Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.dan] | ميدن

Definisi : (médan) 1. tanah lapang, padang (utk berlumba dll), gelanggang, alun-alun; 2. kawa­san yg terhad (utk sesuatu); 3. ki arena, kala­ngan, kawasan, lapangan, lingkungan; ~ ais (Geog) kawasan ais terapung yg luas, terutamanya di kawasan kutub; ~ elektrik (Fiz) kawasan bercas yg disebabkan pengaruh elektrik sesuatu jasad yg bercas; ~ graviti (Fiz) kawasan di sekitar jasad yg mengenakan daya tarikan graviti terhadap jasad lain; ~ (daya) magnet (Fiz) kawasan sekeliling magnet yg tenaganya masih boleh dikesan; ~ perang tempat ber­lakunya sesuatu peperangan; ~ politik lapang­an politik; ~ ramai orang ramai, khalayak ramai; ~ selera tempat terdapatnya banyak gerai yg menjual berbagai-bagai jenis makanan utk orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.dan] | ميدن

Definisi : /médan/ 1 tanah lapang tempat mengadakan perlumbaan dll; padang; gelanggang: ~ perang kawasan tempat berperang. 2 lingkungan atau bidang sesuatu perkara: ~ politik lapangan politik; ~ orang pandai-pandai lingkungan pergaulan orang pandai-pandai. ~ elektrik ist kawasan yg mengandungi cas elektrik yg disebabkan pengaruh sesuatu jasad yg mempunyai cas elektrik. ~ graviti ist kawasan di sekitar sesuatu jasad yg sesuatu jasad lain mengalami daya tarikan graviti terhadap jasad tsb. ~ magnet kawasan di sekeliling magnet yg ada daya magnetnya atau ada tarikan magnetnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
medan (kata nama)
Bersinonim dengan kancah, gelanggang, arena, padang, tanah lapang, kawasan, lapangan, lingkungan, kalangan, alun-alun.,

Puisi
 

Buah betik dari Medan,
     Jual mari pasar Melaka;
Cantik bulan di kaki awan,
     Memancar-mancar mengeluar cahaya.


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera ! Mohon pandangan tuan tentang perkara berikut; Terima kasih.Jawapan:
"Medan peperangan" bermaksud medan (tempat) berperang (Kamus Dewan Edisi Keempat). Oleh itu, jawapan  "medan peperangan" bagi ayat tersebut adalah betul.
Tatabahasa21.08.2014
Medan yg dpt meluaskan pemikiran dlm mendefinasikan perkataan.. tpi kenapa definasi literal untuk 'hak' tiada? hanya ad sinonim sahaja.. minta diberi tunjuk ajar kpda hamba y jahil ini..Hak ialah kuasa atas sesuatu atau untuk berbuat sesuatu (ditentukan oleh undang-undang, agama, adat istiadat, dan sebagainya, lihat paparan di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hak.Makna25.07.2012
Saya perlu maklumat tentang teori medan maknaTeori medan makna- Sesuatu perkataan berkait rapat dengan sesuatu perkataan lain. Untuk membantu, saudara boleh mendapatkan buku hasil tulisan Palmer-(Tajuk:Semantik)-diterjemahkan oleh Abdullah Hassan dan Pengantar Falsafah bahasa tulisan Hashim Musa -2006.Terima kasih.Lain-lain15.09.2006
Hasbullah mula menceburi___politik sejak beliau bertugas di Sarawak tiga tahun lalu. A arena B gelanggang C medan D kancah jawaban A yang diberi oleh penerbit agak kekeliruan kerana medan=arena=kancah untuk politik, munsyi, apakah pandangan munsyi untuk ~ politik? TKBerdasarkan maksud yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, keempat-empat perkataan, iaitu medan, gelanggang, medan dan kancah boleh digunakan dalam konteks ayat yang diberikan. Oleh itu, kami berpendapat soalan tersebut sepatutnya memberikan pilihan jawapan yang lain.Makna10.04.2012
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Bolehkah saya menterjemahkan "strip mall" sebagai "medan jalur" memandangkan "shopping mall" diterjemahkan oleh DBP sebagai "medan beli - belah" dan "strip" sebagai "jalur". Terima kasih didahulukan.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah medan beli-belah sebaris.Istilah15.07.2016
Saya ingin mendapakan maklumat tentang bahasa rasmi, pengantar, komunikasi, ilmu ,kebangsaan

Bahasa Melayu tetap bahasa rasmi | Medan=Pengarang&Bahan=8&Jenis=2&Cari=1&Kata=Armin Azhari Saleh">Armin Azhari Saleh | Pelita Bahasa | 01/08/1999

Dasar dan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan | Medan=Pengarang&Bahan=8&Jenis=2&Cari=1&Kata=Ainon Muhammad">Ainon Muhammad | Dewan Bahasa | 01/02/1985

Bahasa Melayu dan Bahasa Pengantar Sekolah | Medan=Pengarang&Bahan=8&Jenis=2&Cari=1&Kata=Hasan Baseri Budiman">Hasan Baseri Budiman | Pelita Bahasa | Medan=Pengarang&Bahan=8&Jenis=2&Cari=1&Kata=Hasan Baseri Budiman">01/07/2002

