Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.dan] | ميدن

Definisi : (médan) 1. tanah lapang, padang (utk berlumba dll), gelanggang, alun-alun; 2. kawa­san yg terhad (utk sesuatu); 3. ki arena, kala­ngan, kawasan, lapangan, lingkungan; ~ ais (Geog) kawasan ais terapung yg luas, terutamanya di kawasan kutub; ~ elektrik (Fiz) kawasan bercas yg disebabkan pengaruh elektrik sesuatu jasad yg bercas; ~ graviti (Fiz) kawasan di sekitar jasad yg mengenakan daya tarikan graviti terhadap jasad lain; ~ (daya) magnet (Fiz) kawasan sekeliling magnet yg tenaganya masih boleh dikesan; ~ perang tempat ber­lakunya sesuatu peperangan; ~ politik lapang­an politik; ~ ramai orang ramai, khalayak ramai; ~ selera tempat terdapatnya banyak gerai yg menjual berbagai-bagai jenis makanan utk orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.dan] | ميدن

Definisi : /médan/ 1 tanah lapang tempat mengadakan perlumbaan dll; padang; gelanggang: ~ perang kawasan tempat berperang. 2 lingkungan atau bidang sesuatu perkara: ~ politik lapangan politik; ~ orang pandai-pandai lingkungan pergaulan orang pandai-pandai. ~ elektrik ist kawasan yg mengandungi cas elektrik yg disebabkan pengaruh sesuatu jasad yg mempunyai cas elektrik. ~ graviti ist kawasan di sekitar sesuatu jasad yg sesuatu jasad lain mengalami daya tarikan graviti terhadap jasad tsb. ~ magnet kawasan di sekeliling magnet yg ada daya magnetnya atau ada tarikan magnetnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
medan (kata nama)
Bersinonim dengan kancah, gelanggang, arena, padang, tanah lapang, kawasan, lapangan, lingkungan, kalangan, alun-alun.,

Puisi
 

Buah betik dari Medan,
     Jual mari pasar Melaka;
Cantik bulan di kaki awan,
     Memancar-mancar mengeluar cahaya.


Lihat selanjutnya...(10)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Medan tunjuk bakatTuan Nur Suhaila Raja MuhammadBerita Harian12.03.2009
Medan merakyatkan seni: 17 pementasan berlangsung di Istana Budaya...Mohd Nasif BadruddinHarian Metro11.06.2008
Medan pertemuan pelukisAdham ShadanKosmo29.06.2006
Medan Waktu lontar suara generasi Indonesia-Berita Harian28.11.2006
MedanTiadaMingguan Tempo26.12.1993
Medan PerjuanganMohd. Sabri GhazaliHarakah18.03.1996
MedanMabulmaddin ShaiddinBorneo Mail22.10.1996
Medan PerkasihanFozailia Gee EsMingguan Wanita27.06.1997
Medan sastera dipenuhi penulis cengengZahmy Hj. YusofMingguan Tempo24.10.1993
Medan sastera di Radio 3 MelakaRaja Sabarudin AbdullahUtusan Malaysia05.10.1991
12345678910...

Kembali ke atas