Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.dan] | ميدن

Definisi : (médan) 1. tanah lapang, padang (utk berlumba dll), gelanggang, alun-alun; 2. kawa­san yg terhad (utk sesuatu); 3. ki arena, kala­ngan, kawasan, lapangan, lingkungan; ~ ais (Geog) kawasan ais terapung yg luas, terutamanya di kawasan kutub; ~ elektrik (Fiz) kawasan bercas yg disebabkan pengaruh elektrik sesuatu jasad yg bercas; ~ graviti (Fiz) kawasan di sekitar jasad yg mengenakan daya tarikan graviti terhadap jasad lain; ~ (daya) magnet (Fiz) kawasan sekeliling magnet yg tenaganya masih boleh dikesan; ~ perang tempat ber­lakunya sesuatu peperangan; ~ politik lapang­an politik; ~ ramai orang ramai, khalayak ramai; ~ selera tempat terdapatnya banyak gerai yg menjual berbagai-bagai jenis makanan utk orang ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.dan] | ميدن

Definisi : /médan/ 1 tanah lapang tempat mengadakan perlumbaan dll; padang; gelanggang: ~ perang kawasan tempat berperang. 2 lingkungan atau bidang sesuatu perkara: ~ politik lapangan politik; ~ orang pandai-pandai lingkungan pergaulan orang pandai-pandai. ~ elektrik ist kawasan yg mengandungi cas elektrik yg disebabkan pengaruh sesuatu jasad yg mempunyai cas elektrik. ~ graviti ist kawasan di sekitar sesuatu jasad yg sesuatu jasad lain mengalami daya tarikan graviti terhadap jasad tsb. ~ magnet kawasan di sekeliling magnet yg ada daya magnetnya atau ada tarikan magnetnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
medan (kata nama)
Bersinonim dengan kancah, gelanggang, arena, padang, tanah lapang, kawasan, lapangan, lingkungan, kalangan, alun-alun.,

Puisi
 

Buah betik dari Medan,
     Jual mari pasar Melaka;
Cantik bulan di kaki awan,
     Memancar-mancar mengeluar cahaya.


Lihat selanjutnya...(10)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
undang-undang, bahan ini seharusnya tidak terdapat dalam cecair atau pepejal berkenaan. Contohnya, minyak tanah yang dicampurkan ke dalam minyak petroleum. (BIO) advection (alir lintang) Pemindahan sifat jisim udara oleh medan halaju atmosfera. Dalam hal tertentu perhatian mungkin ditumpukan pada komponen gerakan itu mendatar atau menegak. Walau bagaimanapun, istilah ini biasanya digunakan untuk menun - jukkan pemindahan mendatar sahaja. (HID) advective thunderstorm yang mempunyai alur percambahan dan spora berwarna jernih yang lebih kecil saiznya dan tidak mempunyai alur percambahan. (BIO) anisotropic dielectric (dielektrik tak isotrop) Sifat fizik hablur yang bergantung pada arah medan elektrik luar atau arah rambatan gelombang elektromagnet. (FIZ) anisotropy (anisotropi) Perihal bahan yang tidak mempunyai sifat yang serupa pada semua arah. Umumnya bahan bergentian seperti kayu bersifat anisotropi. Contohnya, kayu

Kembali ke atas