Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ga] | ميݢ

Definisi : (méga) I awan; ~ berangkat awan naik (meningkat); ~ berarak a) awan yg beriring-iring; b) sj ukiran; ~ mendung awan yg mengandungi hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ga] | ميݢ

Definisi : (méga) terlalu besar atau hebat (bkn projek, pembangunan, jualan dsb): antara projek ~nya ialah Koridor Raya Multime-dia; jualan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ga] | ميݢ

Definisi : /méga/ awan. ~ berarak a. awan yg bergerak beriring-iringan. b. nama sj ukiran. ~ mendung awan yg membawa air hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mé.ga] | ميݢ

Definisi : /méga/ sangat besar atau hebat (bkn projek, jualan dsb): Kamus itulah antara projek ~ Bahagian tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mega

Puisi
 

Di waktu panas ketika rembang,
     Hujan ribut awan dan mega;
Penglipur lara penawar bimbang,
     Ingatan abang tidak dua tiga.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya tentang perkataan projek meja. Yang mana satukah yang betul? Projek meja atau meja projek? Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah projek mega. Mega bermaksud besar (kata adjektif).Tatabahasa17.08.2020
saya ingin mencari maksud MEGA?Mega bermaksud 1. awan 2. terlalu besar atau hebat .Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1012.Makna11.09.2008
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan mega. Pihak kami bercadang untuk mengadakan program GEGAS MEGA. GEGAS adalah singkatan kepada perkataan Generasi Gadis Solehah. Jadi adakah sesuai untuk menggunakan perkataan mega tersebut?Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, mega bermaksud terlalu besar atau hebat. Pada pandangan kami, singkatan GEGAS tidak sesuai digunakan bagi frasa Generasi Gadis Solehah kerana perkataan gegas mempunyai maksud tersendiri. Puan hendaklah menggunakan frasa penuh untuk program tersebut, GENERASI GADIS SOLEHAH MEGA.Tatabahasa29.10.2014
Salam sejahtera. Adakah sesuai jika istilah "mega-city" yang digunakan dalam teks berkaitan petempatan masyarakat, diterjemah sebagai "bandar mega"? Adakah terjemahan lain yang lebih sepadan? Terima kasih.

Salam sejahtera. Adakah sesuai jika istilah "mega-city" yang digunakan dalam teks berkaitan petempatan masyarakat, diterjemah sebagai "bandar mega"? Adakah terjemahan lain yang lebih sepadan? Terima kasih.

Mengikut data kami, ‘city’ diberikan padanan “bandar raya” , “bandar” dan “kota”. Mengambil kira konsep “mega” kami mencadangkan “mega city” diberikan padanan “bandar raya mega”.

Istilah13.01.2015
Mohon bantuan bagi istilah yang tepat bagi "disruptive megatrend"? Adakah: trend mega mengganggu / megatrend disruptif / trend mega disruptif / lain?Kami mencadangkan "disruptive megatrend" diterjemahkan sebagai "trend mega pengganggu". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah11.04.2022
Betul atau tidak penggunaan perkataan JUALAN MEGA RAYA?Cadangan penggunaan yang betul ialah JUALAN MEGA HARI RAYA.Tatabahasa01.04.2021
1. Adakah wujud istilah bahasa melayu secara khusus bagi perkataan-perkataan berikut: instafamous, twitter famous, Facebook famous dan youtubers? Jika wujud, apakad istilah yang tepat? 2. Perkataan-perkataan berikut adalah berkaitan jenis-jenis pempengaruh (influencer). Adakah betul maksud bagi perkataan berikut: a)mega influencer=pempengaruh mega b)macro influencer=pempengaruh makro c)micro influencer=pempengaruh mikro d)advocate=penyokong e)referrer=perujuk f)loyalist=penyetia

Perkataan "Instafamous", "Twitter famous", "Facebook famous" dan "Youtuber" digunakan dalam konteks tidak rasmi. Kami mencadangkan padanan perkataan tersebut sebagai Instagram terkenal, Twitter terkenal, Facebook terkenal dan pengguna Youtube.

Cadangan padanan bahasa Melayu:







a) pempengaruh mega

b) pempengaruh makro

c) pempengaruh mikro

d) penyokong, menyokong

e) perujuk

f) penyokong setia

Semua padanan bergantung kepada penggunaan ayat dan konteks.

Istilah11.04.2020
Betulkah perkataan "melaksanakan" lebih sesuai digunakan untuk perbuatan yang melibatkan kerja-kerja mega seperti projek lebuh raya; manakala lebih sesuai digunakan perkataan "menjalankan" bagi kerja-kerja biasa. Mohon penjelasan pihak KNB.Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, melaksanakan bermaksud sl membandingkan dgn, mengumpamakan sbg, menyamakan: tidak dapat dilaksanakan bulan dan matahari; 2. menjalankan (tugas, rancangan, dll), mengerjakan, menyelesaikan (sesuatu tugas dll):, menjalankan pula bermaksud

mengusahakan sesuatu supaya berjalan atau bergerak: Ia sudah pandai ~ kereta ayahnya. 2 mengerjakan sesuatu tugas; melaksanakan: Tiap-tiap hari ia ~ kerjanya sbg anggota polis. 

Berdasarkan maksud kedua-dua perkataan tersebut, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dan tidak dibezakan oleh kerja-kerja mega dan sebagainya.

Makna12.12.2018
Apakah terjemahan kepada BM bagi megatrend? Trend mega atau Megatrend?Mohon berikan contoh perkataan yang ingin diterjemahkan dalam ayat agar pihak kami dapat memberikan terjemahan yang tepat mengikut konteks ayat.Makna29.06.2022
salam, saya ingin bertanya apa kah maksud MEGACUN yang diperkenalkan oleh syarikat telekomunikasi (Celcom) bagi mempromosikan syarikat mereka.

 

Perkataan 'mega' merupakan awalan asing 1. sangat besar, cthnya megalit; 2. sejuta, cthnya megawatt dan megavolt. sementara perkataan 'cun' bahasa percakapan 1. kata yg mengandungi konotasi padan, anggun, dsb utk dikaitkan dgn sesuatu sifat spt merdu, cantik: Wah, ~lah rambut awak! 2. tepat mengenai sasaran. Dalam penggunaan yang betul, kita menggunakan 'jualan mega' yang merujuk jualan besar-besaran.

Makna04.01.2011
12

Kembali ke atas