Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sosial (kata nama)
Bersinonim dengan kemasyarakatan;
Kata Terbitan : bersosial,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan mana lebih tepat antara "sosial media" atau "media sosial"MEDIA SOSIALTatabahasa15.03.2013
Media sosial seperti You Tube,Tik Tok, facebook dan lain-lain dapat membantu murid dalam pembelajaran. Tukarkan ayat biasa kepada ayat songsang. yang mana betul ? 1)Dapat membantu murid dalam pembelajaran media sosial seperti Youtube, tik Tok , facebook dan lain-lain. 2) Seperti Youtube, tik Tok , facebook dan lain-lain dapat membantu murid dalam pembelajaran media sosial.

Ayat yang betul ialah “Dapat membantu murid dalam pembelajaran, media sosial seperti Youtube, TikTok, facebook dan lain-lain.

Tatabahasa20.02.2023
Di media sosial atau dalam media sosial Apakah perbezaan kedua-dua penggunaan kata sendi nama ?

Kedua-dua kata sendi nama yang diberikan tidak betul.  Jawapan yang betul ialah melalui kerana perkataan tersebut berfungsi sebagai perantaraan atau menerusi. Contoh dalam ayat, Rancangan Dewan Bahasa sering kali disiarkan melalui radio.

Perbezaan antara kata sendi nama di dengan kata sendi nama dalam ialah kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.
Tatabahasa11.04.2021
Saya bersungguh-sungguh mengharap pihak DBP mempergiatkan usaha mempopularkan bahasa Melayu di media sosial. Saya sarankan, dan saya harap saran ini diambil serius, berikan munsyi-munsyi DBP mengelola akaun media sosial khususnya Twitter untuk mengajar rakyat bahasa Melayu yang baik dan benar, sesuai dengan penggunaan media sosial dan menegur ahil politik yang kian lama makin tidak endahkan bahasa Melayu. Wujudkan tentera maya bagi mempromosi bahasa baik dan benar. Terima kasih atas keprihatinan dan cadangan/saranan tuan terhadap penggunaan bahasa Melayu. Cadangan pihak tuan akan kami panjangkan kepada pihak atasan kami.Lain-lain04.02.2019
Adakah terdapat istilah 'ciapan'? Kerana rujukan kepada akhbar dan artikel memetik perkataan ciapan yang membawa erti 'posting' di media sosial. Adapun dapatan lain bagi maksud 'posting' dapat dilihat hantaran media sosial. Terima kasih.

Perkataan “ciapan” bermaksud bunyi yang dikeluarkan oleh anak ayam, burung dan sebagainya. (Kamus Dewan Perdana). Perkataan yang merujuk kepada posting di media sosial ialah “hantaran” atau “twit” (khusus untuk aplikasi Twitter).

Lain-lain04.10.2022
Salam. Adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa? "Media sosial merupakan salah satu cabang internet." Terima kasih.Ayat " "Media sosial merupakan salah satu cabang Internet." ini betul dari segi tatabahasa dan ejaan Internet (I - huruf besar) Tatabahasa22.06.2020
Apakah terjemahan bagi "catfish" (istilah media sosial")?Untuk makluman, padanan bahasa Melayu bagi istilah catfish mengikut Kamus Dewan, ialah ikan duri. Setakat ini, masih belum terdapat padanan yang merujuk kepada istilah media sosial. Pihak kami akan mengajukan istilah tersebut kepada pihak yang berkenaan.Istilah20.04.2018
Apakah terjemahan untuk “social media post?” Adakah “hantaran media sosial” atau “siaran media sosial”?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah social media post ialah hantaran media sosial. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah23.03.2023
Apakah definisi terkini bagi "media sosial"? Terima kasihMenurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1436) media sosial bermaksud alat atau perantara komunikasi dalam kalangan masyarakat untuk berkongsi maklumat, misalnya rangkaian sosial dan media massa.Makna03.04.2024
Salam sejahtera, boleh saya dapatkan padanan kata bagi istilah "repost" dalam konteks media sosial? Sekian, terima kasih.Sehingga kini tiada lagi padanan bagi istilah repost dalam bidang teknologi maklumat (media sosial). Cadangan kami yang sesuai ialah  "ulang siar". Walau bagaimanapun, cadangan tuan akan kami bawa kepada Jawatankuasa Istilah semasa untuk dibincangkan.Istilah31.08.2019
12345678

Kembali ke atas