Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mau.lid] | مولد

Definisi : Ar 1. hari lahir (terutama hari lahir Nabi Muhammad SAW); 2. tempat lahir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata maulid


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAULID RASUL

MAULID RASUL, perayaan tahunan untuk memperingati dan memuliakan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.  Perayaan ini diadakan pada tarikh kelahiran baginda iaitu 12 Rabiulawal.  Perayaan ini bermula lebih kurang pada abad ke-8 H. Di Mesir.

BUDAYAPerayaan/Upacara
DIKIR REBANADIKIR REBANA, nyanyian tradisional berunsur keagamaan yang terkenal di Pahang yang disebut juga dikir Pahang. Dikir ini dinamakan dikir rebana kerana orang yang berdikir menggunakan rebana sebagai alat pengiring. Dikir rebana dinyanyikan dalam upacara tertentu seperti perkahwinan, kenduri kesyukuran, majlis berkhatan dan perayaan maulid Nabi.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
KENDURI

KENDURI, jamuan makan yang lazimnya didahului dengan bacaan doa, zikir dan seumpamanya yang diadakan sempena sesuatu peristiwa, seperti perkahwinan, kelahiran, ataupun mengingati sesuatu peristiwa seperti mengingati orang yang telah meninggal, upacara maulid dan seumpamanya.  Juadah yang dihidangkan itu bergantung pada jenis kenduri yang diadakan.  Kenduri bersempena majlis perkahwinan, biasanya dihidangkan nasi minyak; dan kenduri sempena mengkhatankan anak biasanya pulut kuning dihidangkan menyertai hidangan nasi.

BUDAYAKonsep
DIKIRDIKIR, satu upacara agama atau pengabdian diri kepada Tuhan yang diamalkan oleh kumpulan agama. Dikir berasal daripada istilah Arab, zik’r. Dikir atau zikir mempunyai beberapa maksud, iaitu doa atau puji-pujian kepada Allah yang diucapkan secara berlagu atau tidak atau dengan cara berulang-ulang; doa atau puji-pujian berlagu seperti dalam perayaan maulid Nabi, yang sering kali diiringi alat muzik seperti kompang atau rebana; dan lagu atau nyanyian berpantun secara beramai-ramai seperti dalam persembahan dikir barat.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
NASYID

NASYID , persembahan nyanyian sama ada secara solo ataupin beramai-ramai untuk menyampaikan mesej yang murni yang berlandaskan al-Qur’an dan sunnah. Persembahan bahan nasyid biasanya disampaikan tanpa atau dengan iringan muzik di majlis bercorak keagamaan, misalnya di tilawah membaca al-Qur’an, majlis ihtifal sekolah, sambutan ma’al hijrah atau maulid nabi. Nasyid juga merupakan media dan satu cara berkesan menyampaikan mesej dalam berdakwah yang menitikberatkan akidah, syariah dan akhlak. Lagu yang disampaikan memuji kebesaran Tuhan, menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat di samping nasihat dan syair Islam.

BUDAYAAgama/Fahaman/Aliran/Ideologi

Kembali ke atas