Bahasa Malaysia bahasa komunikasi semua kaum | Medan=Pengarang&Bahan=8&Jenis=2&Cari=1&Kata=Wardati Md Sheriff">Wardati Md Sheriff | Pelita Bahasa (Sisipan) | 01/10/1990

Bahasa Melayu bahasa komunikasi luas | Medan=Pengarang&Bahan=8&Jenis=2&Cari=1&Kata=Asiah Idris">Asiah Idris | Pelita Bahasa | 01/12/199

Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu | Medan=Pengarang&Bahan=8&Jenis=2&Cari=1&Kata=Abdul Hamid Mahmood">Abdul Hamid Mahmood | Jurnal Dewan Bahasa | 01/07/1990

Bahasa Melayu Bahasa Ilmu | Medan=Pengarang&Bahan=8&Jenis=2&Cari=1&Kata=Mohd Yusof Othman">Mohd Yusof Othman | Pelita Bahasa | 01/01/2000

Bahasa kebangsaan dalam pendidikan, antara matlamat dan cabaran | Medan=Pengarang&Bahan=8&Jenis=2&Cari=1&Kata=Zakaria Sungib">Zakaria Sungib | Massa | 01/02/1983

Lain-lain17.04.2008
apakah maksud wadah paling berkesan?wadah 1. Jw bekas (tempat) utk mengisi atau diisi sesuatu; 2. alat, asas, medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi ~ utk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat; ada orang melihatnya berfungsi sbg ~ pengiklanan, medan propaganda, suatu saluran utk menyampaikan informasi, dan bermacam-macam lagi , mungkin makna yang saudara maksudkan maksud yang kedua, iaitu sebagai asas/alat/medan yang paling berkesan.Makna16.10.2007
bincangkan salah satu adat resam dan tabu dalam masyarakat melayu dahulu dan kini.

Sila rujuk bahan ini :

Adat resam dan adat istiadat Melayu | Medan=Pengarang&Bahan=6&Jenis=2&Cari=1&Kata=Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed">Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1986

Orang Melayu banyak cipta adat | Medan=Pengarang&Bahan=8&Jenis=2&Cari=1&Kata=Ahmad Idris">Ahmad Idris| Variasari | 01/03/2007

"Daulat" dalam masyarakat Melayu tradisional | Medan=Pengarang&Bahan=8&Jenis=2&Cari=1&Kata=Zalila Sharif">Zalila Sharif | Dewan Budaya | 01/06/1996

Pengaruh bomoh dalam masyarakat Melayu | Medan=Pengarang&Bahan=8&Jenis=2&Cari=1&Kata=Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim">Sharifah Sofiah Atiqah Syed Ibrahim | Pemikir | 01/07/2003

Tabu dalam masyarakat Melayu di Sarawak | Medan=Pengarang&Bahan=8&Jenis=2&Cari=1&Kata=Noor Aina Dani">Noor Aina Dani | Monograf Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu | 01/07/2002

Tanda Dalam Masyarakat Melayu | Medan=Pengarang&Bahan=8&Jenis=2&Cari=1&Kata=Mohamad Shahidan">Mohamad Shahidan | Dewan Budaya | 01/01/2002

Lain-lain03.05.2008
sumbangan za,ba terhadap perkembangan bahasa melayu

Sila rujuk bahan ini :

Za'ba: patriot dan pendeta melayu | Medan=Pengarang&Bahan=6&Jenis=2&Cari=1&Kata=Adnan Haji Nawang">Adnan Haji Nawang | Yayasan Penataran Ilmu | 1994

Perjuangan Za'ba untuk memartabatkan pendidikan Melayu | Medan=Pengarang&Bahan=8&Jenis=2&Cari=1&Kata=Adnan Haji Nawang">Adnan Haji Nawang | Jurnal Pengajian Melayu | 01/01/1996

Za'ba Pendeta bahasa sepanjang zaman | Medan=Pengarang&Bahan=8&Jenis=2&Cari=1&Kata=Awang Sariyan">Awang Sariyan | Pelita Bahasa | 01/07/2000

Za'ba Pendeta Bangsa | Medan=Pengarang&Bahan=8&Jenis=2&Cari=1&Kata=Mahaya Mohd. Yassin">Mahaya Mohd. Yassin | Dewan Sastera | 01/03/2005

Za'ba: pendita ulung dan penyuluh bahasa | Medan=Pengarang&Bahan=8&Jenis=2&Cari=1&Kata=Azizul Azman Othman">Azizul Azman Othman | Mutiara Malaysia | 01/05/1995

Lain-lain07.05.2008
Pemandu van itu ( ) sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. Ada 4pilihan A terhantuk B terhempas C terlanggar D tertendang Jawapan ialah apaJawapan yang betul ialah C. terlanggar

Pemandu van itu terlanggar sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan
Lain-lain16.10.2021
12345678910...

Kembali ke atas