Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pelbagai jenis alat komunikasi (spt televisyen, radio, surat khabar, majalah, dsb) yg dapat menyampaikan maklumat (berita dsb) kpd orang ramai dgn cepat (dlm masa yg singkat), sebaran am. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /média massa/ alat (spt akhbar, radio, televisyen) utk menyebarkan maklumat, berita dsb kpd orang ramai; sebaran am. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
massa (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan khalayak ramai, orang awam, orang ramai, audiens.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, A. Ayat manakah di bawah adalah betul? 1. Isu buli hangat diperdebatkan di media massa. 2. Isu buli hangat diperdebatkan dalam media massa. B. Apakah penjodoh bilangan untuk 'jam tangan'? seutas jam tangan atau sebuah jam tangan. Terima kasih. Cik Ong1. Isu buli hangat diperdebatkan dalam media massa.

2. Seutas jam tangan. 
Tatabahasa10.04.2017
KESAN DAN CABARAN MEDIA MASSA MASSA MASA KINI

Saudara,

Untuk pertanyaan seperti ini, saudara perlu membuat kajian dan rujukan di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara. 

 

Lain-lain09.04.2010
Ayat manakah yang betul? A) Pengaruh media massa adalah salah satu punca berlakunya gejala sosial. B) Pengaruh media massa ialah salah satu punca berlakunya gejala sosial.Jawapan yang betul ialah (A) kerana kata pemeri 'adalah' digunakan sebagai penegas. Sebagai pilihan, kata 'merupakan' juga boleh digunakan bagi menggantikan 'adalah'.Tatabahasa16.11.2010
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LARAS BAHASA AGAMA DAN MEDIA MASSA?BAGAIMANA DENGAN SEJARAH BAHASA DAN ASAL USUL BAHASA MELAYU ITU SENDIRI?Iaitu konteks penggunaan bidang agama dan media massa, dan tentang sejarah BM sdr bolehlah merujuk buku Perancangan Bahasa, Assmah Hj Omar dan Portal Pendidikan.Lain-lain17.09.2007
Saya ingin tahu sama ada "OKU" bermaksud orang kurang upaya atau orang kelainan upaya ? Biasanya kita ketahui OKU ialah orang kurang upaya, tapi baru-baru ini saya dapati di media-media massa banyak menggunakan 'orang kelainan upaya'. saya mendapat tajuk thesis berkenaan dengan oku .Jadi istilah mana yang saya perlu guna?saya harap pihak tuan dapat memberikan jawapan secepat mungkinIstilah yang ada dalam pangkalan data kami ialah "Orang Kurang Upaya" atau ringkasnya OKU. Kami maklum dengan perkembangan terkini, iaitu penggunaan "Orang Kelainan Upaya" yang seolah-olah menggantikan istilah OKU sebelum ini. Walau bagaimanapun, belum ada sebarang perubahan dan penggunaan "Orang Kurang Upaya" masih dikekalkan. Penggunaan istilah ini juga selaras dengan akta, Akta Orang Kurang Upaya 2008.Istilah04.12.2015
Alhamdulilah media massa sekarang menggunakan perkataan "tular" menggantikan perkataan "viral" tetapi bagaimana pula dengan "sado" (lelaki berotot kekar/sasa)? Apakah langkah DBP untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan tepat berbanding perkataan "sado" yang digunakan secara meluas di media massa (termasuk tajuk drama dll) dan juga di internet?Tidak ada perkataan sado yang merujuk maksud berkenaan dalam pangkalan data kami. Perkataan yang membawa maksud yang hampir sama ialah perkasa atau sasa.Tatabahasa17.02.2017
Menerusi media massa suatu ____ akan dapat dicanang secara cepat dan tepat. 'perkhabaran' atau 'penghebahan', yang manakah paling sesuai bagi ayat di atas?Perkataan yang paling tepat ialah penghebahan.Tatabahasa20.07.2013
pengaruh media massa dalam mendaulatkan bahasa melayu

Maklumat yang diperlukan boleh diperoleh melalui pembacaan dan penelitian buku-buku dan makalah yang berkaitan serta melakukan kajian lapangan. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain untuk membuat penyelidikan.

Lain-lain09.04.2010
PENGARUH MEDIA MASSA DALAM MENDAULATKAN BAHASA KEBANGSAAN

Maklumat yang diperlukan boleh diperoleh melalui pembacaan dan penelitian buku-buku dan makalah yang berkaitan serta melakukan kajian lapangan. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain untuk membuat penyelidikan.

Lain-lain09.04.2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya lihat media massa banyak menggunakan istilah "sekuel" dan "prekuel" bagi menggambarkan sesuatu drama, filem dan sebagainya. Adakah istilah-istilah ini akan dimasukkan dalam Kamus Dewan, atau adakah terdapat istilah lain yang seerti dengannya? Pada perhatian saya, istilah "genre", "trend" dan "rating" pula sudah wujud dalam Kamus Dewan. Terima kasih.

Tuan/puan yang budiman,

Perkataan “genre” dan “trend” telah diterima pakai untuk penggunaan maksud rasmi. Manakala perkataan “rating” tidak sesuai digunakan untuk maksud rasmi kerana dikategorikan sebagai bahasa percakapan. Untuk makluman tuan/puan, Kamus Dewan berfungsi merakam perkataan yang banyak digunakan dalam kalangan masyarakat dengan merujuk data korpus. Itulah antara justifikasi sesuatu perkataan itu dimasukkan sebagai entri dalam Kamus. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.

Perkataan “sekuel” dan “prekuel” tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, hasil carian kami, hanya menjumpai perkataan “sequel” sahaja yang membawa maksud susulan, contoh ayat: Sudah ada empat susulan filem “Superman”.

Untuk makluman tuan/puan juga, konsep pembentukan istilah ialah mengambil istilah yang ada dalam pelbagai dialek dan kemudiannya barulah bahasa asing. Cara mengejanya adalah mengikut kaedah ilmiah pembentukan istilah. Bahasa Melayu sebagai bahasa yang dinamik tidak terkecuali dalam hal ini dan menerima unsur/pengaruh daripada bahasa luar termasuk bahasa Inggeris atau bahasa yang lain juga mengikut konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun, proses ini tidaklah dilakukan dengan sewenang-wenangnya, melainkan telah mematuhi syarat pembentukan istilah yang sedia ada.

Istilah20.12.2017
123456

Kembali ke atas