Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mau

Puisi
 

Kalau keledek dari kelebang,
     Rumah mau tertakal-takal;
Kalau adik sayang abang,
     Abang belikan emas sejengkal.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mau tahu alamat imel : Muhammad Haji Salleh, dan para seniman/budayawan melayu lainnya.Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh boleh dihubungi melalui e-mel mhs0042@gmail.com, manakala penulis lain boleh dihubungi melalui persatuan seperti Gapena di talian 03-21442412.Badan Penulis28.01.2011
Salam.. Mau tanya about ayat nii . " Orang ramai sangat berpuas hati dengan keenakan masakan di restoran itu " . Apa ksalahan tatabahasa dia ? saya diminta untuk kenalpasti kesalahan tatabahasa dia . tp , saya kurang arif .Ayat "Orang ramai sangat berpuas hati dengan keenakan masakan di restoran itu." adalah betul dari segi tatabahasanya.Tatabahasa28.09.2014
Saya mau tau penngunaan analisa dalam tajuk tesis saya. ANALISA KESILAPAN DALAM PENYELESAIAN MASALAH TRIGONOMETRI DALAM KALANGAN PELAJAR SUKU KAUM KADAZANDUSUN. Adakah penggunaan analisa itu tepat atau tidak, tqPerkataan/ejaan yang betul ialah analisis - Analisis Kesilapan dalam Penyelesaian Masalah Trigonometri dalam Kalangan Pelajar Suku Kaum Kadazandusun.Tatabahasa16.03.2010
saya mau tanya,,apakah peranan dewan bahasa & pustaka??dan juga apa sumbangannya dan juga kejayaannya????.....Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebuah badan berkanun yang dipertanggungjawabkan membina dan mangembangkan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahan-bahan berikut : : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996.Lain-lain04.07.2008
Assalam, saya mau dapatkan penakrifan untuk signboard syarikatSignboard syarikat: Papan premis syarikatPenyemakan dan penterjemahan06.10.2020
Apakah pemenggalan suku kata bagi "harimau"? Adakah (ha-ri-ma-u) atau (ha-ri-mau)? Adakah "pemenggalan suku kata" dan "pemenggalan sebutan" bagi perkataan "harimau" serpa atau berbeza? Terima kasih.Pemenggalan suku kata dan sebutan bagi perkataan harimau ialah ha.ri.mau. Pemenggalan suku kata dan sebutan boleh sama atau berbeza, contohnya perkataan kuih, penggal suku kata (ku.ih) dan penggal sebutan (kuih).Tatabahasa02.04.2018
analisis tentang bahasa baku,bahasa basahan dalam aspek perubahan bunyi dan kependekkan kata beserta contoh.Perubahan bunyi adalah dari segi lafaz sesuatu perkataan itu.seperti kata apa dilafaz apa dalam konteks baku tetapi ape bagi tidak baku. dari segi kependekan pula kata seperti tidak, hendak, mahu dsb. dalam konteks tidak baku atau bahasa basahan disebut sebagai tak, nak dan mau.Tatabahasa10.08.2007
Saya ingin tahu adakah pemenggalan suku kata bagi perkataan berikut betul: 1) harimau (ha-ri-ma-u) 2) memakai (me-ma-ka-i) 3) bagaimanakah (ba-ga-i-ma-na-kah) 4) balai (ba-la-i) 5) angpau (ang-pa-u) 6) haiwan (ha-i-wan) 7) sungai (su-nga-i) 8) pandai (pan-da-i) Saya harap pihak saudara tidak mengelirukan (penggalan suku kata) dengan (pemenggalan sebutan). Sebab apa yang saya ingin tahu adalah (Pemenggalan Suku Kata). Terima kasih.(1) harimau (ha.ri.mau)
(2) memakai (me.ma.kai)
(3) bagaimanakah (ba.gai.ma.na.kah)
(4) balai (ba.lai)
(5) angpau (ang.pau)
(6) haiwan (hai.wan)
(7) sungai (su.ngai)
(8) pandai (pan.dai)
Tatabahasa02.04.2018
Perkataaan berikut merupakan berapa suku kata? a)siasat b)harimau c)aniaya Apakah kedudukan diftong di dalam persukuan kata? Jika KVV tidak termasuk di dalam 11 pola suku kata yang umum.Pemenggalan suku kata untuk kata yang diberikan:                                                     
a) siasat     - si-a-sat
b) harimau  - ha-ri-mau
c) aniaya     - a-ni-a-ya

Pemenggalan suku kata untuk kata yang mengandungi diftong:
a) am-boi
b) wa-hai
Ejaan29.03.2012

Kembali ke atas