Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.tri.ku.la.si] | ماتريکولاسي

Definisi : peringkat persediaan sebelum masuk ke universiti, peringkat prauniversiti: kursus ~ dan diploma dlm bidang sains; setelah tamat tempoh pengajian ~ di kolej tersebut, beliau melanjutkan pelajarannya ke Australia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata matrikulasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Unit Pengajian Am Kolej Matrikulasi Johor telah membina satu wahana untuk sumbangan pantun dalam bentuk digital yang dikenali Gerobok Pantun. Pihak amat berbesar hati sekira pihak DBP dapat memberi khidmat nasihat dalam usaha menambah baik usaha pihak kami untuk memasyhurkan pantun pada peringkat nusantara. Pihak kami menyertakan google site usaha kami untuk tujuan komentar pihak DBP. Terima kasih atas keprihatinan yang diberikan pihak DBP https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/gerobok-pantun/homeAssalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 

Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengucapkan tahniah dan amat berbesar hati atas sokongan dan komitmen pihak saudara membantu DBP mengembangkan bahasa Melayu dalam pelbagai bentuk dalam usaha menyebarluaskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Gerobok Pantun, sebuah portal yang dibina oleh pihak saudara amat bermanfaat dalam mengembangkan pantun sebagai salah satu pengucapan bahasa yang indah yang dimiliki oleh kita semua.

Semoga usaha dan komitmen ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Sekali lagi, DBP mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha pihak saudara.

Sekian, terima kasih. 
Sastera08.02.2023
Adakah sesuai Pengunaan istilah Pra Universiti untuk pelajar tingkatan enam?Prauniversiti ialah sebelum memasuki universiti seperti matrikulasi dan pusat asasi. Tingkatan enam  dianggap peringkat sekolah menengah.Makna25.10.2011

Kembali ke atas