Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maz.hab] | مذهب

Definisi : Ar 1. cabang ajaran Islam yg diikuti oleh umat Islam (iaitu mazhab Syafii, Hanafi, Hambali dan Maliki): di Mesir umpamanya pd masa dahulu, mahkamah Syariah se-mata-mata berpegang pd ~ Hanafi; 2. aliran, fahaman, atau ajaran (spt dlm bidang eko­nomi dll): ~ laissez-faire; 3. ark ajaran Kristian yg telah menyimpang drpd yg asli: ~ Protestan; bermazhab tergolong dlm, berpegang pd atau menganuti mazhab: rata-rata umat Is-lam Chechnya beraliran Sunni dan ~ Hanafi; dr segi agama, mereka ~ Syafii; kemazhaban hal yg berkaitan dgn mazhab: tersebarnya semangat taklid dan fanatik ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maz.hab] | مذهب

Definisi : cabang ajaran agama Islam yg menjadi ikutan umat Islam (iaitu mazhab Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mazhab (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan aliran, fahaman, pemikiran, falsafah, ajaran, ikutan, pegangan, kepercayaan, doktrin, maksim.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakah ejaan yang betul? 1a. Ia bermazhab Syafii 1b. Ia ber-Mazhab Syafii 2a. Ia mengikuti mazhab Hanafi. 2b. Ia mengikuti Mazhab Hanafi. 3a. Ia bertarekat Naqsyabandiyah 3b. Ia ber-Tarekat Naqsyabandiyah 4a. Ia mengikuti tarekat Syaziliyah. 4b. Ia mengikuti Tarekat Syaziliyah. Adakah nama mazhab dan tarekat termasuk nama diri (proper name) dan adakah perkataan "mazhab"/"tarekat" perlu ditulis dengan huruf kapital? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah:
1a. Ia bermazhab Syafii.
2b. Ia mengikuti Mazhab Hanafi.
3a. Ia bertarekat Naqsyabandiyah
4b. Ia mengikuti Tarekat Syaziliyah.


Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar
Contoh kata nama khas ialah seperti "Mazhab Hanafi"  "Tarekat Syaziliyah" dan lain-lain.
Lain-lain27.11.2021
Mazhab Hambali atau Hanbali ? Mengikut kamus dewan ditulis dengan Hambali, namun kalau dilihat mazhab tersebut diasaskan oleh Ahmad bin Hanbal, mazhab tersebut dinisbahkan kepada hanbali, mohon penjelasanEjaan yang betul ialah yang mengikut dalam Kamus Dewan, iaitu Mazhab HambaliEjaan20.08.2017
Apa perbezaan antara pewarisan dan perwarisan? Apakah penggunaan yang betul: Pada wali bukan mujbir pula, mereka bersetuju (tidak termasuk mazhab Hanafi) bahawa kerabat yang menerima ‘asabah dalam perwarisan merupakan wali bukan mujbir.Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud "perwarisan" ialah hal atau urusan berkaitan dengan harta benda, pusaka, ilmu dan lain-lain yang berwaris. Maksud "pewarisan" pula ialah hal atau urusan berkaitan dengan proses mewarisi atau mewariskan harta benda, pusaka, ilmu dan lain-lain. Oleh itu, penggunaan "perwarisan" dalam ayat di atas adalah betul.Makna15.06.2022
saya ingin mengesahkan penggunaan kata pemeri - ialah dan adalah. Yang saya pelajara, ialah untuk kata nama. adalah untuk kata sendi dan adjektif. Walau bagaimanapun say terjumpa banyak kesilaan termasuk oleh pakar bahasa, penterjemah, dan pada laman sesawang penerbit buku terkenal. Adakah ada mazhab berbez atau mahab baru berkenaan kata pemeri. Saya jadi tidak tahu meadakah yang salah telah jadi betul sekarang/

Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah"  menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal. 263)

Kedua-dua kata pemeri (ialah dan adalah) tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tatabahasa18.12.2017
Salam sejahtera, Mohon khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang tiga soalan di bawah: 1. Tajuk buku "The complete book of Li Gu" ~ Bolehkah diterjemahkan sebagai "Buku Lengkap tentang Li Gu"? 2. Pre-Qin Dynasty dan Later Qin Dynasty ~ Bolehkah diterjemahkan sebagai Dinasti Pra-Qin dan Dinasti Qin terkemudian? 3. Bolehkah perkataan atau istilah (yang berkaitan dengan keagamaan) seperti "berkhutbah", "fatwa", "pentahbisan", "memakrifatkan", "berdakwah" dan "mazhab" digunakan dalam konteks agama Buddha? Sekian, terima kasih.Cadangan padanan bahasa Melayu untuk perkataan di bawah:

1. The Complete Book of Li Gu: Buku Lengkap tentang Li Gu
2. Pre-Qin Dynasty dan Later Qin Dynasty: Pradinasti Qin dan Seterusnya

Istilah seperti berkhutbah, fatwa, mazhab hanya digunakan dalam konteks agama Islam. Tuan perlu mencari perkataan bahasa Melayu yang semakna dan bersesuaian mengikut konteks penggunaan ayat.
Makna17.09.2020
Salam. Saya ingin bertanya apakah ejaan sebenar kalimah dalam ejaan jawi untuk menunjukkan huruf-huruf al-quran. Contoh ayat: Bulatkan huruf diakhir kalimah yang berubah bentuk.Ejaan kalimah ialah kaf.lam.mim.ha. Untuk mendapatkan panduan lengkap tentang ejaan Jawi termasuklah ejaan bagi kata serapan bahasa Arab, ejaan nama hari, bulan, planet, bintang, hari perayaan dalam Islam, kaum di Malaysia, kaum dan bangsa, mazhab, negeri dan kata nama am/khas yang lain sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi), 2009, terbitan DBP, berharga RM80.00.Lain-lain29.12.2009
1. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan "mengikut" dengan betul. I. Kenderaan berat tidak dibenarkan mengikut laluan itu. II. Asri memetik jari mengikut alunan muzik. III. Zahari mengikut sahaja apa-apa arahan majikannya. IV. Syahirah mengikut jawapan rakannya semasa ujian itu. A. I, II dan III sahaja B. I, III dan IV sahaja C. II, III dan IV sahaja D. I, II dan IV sahaja Terima kasih.Ayat tersebuat semua betul. Makna mengikut ialah 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat).Tatabahasa12.04.2010
Bagaimana cara-cara menunaikan solat secara berjemaah dan apakah kepentingannya?

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam. Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Posisi imam mesti di hadapan makmum dan posisi makmum di belakang imam. Makmum  tidak boleh mendahului imam dalam perlakuan dalam solat.

Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat mua'akad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat sunat tarawih dan solat sunat witir. Tetapi bagi sembahyang Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah

Sabda Nabi SAW:"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)

Untuk maklumat lanjut berkenaan perkara yang dibincangkan silalah rujuk pakar bidang (ustaz/imam) secara langsung atau rujuk rujukan di laman sesawang atau di perpustakaan yang berhampiran.

 

Lain-lain16.01.2009

Kembali ke atas