Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maz.hab] | مذهب

Definisi : Ar 1. cabang ajaran Islam yg diikuti oleh umat Islam (iaitu mazhab Syafii, Hanafi, Hambali dan Maliki): di Mesir umpamanya pd masa dahulu, mahkamah Syariah se-mata-mata berpegang pd ~ Hanafi; 2. aliran, fahaman, atau ajaran (spt dlm bidang eko­nomi dll): ~ laissez-faire; 3. ark ajaran Kristian yg telah menyimpang drpd yg asli: ~ Protestan; bermazhab tergolong dlm, berpegang pd atau menganuti mazhab: rata-rata umat Is-lam Chechnya beraliran Sunni dan ~ Hanafi; dr segi agama, mereka ~ Syafii; kemazhaban hal yg berkaitan dgn mazhab: tersebarnya semangat taklid dan fanatik ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maz.hab] | مذهب

Definisi : cabang ajaran agama Islam yg menjadi ikutan umat Islam (iaitu mazhab Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mazhab (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan aliran, fahaman, pemikiran, falsafah, ajaran, ikutan, pegangan, kepercayaan, doktrin, maksim.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الشافعىImam Syafi'iyy; mazhab Syafiieyy; pengikut mazhab Syafi'iyyAgama IslamFiqh1 Muhammad bin Idris 2. Aliran fikiran mazhab Syafi'iyy 3. Orang yang menganut aliran mazhab Syafi'iyy.
الشافعيةpengikut mazhab Syafi‘iyyAgama IslamFiqhOrang yang mengikut aliran mazhab Syafi‘iyy.
bai‘ fuduliyjual beli fuduli/jual beli tanpa izinPerniagaan IslamTiadaAkad jual beli barangan milik orang lain tanpa keizinan atau tanpa diberi kuasa oleh pemiliknya. Urus niaga ini tidak sah mengikut Mazhab Syafii, tetapi Mazhab Hanafi menerimanya dengan syarat mendapat pengesahan pemilik barangan tersebut.
‘aqarharta tak alihPerniagaan IslamTiadaHarta yang tidak boleh dipindahkan seperti tanah dan bangunan. Mengikut mazhab Hanafi, pokok dan binaan tidak dianggap sebagai ‘aqar melainkan disebut berserta tanah dalam akad. Manakala mengikut mazhab Maliki, Syafii dan Hambali, ‘aqar juga termasuk semua yang boleh dipindahkan dan diubah tetapi hendaklah bersentuhan dengan tanah seperti rumah atau pokok.
wakilwakilPerniagaan IslamTiadaPihak yang dilantik dalam akad wakalah. Wakil individu hendaklah berakal dan baligh tetapi dalam mazhab Syafii, individu yang mumaiyiz boleh juga dilantik sebagai wakil hanya untuk urusan memasuki rumah, menyampaikan hadiah, menunaikan haji, kerja sukarela, menyembelih binatang korban dan mengagihkan zakat. Dalam mazhab Hanafi, kanak-kanak yang mumaiyiz boleh dilantik sebagai wakil.
‘akad fuduliakad tanpa keizinanPerniagaan IslamTiadaAkad yang dilakukan oleh pihak yang berurus niaga harta dan pihak tersebut tidak mempunyai sebarang autoriti terhadap harta itu. Mengikut mazhab Hanafi, akad fuduli hanya sah sekiranya pemilik harta memberi keizinan. Mengikut mazhab Syafii dan Hambali, akad fuduli terbatal dan tidak sah.
riba' yadriba yadPerniagaan IslamTiadaTangguhan penerimaan serahan produk yang berlaku dalam pertukaran barangan ribawi yang dilakukan secara tunai sama ada yang sama atau berbeza jenis dan mempunyai ilat produk ribawi yang sama tanpa disebut tempoh tangguhan yang tertentu. Penjenisan riba' yad diterima oleh mazhab Syafii, manakala mazhab Hanafi menyamakankan riba ini seperti riba’ nasi’ah.
capital mergerpercampuran modalEkonomiEkonomi IslamModal yang disatukan daripada pelbagai pihak yang berkongsi. Percampuran modal berlaku dalam dua bentuk, iaitu percampuran modal fizikal dan percampuran modal hukum. Jumhur ulama berpendapat bahawa penyatuan modal tidak menjadi syarat kepada pembentukan perkongsian tetapi terdapat sebahagian ulama daripada mazhab Syafii dan mazhab Zahiriyyah yang memerlukan syarat tersebut.
khiyar rukyahkhiyar rukyahPerniagaan IslamTiadaHak pemilihan pembeli yang tidak melihat produk yang ingin dibeli. Pembeli berhak menolak barangan belian kerana syarat sah khiyar adalah dengan melihat barangan belian. Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat khiyar ini hukumnya harus tetapi Mazhab Syafii tidak mengharuskannya kerana wujud unsur gharar dan penipuan pada produk tersebut.
denominationdenominasi; mazhabKependudukanTiadaTiada
123456789

Kembali ke atas