Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.gah] | مݢه

Definisi : 1. kelihatan gagah (hebat dll), masy­hur, mulia: namanya tidak se~ dahulu lagi; 2. bangga: aku turut mendengar dan berasa ~ namaku disebut berulang kali; bermegah, bermegah-megah berasa megah, membanggakan diri, membesar-besarkan diri: orang kaya itu ~ dgn kekayaannya; memegahkan mendatangkan (menimbul­kan) rasa megah, membanggakan: di hadapan mereka itu berjejal motokar yg serba ~; memegah-megahkan membangga-bangga­kan: maka tidak perlulah dimegah-megah-kan jika apa yg diperolehnya merupakan pemberian orang sahaja; kemegahan 1. sesuatu yg dimegahkan, ke­masyhuran, kemuliaan, kebanggaan; 2. pe­rasaan megah: ~nya sbg pemilik peti tele-visyen yg tunggal di kampung kami sudah tersinggung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.gah] | مݢه

Definisi : 1 mulia dan masyhur: Bangunan Parlimen tersergam dgn ~nya di atas bukit itu. 2 = bermegah berasa besar hati; bangga: Ia ~ kerana mempunyai anak yg bertimbang rasa. bermegah-megah membesar-besarkan diri: Mereka ~ kerana merekalah yg pertama sampai di bulan. memegahkan menimbulkan rasa bangga atau rasa megah; membanggakan: Orang yg selalu ~ diri atau ~ harta kekayaannya akan kehilangan kawan. kemegahan sesuatu yg dimegahkan atau yg dibanggakan; kemasyhuran: Drpd hikayat-hikayat lama, kita dpt membaca kisah ttg keindahan dan ~ Melaka pd zaman dahulu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
megah (adjektif)
Bersinonim dengan bangga, besar hati, ranggi, perasan, riak, ujub;,
Kata Terbitan : bermegah, bermegah-megah, memegahkan, kemegahan,

Peribahasa

Berketak dulu sebelum bertelur.

Bermaksud :

Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hubrismegah diriKesusasteraanTiadaRasa megah atau angkuh yang keterlaluan mengakibatkan kecelakaan pada diri protagonis dalam sesebuah tragedi.
hubrismegah diriKesenianDrama dan TeaterPembawaan peranan seseorang pelakon yang memperlihatkan sikap sombong dan megah melalui pengucapan dan aksi.
self-glorificationmegah diriPsikologiTiadaTiada
hybrisketakburanKesusasteraanTiadaRasa megah atau angkuh yang keterlaluan mengakibatkan kecelakaan pada diri protagonis dalam sesebuah tragegi.
felicefeliceMuzikTiada

 Gaya yang megah serta penuh dengan perasaan gembira.

flex culturebudaya menunjuk-nunjukUmumTiadaPerbuatan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk.
maestosomaestosoMuzikTiada

 Gaya persembahan yang agung dan megah pada paras dinamik yang kuat.

yuppies culturebudaya yapisKomunikasiTiadaBudaya yang diamalkan oleh golongan muda yang berpendapatan tinggi dan suka bermegah-megah dengan kemewahan yang dimiliki. Golongan ini suka membeli barangan mewah dan melakukan aktiviti golongan kelas pertengahan.
egoismegoismeKesusasteraanTiadaSikap mementingkan diri sendiri atau berasakan diri sendiri lebih penting daripada orang lain. Egoisme membenarkan individu itu berasa megah, dan menganggap dirinya sebagai asing daripada individu yang lain Dalam sastera, watak egoisme ialah watak yang mementingkan diri sendiri, memandang rendah pada pendapat orang lain, sering menampilkan dirinya kepada umum, suka menarik perhatian orang, dan bermegah dengan pandangan sendiri. Banding ego.
gewichtiggewichtigMuzikTiada

 Gaya yang kuat, megah dan bangga.

12

Kembali ke atas