Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.dan] | ميدن

Definisi : (médan) 1. tanah lapang, padang (utk berlumba dll), gelanggang, alun-alun; 2. kawa­san yg terhad (utk sesuatu); 3. ki arena, kala­ngan, kawasan, lapangan, lingkungan; ~ ais (Geog) kawasan ais terapung yg luas, terutamanya di kawasan kutub; ~ elektrik (Fiz) kawasan bercas yg disebabkan pengaruh elektrik sesuatu jasad yg bercas; ~ graviti (Fiz) kawasan di sekitar jasad yg mengenakan daya tarikan graviti terhadap jasad lain; ~ (daya) magnet (Fiz) kawasan sekeliling magnet yg tenaganya masih boleh dikesan; ~ perang tempat ber­lakunya sesuatu peperangan; ~ politik lapang­an politik; ~ ramai orang ramai, khalayak ramai; ~ selera tempat terdapatnya banyak gerai yg menjual berbagai-bagai jenis makanan utk orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.dan] | ميدن

Definisi : /médan/ 1 tanah lapang tempat mengadakan perlumbaan dll; padang; gelanggang: ~ perang kawasan tempat berperang. 2 lingkungan atau bidang sesuatu perkara: ~ politik lapangan politik; ~ orang pandai-pandai lingkungan pergaulan orang pandai-pandai. ~ elektrik ist kawasan yg mengandungi cas elektrik yg disebabkan pengaruh sesuatu jasad yg mempunyai cas elektrik. ~ graviti ist kawasan di sekitar sesuatu jasad yg sesuatu jasad lain mengalami daya tarikan graviti terhadap jasad tsb. ~ magnet kawasan di sekeliling magnet yg ada daya magnetnya atau ada tarikan magnetnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
medan (kata nama)
Bersinonim dengan kancah, gelanggang, arena, padang, tanah lapang, kawasan, lapangan, lingkungan, kalangan, alun-alun.,

Puisi
 

Buah betik dari Medan,
     Jual mari pasar Melaka;
Cantik bulan di kaki awan,
     Memancar-mancar mengeluar cahaya.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
associative fieldmedan terpaut/medan asosiatifmedan pertautan/medan asosiasimedan pertautan/medan asosiasiLinguistik
field coilkumparan medangegelung medan/kumpar medangegelung medan/kumpar medanKejuruteraan
depth-of-fieldkedalaman medan /ketajaman medanpenunjuk kedalaman medanmedan jelasKomunikasi Massa
fieldmedanmedanmedanTeknologi Maklumat
mantlefieldmedan sungkupmedan sungkupmedan sungkupPerubatan
aiming fieldmedan sasaranmedan sasaranmedan sasaranTeknologi Maklumat
gravitational fieldmedan gravitasimedan gravitimedan gravitiAeroangkasa
joint fieldmedan bersamamedan bergabungmedan sambungTeknologi Maklumat
data fieldmedan datamedan datamedan dataTeknologi Maklumat
calculated fieldmedan terhitungmedan terhitungmedan terhitungTeknologi Maklumat
12345678910...

Kembali ke atas