Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ga] | ميݢ

Definisi : (méga) I awan; ~ berangkat awan naik (meningkat); ~ berarak a) awan yg beriring-iring; b) sj ukiran; ~ mendung awan yg mengandungi hujan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ga] | ميݢ

Definisi : (méga) terlalu besar atau hebat (bkn projek, pembangunan, jualan dsb): antara projek ~nya ialah Koridor Raya Multime-dia; jualan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ga] | ميݢ

Definisi : /méga/ awan. ~ berarak a. awan yg bergerak beriring-iringan. b. nama sj ukiran. ~ mendung awan yg membawa air hujan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mé.ga] | ميݢ

Definisi : /méga/ sangat besar atau hebat (bkn projek, jualan dsb): Kamus itulah antara projek ~ Bahagian tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mega

Puisi
 

Di waktu panas ketika rembang,
     Hujan ribut awan dan mega;
Penglipur lara penawar bimbang,
     Ingatan abang tidak dua tiga.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
megamegaFizikTiadaTiada
megamegaKejuruteraanTiadaTiada
mega-carrierpengangkut megaPelanconganTiadaKapal terbang bersaiz besar untuk membawa penumpang atau kargo. Contohnya, kapal terbang A380.
mega-eventacara megaPelanconganTiadaAcara yang dikendalikan secara besar-besaran seperti perlumbaan kereta F1, Sukan Olimpik dan pertunjukan LIMA.
mega-resortperanginan megaPelanconganTiadaTempat peranginan yang bersaiz besar dan mempunyai pelbagai kemudahan serta boleh menampung jumlah pengunjung yang ramai.
repetendbaris ulang ragamKesusasteraanTiadaUnsur ulangan pada perkataan, rangkai kata atau ayat kecil yang berlaku dalam puisi. Contohnya sajak karya Kemala, "Kaktus-kaktus" (Kaktus-kaktus, 1976, hlm. 22): ada nama ada nama di mata pawana ada mata ada mata di dada suasana ada dada ada dada mega-mega ada nama ada mata ada dada.
megamergerspenggabungan megaKomunikasiKorporatProses mencantumkan operasi dua atau lebih syarikat yang mempunyai kelompok perniagaan atau kepentingan perniagaan yang sama. Ciri utama percantuman itu adalah menstruktur semula pengurusan kewangan, sumber manusia, rangkaian operasi, dan logistik. Matlamat utama adalah untuk memaksimumkan keuntungan dan mewujudkan keberkesanan kos. Dalam komunikasi korporat, bidang yang terlibat dalam aktiviti ini ialah bidang perbankan dan telekomunikasi (penyiaran, media cetak, dan teknologi komunikasi maklumat). Dari segi pemasaran dan publisiti, pendekatan ini memudahkan dan menguntungkan syarikat kecil yang terlibat dalam penggabungan mega tersebut. Selain itu, pendekatan ini boleh mengurangkan risiko dan menjamin pengekalan operasi.
meggerpenguji megaTeknikElektrikMeter untuk mengukur rintangan yang tinggi sehingga ke 1000 megaohm. Meter ini mungkin dikendalikan secara penjana arus terus yang digerakkan dengan tangan atau dikendalikan dengan bateri. Sinonim meter megaohm.
megapreneurusahawan megaPerniagaanTiadaIndividu atau kumpulan yang mempunyai perniagaan yang telah berkembang maju sehingga ke peringkat antarabangsa.
disruptive megatrendtrend mega penggangguEkonomiTiadaProses dalam memanfaatkan gangguan terhadap corak global yang meluas dan berkaitan dengan tingkah laku, mobiliti dan persekitaran. Contohnya, seperti pendigitalan, kesihatan, pertumbuhan penduduk dan pembandaran.
123

Kembali ke atas