Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata maznah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Raziyah Maznah TUES 23:49 Raziyah Maznah Raziyah Salam En, saya sedang mengajar adik saya Bahasa Malaysia (UPSR). ada beberapa struktur ayat yang saya keliru, tak tahu yang mana betul. Harap tuan dpt membantu. 1. Ali sedang mencangkul tanah di halaman rumahnya. 2. Ali mencangkul tanah di halaman rumahnya. 3. Ali mencangkul pasir di halaman rumahnya. 4. Ali mencangkul di halaman rumahnya. 5. Ali sedang mencangkul di halaman rumahnya.Salam, Untuk makluman puan, kelima-lima ayat yang diberikan tidak ada kesalahan di dalamnya dari segi pola dan tatabahasanya. Perkataan "sedang" yang merupakan kata bantu aspek dalam beberapa ayat tersebut, diwujudkan bagi menimbulkan suasana perbezaan masa.Tatabahasa17.01.2017
Saya ingin mengetahui sapaan yang tepat untuk individu yang bernama tuan. Contohnya Tuan Ahmad Tuan Ngah. Apakah gelaran yang sesuai? Encik Tuan Ahmad? Bagaimana pula jika individu tersebut seorang perempuan, cth: Tuan Maznah..apakah betul kita menyapa Puan Tuan Maznah?Sapaan yang betul ialah tuan/puan seperti Encik Tuan Ahmad bin Tuan Ngah dan Puan Tuan Maznah binti Tuan Ngah.Tatabahasa09.10.2012

Kembali ke atas