Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ga] | ميݢ

Definisi : (méga) I awan; ~ berangkat awan naik (meningkat); ~ berarak a) awan yg beriring-iring; b) sj ukiran; ~ mendung awan yg mengandungi hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ga] | ميݢ

Definisi : (méga) terlalu besar atau hebat (bkn projek, pembangunan, jualan dsb): antara projek ~nya ialah Koridor Raya Multime-dia; jualan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ga] | ميݢ

Definisi : /méga/ awan. ~ berarak a. awan yg bergerak beriring-iringan. b. nama sj ukiran. ~ mendung awan yg membawa air hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mé.ga] | ميݢ

Definisi : /méga/ sangat besar atau hebat (bkn projek, jualan dsb): Kamus itulah antara projek ~ Bahagian tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mega

Puisi
 

Di waktu panas ketika rembang,
     Hujan ribut awan dan mega;
Penglipur lara penawar bimbang,
     Ingatan abang tidak dua tiga.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KLCC

KLCC ialah mercu tanda negara Malaysia. Ia

merupakan singkatan daripada Kuala Lumpur City

Centre atau Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. la

merupakan projek mega bersepadu meliputi

kawasan seluas 1.67 juta meter persegi terletak di

lokasi strategik di kawasan segi tiga emas

Kuala Lumpur. KLCC menempatkan Menara

Berkembar PETRONAS, Kompleks Membeli-belah

Suria KLCC, Menara Maxis, Menara ESSO, Hotel

Mandarin Oriental, Pusat pendinginan Daerah,

Taman awam dan Masjid Asy-syakirin. Menara

Berkembar PETRONAS ialah bangunan tertinggi

di dunia.

UMUM 
MEGALIT

MEGALIT, batu yang digunakan dalam upacara pengebumian, upacara keagamaan dan simbol tertentu.  Perkataan mengalit (megalith) berasal daripada perkataan Yunani iaitu mega  yang bererti besar dan lithos yang bererti batu.  Batu ini biasanya lebih tinggi daripada manusia dan berada dalam keadaan menegak.  Terdapat beberapa susunan batu megalit seperti menhir, dolmen, kubur peti batu dan sebagainya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGISumber/Bahan Alam

Kembali ke atas