Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (méi) bulan kelima dlm tahun Masihi yg mengandungi 31 hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /méi/ bulan yg kelima dlm tahun Masihi (terdiri drpd 31 hari). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mei


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei ikat rambut. b.Mei Mei sikat rambut.(dan) Mei Mei ikat rambut dan sikat rambut.@Mei Mei ikat dan sikat rambut. Jwp yang mana satu tepat?Ayat yang gramatis: Mei Mei sedang menyikat dan mengikat rambutnya.Tatabahasa28.07.2015
Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei ikat rambut. b.Mei Mei sikat rambut.(dan) Mei Mei ikat rambut dan sikat rambut.@Mei Mei ikat dan sikat rambut. Jwp yang mana satu tepat?Ayat yang betul dan logik ialah Mei Mei menyikat dan mengikat rambut.Tatabahasa11.08.2014
Gabungkan ayat tunggal 1.a.Mei Mei mengikat rambut. b.Mei Meimenyikat rambut.(atau) Mei Mei mengikat rambut atau mengikat rambut.@Mei Mei mengikat atau menyikat rambut. Jwp yang mana satu tepat?Jawapan yang betul ialah Mei Mei mengikat atau menyikat rambut?Tatabahasa12.08.2014
Adakah ayat berikt betul? 1) Bapa Mei Ling polis. 2) Bapa Mei Ling ialah polis. 3) Bapa Mei Ling ialah seorang polis. 4) Bapa Mei Ling adalah seorang polis.

1) Bapa Mei Ling polis. - Betul

2) Bapa Mei Ling ialah polis. - Betul

3) Bapa Mei Ling ialah seorang polis. - Betul

4) Bapa Mei Ling adalah seorang polis. - Salah. Sepatutnya 'ialah'.

Tatabahasa13.11.2009
1)"Sang Kancil"buku cerita gemari Ali.(betul) 2)"Sang Kancil"buku cerita gemaran Ali.(betul) 3)"Sang Kancil"buku cerita kegemaran Ali.(betul) 4)Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu.(betul) 5)Mei Ling menyertai acara tiup belon.(betul) 6)Ali dan Abu menyertai acara upih pinang.(betul) 7)Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.(Betul) 8)Biki menyertai acara isi air dalam botol.(betul) Terima kasih.

Ayat yang betul ialah:

1) "Sang Kancil" buku cerita kegemaran Ali.(betul)

4) Abu menyertai acara bawa bola pingpong dengan sudu

5) Mei Ling menyertai acara meniup belon.

6) Ali dan Abu menyertai acara menarik upih pinang.

7) Mei Mei dan Nora menyertai acara lari ikat kaki.

8) Biki menyertai acara mengisi air dalam botol.

Tatabahasa23.06.2011
Ada yang kata, ayat tidak boleh bermula dengan nombor, adakah ia benar? Bagaimanakah saya hendak menyampaikan maksud ayat ini dengan betul? - 1 Mei merupakan cuti umum Hari Pekerja.Ayat perlu dimulakan dengan perkataan sebelum angka seperti Pada 1 Mei atau Tarikh 1 Mei, contohnya Tarikh 1 Mei ialah cuti umum Hari Pekerja.Tatabahasa16.06.2012
Mei Ling seorang juruukur dalam kelas jahitan itu. Adakah perkataan "juruukur" betul diguna? terima kasih.

Juruukur ialah orang yang kerjanya mengukur tanah. Penggunaan juruukur dalam ayat tersebut adalah tidak tepat.

Tatabahasa08.03.2011
A)Mei Ling makan (buah) oren atau (buah) epal? B)Mei Ling makan (buah) oren atau epal? Ayat yang mana satu betul?Mei Ling makan buah oren atau epal?Tatabahasa03.05.2017
Ada guru Bahasa Melayu mengatakan bahawa ungkapan “pada bulan Mei” dan “pada tahun 2012” sebagai lewah. Menurutnya, ungkapan yang tepat ialah “pada Mei” dan “pada 2012”. Mohon ulasan pihak KNDBP. Terima kasih.Bulan Mei dan Tahun 2012 merupakan frasa nama yang betul. Apabila didahului dengan kata sendi nama "pada" salah satu kata dalam frasa nama tersebut tidak perlu digugurkan.Tatabahasa27.05.2012
sekali lagi saya ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk mengenal pasti ayat di bawah ini, jika terdapat sebarang unsur lewah. "....perayaan hari guru akan berlangsung bermula dari 13 Mei hingga 16 Mei akan datang......" sekian terima kasih.Benar, ayat yang dibina tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah  "... perayaan hari guru akan berlangsung dari 13 hingga 16 Mei akan datang ...".Tatabahasa29.06.2012
12345678910...

Kembali ke atas