Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) mati pd pucuk­nya (tumbuh-tumbuhan); b) lemah zakar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) mati pucuknya (tumbuh-tumbuhan); b) tidak ada lagi tenaga kelaki-lakian (lemah zakar); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. penyakit yg menyebabkan pucuk menjadi layu atau mati (bkn tumbuh-tumbuhan). b. ki lemah zakarnya (bkn lelaki). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,

Puisi
 

Pucuk manis makanan sotong,
     Sotong mandi di padang seberang;
Saya menangis mengenangkan untung,
     Untung nak mati di kampung orang.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
impotencemati pucukPerubatanTiadaLihat impotens.
impotencemati pucukHerbaFitoterapiKetakupayaan atau kegagalan untuk menegangkan atau mengekalkan ketegangan zakar.
impotentimpotenPerubatanTiadaKekurangan tenaga seks lelaki kerana kegagalan ereksi atau ketakupayaan mengekalkan ereksi sehingga ejakulasi. Sinonim: mati pucuk.
impotenceimpotensPerubatanTiadaKekurangan tenaga seks lelaki kerana kegagalan ereksi atau ketakupayaan mengekalkan ereksi sehingga ejakulasi. Sin: mati pucuk
التفريق للعيبperceraian sebab aibAgama IslamFiqhPerceraian yang berlaku di antara suami isteri disebabkan salah seorang daripadanya mengalami keaiban seperti gila, sopak, kusta, mati pucuk dan lain-lain.
yohimbineyohimbinaKimiaForensikSejenis alkaloid dengan formula kimia, C21H26N2O3. Hablur dengan takat lebur 234�C, larut dalam etanol dan kloroform, larut sederhana dalam eter dan tak larut dalam air. Bahan ini digunakan sebagai agen midriatik dan dalam rawatan mati pucuk.
DiebackMati rosotPertanianTiadaProses kematian tumbuhan disebabkan oleh gangguan fisiologi atau serangan penyakit. Biasanya proses ini bermula daripada pucuk hingga ke akar. Fenomena ini sering kali berlaku pada anak pokok.
diebackmati rosotHerbaBotani dan BioteknologiProses kematian tumbuhan disebabkan gangguan fisiologi atau serangan penyakit. Proses ini biasanya bermula dari pucuk hingga ke akar. Fenomena ini sering kali berlaku pada anak pokok.
apostrophealih seruKesusasteraanTiadaFrasa atau ucapan puitis oleh satu watak yang ditujukan kepada satu subjek yang tidak hadir dalam karya umpamanya seseorang yang telah mati, objek, atau idea abstrak. Contoh: (lagu kanak2) Oh! Bulan mana bintang Di atas pucuk kayu ara Oh! Tuan mana hilang Dalam dapur atas para

Kembali ke atas