama dengan jisim udara optik) dan ketebalan optik awan yang berubah-ubah, perbezaan antara sinaran matahari dan kurangnya sinaran matahari adalah perkara sembarangan yang banyak bergantung pada jenis perakam cahaya matahari yang digunakan atau pada mutu anggaran subjektif.
bunga suluh mataharibunga suluh matahariKesenianTiadaMotif batik berunsur kosmos berbentuk sinaran matahari.
bunga sinar mataharibunga sinar matahariKesenianTiadaMotif tenunan berunsur kosmos berbentuk sinaran matahari.
local timewaktu setempatMeteorologiMeteorologi PerhubunganWaktu yang dihitung bermula pada waktu tengah hari, di setiap tempat, iaitu waktu matahari sebenar atau min matahari melintasi meridian. Perubahan waktu setempat berdasarkan pada min matahari, manakala perakam sinar matahari menunjukkan waktu setempat sebenar.
mock sunmatahari mayaGeografiTiadaImej matahari disebabkan pembiasan cahaya matahari melalui hablur ais awan tinggi.
radio sunmatahari radioMatematikTiadaMatahari sebagaimana yang terakam pada teleskop radio. Oleh sebab pemancaran gelombang pendek radio yang berterusan itu berasal bukan sahaja dari matahari tampak itu sendiri, tetapi daripada kawasan luas di sekelilingnya, maka matahari radio mempunyai diameter yang ukurannya lebih daripada dua kali ganda ukuran diameter tompok matahari.
solar activityaktiviti suriaMatematikTiadaFenomenon yang berubah-ubah di permukaan matahari. Tompok matahari, fakula/plag, filamen atau semarak dan kilau ialah fenomenon aktiviti suria.
12345678910...

Kembali ke atas