Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Fiz) kawasan bercas yg disebabkan pengaruh elektrik sesuatu jasad yg bercas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ist kawasan yg mengandungi cas elektrik yg disebabkan pengaruh sesuatu jasad yg mempunyai cas elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
medan (kata nama)
Bersinonim dengan kancah, gelanggang, arena, padang, tanah lapang, kawasan, lapangan, lingkungan, kalangan, alun-alun.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEDAN ELEKTRIK

Medan elektrik wujud dalam ruang di

sekeliling jasad bercas dan boleh dikesan melalui

kesannya ke atas jasad bercas yang lain dalam

medan itu.

UMUM 
KEELEKTROMAGNETAN

Keelektromagnetan ialah cabang fizik yang

mengkaji hubungan antara elektrik dengan

kemagnetan. Elektrokemagnetan berdasarkan fakta

bahawa (1) arus elektrik atau medan elektrik yang

berubah menghasilkan medan magnet, dan

(2) medan magnet yang berubah menghasilkan

medan elektrik.

UMUM 
ELEKTROFORESIS

Elektroforesis ialah kaedah pemisahan dan

penulenan molekul biologi yang besar, seperti

protein dan asid deoksiribonukleik (DNA),

melalui penggunaan medan elektrik.

UMUM 
MAGNETOHIDRODINAMIK

Magnetohidrodinamik, sering kali

disingkatkan sebagai MHD, ialah kajian tentang

cara medan elektrik dan medan magnet bersaling

tindak dengan bendalir yang mengalirkan arus

elektrik. Bendalir ini termasuk logam cecair dan

gas yang terion pada kadar yang amat tinggi yang

disebut sebagai plasma. MHD memainkan peranan

penting dalam pembinaan penjana kuasa dan

sistem pendorongan yang menggunakan bendalir

yang mengalirkan arus elektrik. MHD juga

membantu ahli sains memahami kesan elektrik dan

kesan magnet di sekeliling bumi dan di matahari.

Kesan ini termasuk tompok matahari, ribut magnet

dalam medan magnet bumi, dan aurora (cahaya

utara dan selatan).

UMUM 
STARK, JOHANNES

Stark, Johannes (1874–1957), ahli fizik Jerman

yang terkenal kerana penemuannya tentang kesan

Stark. Penemuan ini, iaitu pemisahan garis

spektrum apabila atom pemancar berada dalam

medan elektrik, menjadikannya memenangi Hadiah

Nobel tahun 1919 bagi bidang fizik. Dia juga

melihat perubahan frekuensi cahaya daripada atom

yang bergerak dalam tiub discas gas. Ini adalah

pencerapan pertama kesan Doppler optik daripada

punca selain bintang (lihat Kerelatifan [Teori

kerelatifan umum]).

UMUM 
ARUHAN ELEKTRIK

Aruhan elektrik ialah proses yang

menyebabkan sesuatu objek dicaskan oleh objek

lain yang mempunyai cas elektrik, tanpa disentuh.

Aruhan elektrik disebabkan oleh tarikan

elektrostatik , iaitu tarikan antara dua cas elektrik

yang berlawanan. Tarikan elektrostatik berbeza

daripada aruhan elektromagnet, iaitu daya yang

bertindak pada zarah bercas yang disebabkan

oleh perubahan medan magnet.

UMUM 
KESAN HALL

Kesan Hall ialah fenomena elektrik yang berlaku

apabila arus elektrik mengalir melalui bahan dalam

medan magnet. Contohnya, jika arus elektrik

yang mengalir melalui sesuatu bahan serenjang

dengan medan magnet di sekitar bahan itu, kesan

Hall kelihatan sebagai voltan merentasi bahan itu.

Voltan Hall adalah serenjang dengan kedua-dua

arah arus elektrik dan arah medan magnet.

UMUM 
MAGNETOMETER

Magnetometer ialah alat yang mengukur

kekuatan medan magnet. Magnetometer paling

ringkas dapat mengukur medan magnet yang

berdekatan dengan motor elektrik atau kutub

magnet. Magnetometer begini mempunyai

gelungan wayar yang kecil. Apabila gelungan itu

digerakkan melalui medannya, maka terhasillah

voltan elektrik dalam gelungan itu. Voltan ini

menandakan kekuatan medan magnet itu.

UMUM 
KEARUHAN

Kearuhan ialah sifat litar elektrik yang

menentang sebarang perubahan arus yang

mengalir dalam litar itu. Arus elektrik dikelilingi

oleh medan magnet.

UMUM 
METER GALVANI

Meter galvani ialah alat yang digunakan untuk

mengesan dan mengukur arus elektrik yang kecil.

Kebanyakan meter galvani berfungsi berdasarkan

prinsip bahawa arus elektrik yang mengalir melalui

dawai dalam medan magnet menghasilkan daya

terhadap dawai itu.

UMUM 
12

Kembali ke atas