Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.war] | ماور

Definisi : sj bunga yg harum baunya (bermacam­macam warnanya), bunga ros; air ~ air yg harum baunya (drpd bunga mawar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.war] | ماور

Definisi : ; tawar-~ sangat tawar, tawar hambar (tidak bergaram). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.war] | ماور

Definisi : = bunga ~ bunga yg harum baunya dan berbagai-bagai warnanya; bunga ros, Rosa spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mawar

Puisi
 

Air mawar jatuh ke laut,
     Gulai itik sama belangkas;
Apa soalnya tidak disahut,
     Adinda belum tahu membalas.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun,
     tiada akan menjadi putih bulunya.

Bermaksud :

Orang yang sudah biasa jahat itu biar bagaimanapun dinasihatkan namun tabiatnya tidak dapat dirubah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaEmbun menitis ke pohon mawar, Mawar biru berselang putih; Racun sudah jadi penawar, Hati yang rindu terpaut kasih.
Kurik Kundi Merah SagaAir mawar jatuh ke laut, Gulai itik sama belangkas; Apa soalnya tidak disahut, Adinda belum tahu membalas.
Kurik Kundi Merah SagaJatuh bertukar si jambu mawar, Masak diembun bersama ciku; Masa jujur disangka penawar, Rupanya racun di dalam madu.
Kurik Kundi Merah SagaRumah datuk di Tanjung Mawar, Ayam denak si tiga puluh; Santap tuan memakan tawar, Sirih tanam belum tumbuh.
Kurik Kundi Merah SagaSayang pelamuk si air mawar, Sayang mandi di dalam cangkir; Sudah mahu kata benar, Jangan janji diberi mungkir.
Kurik Kundi Merah SagaBunga melur berjinjang-jinjang, Bunga mawar dalam raga; Minta doa umur panjang, Lambat laun bertemu juga.
Kurik Kundi Merah SagaHijau dada burung serindit, Kuberi makan jambu mawar; Walau setahun hujan di langit, Air di laut haram tak tawar.
Kurik Kundi Merah SagaHijau-hijau si bulu serindit, Makan mari jambu mawar; Berapa tahun hujan di langit, Air di laut tidaklah tawar.
Kurik Kundi Merah SagaUbi kentang si ubi temu, Di bawah pokok jantan mawar; Orang yang kenyang kalau dijamu, Lauk sedap dikatakan tawar.
Kurik Kundi Merah SagaSeri Baginda raja di Acheh, Mandi bersiram si air mawar; Sudah bertemu dengan kekasih, Racun diminum jadi penawar.
12

Kembali ke atas