Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
matahari (kata nama)
Bersinonim dengan mentari, suria, maharaja siang, rawi, lampu dunia, syamsi, samsu.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Slm, Minta pihak tuan semak translation ayat di bawah. 1. It's starting to rain. -(Nampaknya hari sudah hujan) 2. A sunshower is a metereological phenomenon in which rain falls while the sun is shining. A sunshower is usually the result of accompanying winds associated with a rainstorm miles away, blowing the airborne raindrops into an area where there are no clouds. Sometimes a sunshower is caused by a single rain cloud that passes overhead at an angle that does not obstruct the light of the sun. (Hujan matahari ialah satu fenomena meteorologi di mana hujan turun ketika matahari bersinar. Hujan matahari biasanya terhasil daripada angin dan hujan lebat dari tempat jauh yang membawa titisan hujan di udara ke kawasan yang tidak ada awan.Kadang-kadang hujan matahari disebabkan oleh awan hujan yang berlalu di udara pada sudut yang tidak menghalang cahaya matahari.) tq1. Nampaknya hari sudah hujan.

2. Hujan panas ialah fenomena meteorologi yang berlaku ketika matahari bersinar. Hujan panas biasanya terhasil daripada angin dan hujan lebat dari tempat jauh yang membawa titisan hujan di udara ke kawasan yang tidak ada awan. Adakalanya hujan panas disebabkan oleh awan hujan yang berlalu di udara pada sudut yang tidak menghalang cahaya matahari.
Penyemakan dan penterjemahan02.09.2015
Apa bezanya dari segi penggunaan perkataan hangat dan panas? Contoh ayat: Sudah berjam-jam dia berdiang namun badannya masih tidak menjadi hangat/panas? Terima KasihUntuk ayat ini perkataan yang sesuai ialah hangat.  Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat.

panas 1 bersuhu tinggi; hangat: Makanan itu masih ~; air ~ air yg dimasak dan masih tinggi suhunya. 2 cahaya matahari yg terik: Jangan suka bermain di tengah ~. hujan ~ hujan yg turun ketika matahari bersinar. 3 (sesuatu) yg bersuhu tinggi; (sesuatu) yg terasa hangat: ~ badannya tidak boleh dibiarkan. 4 ki sangat marah atau meradang: Mendengar makian itu, hatinya menjadi ~. 5 ki masih baru; belum lama berlakunya: Apa berita ~ hari ini? ~ baran (darah) lekas meradang. ~ hati sangat marah atau sangat benci. ~ rezeki susah mendapat rezeki. ~ terik panas benar (bkn cuaca). panas-panas masih panas; masih baru. berpanas berada dlm panas matahari; berjemur: Setiap hari mereka terpaksa ~ dan berhujan utk mencari rezeki. memanasi menjadikan panas: Bahang unggun api ~ badannya. memanaskan 1 menyebabkan menjadi panas: Utk ~ badan, mereka terpaksa memakai pakaian yg tebal-tebal. 2 ki menyebabkan menjadi marah atau meradang: Kedegilannya itulah yg ~ hati saya. kepanasan 1 keadaan panas: ~ seterika itu dpt diubah-ubah dgn memutarkan alat penetap suhunya. 2 kena panas; menderita panas: Dia ~ kerana duduk berhampiran dgn unggun api. pemanasan proses atau perbuatan memanaskan: Kandungan air ialah faktor penting dlm proses penyimpanan, ~ dan percambahan biji benih. pemanas alat utk memanaskan sesuatu: ~ elektrik pemanas yg menggunakan kuasa elektrik.

hangat 1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedu­dukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~; 6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~; ~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati; hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan); berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari; menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau me­nyusahkan; menghangati ark 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango; menghangatkan 1. = memperhangat me­n­­- ­­jadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), me­meriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, meng­gen­tingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ per­debatan pd hari itu; memperhangat menjadikan lebih hangat; kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), keme­riahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ per­debatan itu meresahkan orang ramai.
Makna21.06.2014
Salam sejahtera.Harap tuan/puan dapat memberi penjelasan yang terperinci bagi soalan yang berikut: 1. Apakah perbezaan dari segi makna dan penggunaan bagi "terlentang" dan "tergelincir"? 2.Ahmad jatuh __________ kerana terpijak kulit pisang. Yang manakah jawapan yang betul? "terlentang" atau "tergelincir"? 3. ___________ ayahnya meninggal dunia, Ahmad telah menjadi pendiam. Antara "semenjak" dan "setelah", yang manakah lebih sesuai? Mengapa? Sekian, terima kasih.

Telentang bermaksud terbaring atau terletak dengan bahagian hadapan atau bahagian dadanya menghadap ke atas; terletak dengan bahagian mungkum menghadap ke atas. menelentang berbaring (tidur) telentang; terletak telentang: Dia tidur ~ di atas tilam. menelentangkan membaringkan atau meletakkan telen­tang: Dia ~ badannya di lantai.

Tergelincir bermaksud terdorong kerana licin; tergeluncur: Dia jatuh ~ kerana terpijak kulit pisang; mula turun (tentang matahari); ki terlepas cakap; telah terlanjur mengatakan sesuatu.

Ahmad jatuh tergelincir kerana terpijak kulit pisang.

Semenjak bermaksud mulai dari, sejak: ia tidak pernah datang-datang lagi ~ lamarannya dahulu ditolak; sejak.

Setelah bermaksud sesudah, sehabis, selepas: ~ makan tengah hari kami pun meneruskan perjalan­an; ~ itu, lori itu melanggar saya.

Semenjak ayahnya meninggal dunia, Ahmad telah menjadi pendiam.

Tatabahasa18.04.2014

Kembali ke atas