Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.war] | ماور

Definisi : sj bunga yg harum baunya (bermacam­macam warnanya), bunga ros; air ~ air yg harum baunya (drpd bunga mawar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.war] | ماور

Definisi : ; tawar-~ sangat tawar, tawar hambar (tidak bergaram). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.war] | ماور

Definisi : = bunga ~ bunga yg harum baunya dan berbagai-bagai warnanya; bunga ros, Rosa spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mawar

Puisi
 

Air mawar jatuh ke laut,
     Gulai itik sama belangkas;
Apa soalnya tidak disahut,
     Adinda belum tahu membalas.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun,
     tiada akan menjadi putih bulunya.

Bermaksud :

Orang yang sudah biasa jahat itu biar bagaimanapun dinasihatkan namun tabiatnya tidak dapat dirubah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Encik Tan ialah guru besar sekolah saya. Adakah guru besar di atas ditulis dengan huruf besar? 2. Saya belajar di Tahun Dua Mawar. Adakah Tahun Dua Mawar ditulis dengan huruf besar? 3. Saya belajar di Kelas Dua Mawar. Adakah Kelas Dua Mawar ditulis dengan huruf besar?Perkataan Guru Besar, Tahun Dua Mawar, Kelas Dua Mawar sebagai nama khas ditulis dengan huruf besar .Ejaan08.05.2008
Ayat mana yang betul ? a. Bunga mawar baunya wangi. b. Bunga mawar wangi baunya. c. Ahmad belajar seni silat daripada mahaguru. d. Ahmad mempelajari seni silat daripada mahaguru. Terima kasih.Bunga mawar baunya wangi. Bunga mawar wangi baunya. Ahmad belajar seni silat daripada mahaguru. Ahmad mempelajari seni silat daripada mahaguru. Ayat-ayat ini betul.Tatabahasa07.05.2015
tuan yang manakah betul..Saya dan Mawar dari kumpulan biru atau Saya dan Mawar daripada kumpulan biru. terima kasihSaya dan Mawar daripada kumpulan biru. Kata sendi nama dari digunakan untuk tempat dan masa, manakala kata sendi nama daripada digunakan untuk menunjukkan sumber, perbandingan dan sebagainya.Tatabahasa03.01.2013
Penggunaan tanda baca koma yang mana adalah betul? (contoh ayat ialah lirik lagu) 1. Bungalah mawar, aduhai sayang, tumbuh di taman 2. Bungalah mawar, aduhai, sayang, tumbuh di taman 1. Oh, sayang, kembalilah kepadaku 2. Oh sayang, kembalilah kepadaku 1. Oh, Tuhan, dengarlah rintihan hambamu 2. Oh Tuhan, dengarlah rintihan hambamuPenggunaan tanda baca yang betul seperti yang berikut:
  1. Bungalah mawar, aduhai, sayang, tumbuh di taman!
  2. Oh, sayang, kembalilah kepadaku!
  3. Oh, Tuhan, dengarlah rintihan hambamu!
Untuk lebih memahaminya, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 255.

Lain-lain06.02.2023
Salam, adakah huruf besar/kecil yang sesuai digandingkan dengan kata nama khas berikut? Apakah alasannya? 1. kelas/Kelas Tahun Lima Mawar 2. pantai/Pantai Batu Feringghi 3. pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia 4.peperiksaan/Peperiksaan UPSR Terima kasih.Jawapan :
1. kelas Tahun Lima Mawar

2. Pantai Batu Feringghi= Huruf P pada perkataan Pantai Batu Feringgi dieja dengan huruf besar kerana pantai dan kata nama itu hadir sebagai satu kesatuan dan  merupakan nama khas.

3. pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia

4. peperiksaan UPSR
Lain-lain20.10.2014
assalam, boleh ke saya nak mendapatkan novel Seindah Mawar Berduri karya Fatimah Syarha melalui page ni? t.kasih, sekadar bertanyaWaalaikumussalam. Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Tuan boleh menempah secara online atau telefon melalui lawan sesawang http://prpm.dbp.gov.my/ pada pautan e-Niaga. Sekiranya tuan berada di sekitar Kuala Lumpur boleh terus ke Koperasi DBP untuk memiliki buku tersebut.Lain-lain20.02.2014
bina ayat menggunakan perkataan memperelokAni memperelok sanggulnya dengan menyelitkan sekuntum bunga mawar padanya.Tatabahasa20.06.2010
1.Sayur-sayuran yang dijual di Pasar raya Giant sangat segar. 11.Kata-katanya yang tajam itu masih segar dalam ingatan saya. 111.Dia berasa segar setelah mandi. 1V.Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah menyirami air. jawapan :II,III &IV. mengapa 1 salah??Ayat yang betul ialah ii. dan iii. Ayat i. mempunyai kesalahan dari segi ejaan, iaitu perkataan "raya" sepatutnya dieja dengan huruf besar, iaitu Raya kerana Pasar Raya Giant ialah nama khas. Ayat iv. mempunyai kesalahan pada perkataan "menyirami". Ayat yang betul ialah: Bunga mawar itu menjadi segar semula setelah disirami air.Tatabahasa23.11.2012
Salam tuan/puan, soalan saya bertarikh 20/10/14 masih belum dijawab. Salam, adakah huruf besar/kecil yang sesuai digandingkan dengan kata nama khas berikut? Apakah alasannya? 1. kelas/Kelas Tahun Lima Mawar 2. pantai/Pantai Batu Feringghi 3. pengerusi/Pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia 4.peperiksaan/Peperiksaan UPSR Terima kasih. Semoga tuan/puan dapat menjawab dengan segera kerana saya perlu membetulkan kesilapan sekiranya ada sebelum buku dicetak. Terima kasih.
1. kelas Tahun Lima Mawar

2. Pantai Batu Feringghi= Huruf P pada perkataan Pantai Batu Feringgi dieja dengan huruf besar kerana pantai dan kata nama itu hadir sebagai satu kesatuan dan  merupakan nama khas.

3. pengerusi Persatuan Bahasa Malaysia

4. peperiksaan UPSR
Tatabahasa27.10.2014
1. Gambar menunjukkan sesorang tukang beca yang membawa penumpang dengan menunggang beca . A) Pak Ali seorang penunggang beca. B) Pak Ali seorang penarik beca. yang mana betul ? 2. Adakah terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut ? i) Bunga mawar itu berbau sungguh harum. ii) Hujan agak lebat pagi tadi.

Yang betul ialah Pak Ali ialah penarik beca. 2. Bunga mawar itu sungguh harum. 3. Ayat tersebut betul.

Tatabahasa23.07.2010
12

Kembali ke atas