Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ya] | ماي

Definisi : 1. (sesuatu) yg kelihatannya ada tetapi sebenarnya tidak ada, bayangan, khayalan: merenggangkan diri drpd ~ keduniaan yg penuh tipu daya; 2. berkaitan dgn komputer dan Internet: universiti ~; litar ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ya] | ماي

Definisi : ; bermaya; tidak ~ tidak berdaya, lemah, lesu: badannya letih lesu seolah-olah tidak ~ lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ya] | ماي

Definisi : sl apa: akan pekerjaan kami orang memegang negeri ~ peduli tuan?; padang ~ ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ya] | ماي

Definisi : 1 ada pd penglihatan tetapi sebenarnya tidak ada; bayangan; khayalan. 2 berkaitan dgn komputer, Internet atau teknologi maklumat: universiti ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ma.ya] | ماي

Definisi : bermaya berseri; jernih. tidak ~ a. tidak berseri; tidak jernih. b. tidak bertenaga; lemah sekali; lesu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maya (kata nama)
Bersinonim dengan bayangan, khayalan, impian, fantasi, angan-angan, ilusi, fatamorgana, imaginasi, halusinasi, mimpi, igauan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
virtual workkerja mayaMekanikGunaanKerja yang dilakukan oleh daya atau gandingan yang bertindak pada jasad yang berada dalam keseimbangan apabila sesaran maya dikenakan pada arah tindakannya. Gagasan kerja maya digunakan untuk analisis keseimbangan melalui kaedah kerja maya. Lihat juga kaedah kerja maya.
virtual displacementsesaran mayaMekanikGunaanSesaran khayali yang infinitesimal, dikenakan pada jasad yang berada dalam keseimbangan. Sesaran maya dikenakan untuk membolehkan penerapan ‘kaedah kerja maya’ bagi menganalisis keseimbangan jasad itu. dalam analisis berkenaan, sesaran maya diterapkan satu persatu di arah-arah yang tak bersandaran. Sesaran ini boleh juga diterapkan pada titik-titik yang terkekang dan tidak mungkin mengalami gerakan sebenar; penerapan sedemikian membolehkan penentuan sistem daya yang bertindak pada pengekang berkenaan. Lihat juga kaedah kerja maya.
virtual temperaturesuhu mayaSainsHidrometeorologiSuhu maya suatu sampel udara lembap ialah suhu ketika udara yang kering sepenuhnya dan dengan jumlah tekanan yang sama akan mempunyai ketumpatan yang sama seperti sampel. hubungan hampiran terdekat antara suhu maya mutlak dan suhu udara mutlak ialah: Tambahan suhu maya dengan ialah tekanan wap; jumlah tekanan spesifik dan nisbah percampuran Sebagai hampiran lanjutan, tetapi umumnya memadai: dengan dan dinyatakan dalam gram/ kilogram.
virtual libraryperpustakaan mayaTeknologi MaklumatTiadaPerkhidmatan perpustakaan yang menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk mengunjungi perpustakaan secara maya (tanpa perlu ke perpustakaan). Sistem ini direka bentuk dengan menggunakan teknologi realiti maya. Perkhidmatan perpustakaan ini terdiri daripada gabungan perpustakaan digital dan elektronik. Perpustakaan maya yang dicapai menerusi internet adalah manifestasi sebuah perpustakaan sebenar dengan menawarkan perkhidmatan yang sama dengan perpustakaan elektronik. Lihat juga perpustakaan elektronik dan perpustakaan digital.
virtual libraryperpustakaan mayaTeknologi MaklumatTiadaPerkhidmatan perpustakaan yang menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk mengunjungi perpustakaan secara maya (tanpa perlu ke perpustakaan). Sistem ini direka bentuk dengan menggunakan teknologi realiti maya. Perkhidmatan perpustakaan ini terdiri daripada gabungan perpustakaan digital dan elektronik. Perpustakaan maya yang dicapai menerusi internet adalah manifestasi sebuah perpustakaan sebenar dengan menawarkan perkhidmatan yang sama dengan perpustakaan elektronik. Lihat juga perpustakaan elektronik dan perpustakaan digital.
virtual reality (VR)realiti maya (VR)Teknologi Maklumate-PembelajaranPersekitaran buatan janaan komputer yang direka bentuk menyerupai kewujudan fizikal seseorang dalam persekitaran seolah-olah benar untuk pengguna mengalami dan memanipulasi persekitaran tersebut seperti dalam dunia nyata. Kebanyakan persekitaran realiti maya berdasarkan pengalaman visual yang dipaparkan melalui skrin komputer atau paparan stereoskopik. Contoh realiti maya dalam e-pembelajaran ialah avatar, muzium maya, makmal maya dan simulator penerbangan.
virtual machinemesin mayaTeknologi MaklumatPerisianPerisian yang membenarkan suatu mesin (komputer) melaksanakan atur cara seolah-olah pada mesin sebenar. Mesin maya dibahagikan kepada dua kategori utama berdasarkan kegunaan dan padanan pada sebarang mesin sebenar. Contoh kategori kegunaan dalam mesin maya ialah perisian membenarkan aplikasi Java untuk dilaksanakan pada komputer apabila pembangun membangunkan atur cara dalam bahasa pengaturcaraan Java. Contoh kategori padanan dalam mesin maya pula ialah perisian membenarkan sistem pengendali Linux digunakan pada mesin sebenar yang menggunakan sistem pengendali Windows.
virtual realityrealiti mayaTeknologi MaklumatPerisianTeknologi yang membenarkan pengguna berinteraksi dengan persekitaran tersimulasi komputer sama ada persekitaran simulasi dunia sebenar atau persekitaran khayalan. Kebanyakan persekitaran realiti maya terkini adalah berdasarkan pengalaman visual yang dipaparkan melalui skrin komputer atau paparan stereoskopik. Realiti maya biasanya digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti perisian CAD, persekitaran 3D, pemecutan perkakasan grafik dan visual resolusi tinggi.
virtual quantumkuantum mayaFizikAtom dan NuklearKeadaan kuantum dalam unsur matriks yang wujud antara keadaan asal dan akhir dalam teori usikan tertib kedua dan lebih tinggi. Keadaan ini menghasilkan zarah maya yang melanggar hukum keabadian tenaga dan hukum keabadian momentum. Contoh zarah maya ahila foton.
virtual photonfoton mayaKejuruteraanTiadaFoton yang dipancarkan dan diserapkan dalam satu proses maya.
12345678910...

Kembali ke atas