Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

Definisi : (méi) bulan kelima dlm tahun Masihi yg mengandungi 31 hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Definisi : /méi/ bulan yg kelima dlm tahun Masihi (terdiri drpd 31 hari). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mei

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEI

Mei ialah bulan pada awal musim sejuk di

Hemisfera Selatan. Di zon sederhana utara dunia,

Mei adalah salah satu bulan yang paling indah

dalam setahun. Salji dan ais telah cair, dan musim

panas belum bermula. Tanaman taman mula

bertunas pada bulan Mei. Pokok dan rumput

menghijau dan tumbuhan liar berkembang mekar.

Bunga liar yang kembang pada bulan Mei di

Hemisfera Utara ialah mawar, anemone, hepatika,

forsythia, dogwood, dan violet. Banyak burung yang

membuat sarang, dan ibu burung mengeram telur

yang bakal menetas tidak lama lagi.

UMUM 
HARI MEI UMUM 
CHIANG SOONG MEI-LING UMUM 
PERISTIWA 13 MEI

PERISTIWA 13 MEI, rusuhan kaum yang berlaku di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969, akibat sentimen perkauman yang ketara dalam politik Malaysia.  Peristiwa ini berlaku selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum 1969.  Pilihan raya umum Semenanjung Malaysia diadakan pada 10 Mei 1969, manakala pilihan raya umum di Sabah dan Sarawak dijadualkan diadakan dalam masa dua hingga empat minggu selepas itu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PERCEVAL, SPENCER

Perceval, Spencer (1762–1812) ialah satu-

satunya perdana menteri British yang dibunuh

semasa memegang jawatan. Pada 11 Mei 1812,

ketika sedang memasuki lobi Dewan Rakyat, dia

ditembak oleh John Bellingham. Semasa

dibicarakan, Bellingham merayu dengan

mengatakan bahawa dia tidak siuman ketika

membunuh Perceval. Tetapi dia didapati bersalah

dan digantung sampai mati pada 18 Mei. Perceval

menjadi perdana menteri selama tiga tahun

semasa Perang Napoleon.

UMUM 
MALAM WALPURGIS

Malam Walpurgis ialah malam 1 Mei apabila

orang Jerman merayakan pesta St. Walpurgis.

Menurut legenda, para ahli sihir berkumpul pada

malam ini dan merayakan hari sabat di gunung

Brocken yang diliputi kabus, iaitu puncak yang

paling tinggi di Pergunungan Harz.

UMUM 
KUMBANG JUN

Kumbang Jun yang juga dikenali sebagai

pepijat Jun atau kumbang Mei ialah nama bagi

beberapa kumbang besar berwarna perang yang

sering dilihat di kawasan beriklim sederhana di

Hemisfera Utara pada bulan Mei dan Jun.

UMUM 
ZAITON OTHMAN

Zaiton Othman (1959 – ) ialah atlet Malaysia.

Dia lahir pada 3 Mei 1959 di Kepala Batas, Pulau

Pinang. Dia mendapat pendidikan di Sekolah

Kebangsaan Paya Keladi, Kepala Batas, Pulau

Pinang dan di Sekolah Menengah Perempuan St.

Georges, Pulau Pinang.

UMUM 
ABDUL GHAFAR BABA, TUN

Abdul Ghafar Baba, Tun ialah

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-6 (1986–

1993) dan ahli politik. Dia dilantik menjadi Timbalan

Perdana Menteri Malaysia pada 7 Mei 1986 setelah

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu,

Dato’ Musa Hitam meletakkan jawatan. Pada masa

yang sama, dia menyandang jawatan Menteri

Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Pada 15

Oktober 1993, dia meletakkan kedua-dua jawatan

ini setelah dia menarik diri daripada

mempertahankan jawatan Timbalan Presiden

UMNO. Abdul Ghafar juga dikenali sebagai “Bapa

Perpaduan Malaysia” dan “Bapa Pembangunan

Penjaja”.

Penjaja”.ialah

DU FU

Du Fu (712–770) merupakan salah seorang

penyair Agung China. Dia menamakan dirinya Zi

Mei.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas