Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.dan] | ميدن

Definisi : (médan) 1. tanah lapang, padang (utk berlumba dll), gelanggang, alun-alun; 2. kawa­san yg terhad (utk sesuatu); 3. ki arena, kala­ngan, kawasan, lapangan, lingkungan; ~ ais (Geog) kawasan ais terapung yg luas, terutamanya di kawasan kutub; ~ elektrik (Fiz) kawasan bercas yg disebabkan pengaruh elektrik sesuatu jasad yg bercas; ~ graviti (Fiz) kawasan di sekitar jasad yg mengenakan daya tarikan graviti terhadap jasad lain; ~ (daya) magnet (Fiz) kawasan sekeliling magnet yg tenaganya masih boleh dikesan; ~ perang tempat ber­lakunya sesuatu peperangan; ~ politik lapang­an politik; ~ ramai orang ramai, khalayak ramai; ~ selera tempat terdapatnya banyak gerai yg menjual berbagai-bagai jenis makanan utk orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.dan] | ميدن

Definisi : /médan/ 1 tanah lapang tempat mengadakan perlumbaan dll; padang; gelanggang: ~ perang kawasan tempat berperang. 2 lingkungan atau bidang sesuatu perkara: ~ politik lapangan politik; ~ orang pandai-pandai lingkungan pergaulan orang pandai-pandai. ~ elektrik ist kawasan yg mengandungi cas elektrik yg disebabkan pengaruh sesuatu jasad yg mempunyai cas elektrik. ~ graviti ist kawasan di sekitar sesuatu jasad yg sesuatu jasad lain mengalami daya tarikan graviti terhadap jasad tsb. ~ magnet kawasan di sekeliling magnet yg ada daya magnetnya atau ada tarikan magnetnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
medan (kata nama)
Bersinonim dengan kancah, gelanggang, arena, padang, tanah lapang, kawasan, lapangan, lingkungan, kalangan, alun-alun.,

Puisi
 

Buah betik dari Medan,
     Jual mari pasar Melaka;
Cantik bulan di kaki awan,
     Memancar-mancar mengeluar cahaya.


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
throngvt penuh sesak dgn: the London football supporters ~ed the streets and squares of Liverpool, jalan-jalan dan medan-medan di Liverpool penuh sesak dgn penyokong bola sepak dr London; the street was ~ed with shoppers, jalan itu penuh seKamus Inggeris-Melayu Dewan
field6. all competitors in a race, para peserta; 7. battlefield, medan /perang, pertempuran/: to die on the ~ of battle, gugur di medan perang; 8. area of practical activity or application, lapangan: geologists working in the ~, ahli-ahli geologi yg bekerja di lapangan; ~ research, kajian lapangan; 9. area of observation, medan: the soldier’s ~ of vision was limited by the clump of trees, medan pemandangan askar itu terbatas oleh kelompok pokok tersebut; 10. (phys) medan: magnetic ~, medan magnet; the earth’s gravitational ~, medan graviti bumi; 11. sphere of knowledge, interest, etc, bidang, lapangan: his ~ is nuclear physics, bidangnya ialah ilmu fizik nuklear; an interesting ~ of study, bidang kajian yg menarik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inc. (used with proper nouns) di: she lives ~ Medan, dia tinggal di Medan; sailing ~ Malaysian waters, belayar di perairan Malaysia; d. (in materially bound object) pada; (in mouth, hand, leg, etc) di: there’s a nail ~ the wall, ada paku pada dinding; I noticed a hole ~ his pocket, saya ternampak lubang pada sakunya; wounded ~ the shoulder, cedera di bahu; e. (in st immaterial, intangible) dalam: he only exists ~ my dreams, dia hanya wujud dalam mimpi saya; she has a lot of ideas ~ her head, dia ada banyak gagasan dalam kepalanya; ~ his heart he new that he was wrong, dalam hatinya dia tahu bahawa dia bersalah; my fate is ~ your hands, nasib saya dalam tangan tuan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
square 3. four-sided open area in a town, medan: the market ~ in the village was crowded, medan pasar kampung itu penuh sesak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
plazan 1. an open area in a town, square, medan: there’s a fountain in the middle of the ~, ada pancutan air di tengah-tengah medan itu; 2. shopping complex, plaza: shopping ~s have been planned, plaza beli-belah telah dirancang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
move~ on, a. go to a different place, pergi; (to a place close to one) beralih: they spent five days in Medan and then ~d on to Manila, mereka berada di Medan selama lima hari dan kemudian berangkat ke Manila; let’s ~ on to theKamus Inggeris-Melayu Dewan
snowfield n medan salji.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
piazzan medan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
maidann medan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
coalfieldn medan batu arang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas