Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ka.nik] | ميکانيک

Definisi : (mékanik) 1. orang yg mahir mem­baiki (atau menyenggara) jentera atau mesin; 2. tidak menggunakan fikiran, secara (ge­rakan) jentera, mekanis; 3. = ilmu ~ ilmu yg mengkaji segala yg berhubung dgn gerakan benda (gaya yg menyebabkan gerakan dll); ~ kuantum teori jirim dan sinaran elektromagnet yg menerangkan fenomena fizik pd pering­kat atom dan subatom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ka.nik] | ميکانيک

Definisi : /mékanik/ 1 orang yg membuat (menjaga, menjalankan) jentera atau mesin; orang yg mahir membaiki atau menyelenggarakan jentera atau mesin. 2 tidak menggunakan fikiran; secara jentera atau mesin. 3 = ilmu ~ ilmu mengenai segala yg berhubung dgn gerakan benda (daya yg menyebabkan gerakan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mekanik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan fomen, juruteknik, jurusawat, juruterap, jurutera.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
susunkan ayat di bawah membaiki Mekanik itu kereta sedang. ayat manakah yang lebih tepat? terima kasih. 1. Mekanik sedang membaiki kereta itu. 2. Mekanik itu sedang membaiki kereta.Ayat yang betul ialah Mekanik itu sedang membaiki kereta.Penyemakan dan penterjemahan30.03.2014
Jurutera mekanikJurutera mekanikalEjaan20.05.2011
istillah mana yang betul - 'kejuruteraan mekanik' atau 'kejuruteraan mekanikal' untuk perkataan 'mechanical engineering' kerana kedua-dua istillah ini digunakan oleh lain jabatan kerajaanIstilah yang betul ialah 'kejuruteraan mekanik' bagi 'mechanical engineering'.Istilah19.08.2006
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Saya Dr. Zair Asrar Ahmad daripada Jabatan Mekanik Gunaan dan Rekabentuk, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia. Saya ingin mendapatkan pendirian dan pengesahan rasmi daripada pihak DBP berkenaan penggunaan tanda kata kutip (" ") di dalam dokumen-dokumen rasmi untuk mewakili istilah Bahasa Inggeris. Untuk makluman, sesetengah istilah tersebut telah pun ada di dalam Bahasa Malaysia (rujukan Kamus Istilah Kejuruteraan DBP). Pihak fakulti sentiasa merujuk kepada kamus tersebut semasa menyemak abstrak pelajar di dalam dokumen tesis mereka. Pihak fakulti juga ingin menyarankan pihak DBP agar sentiasa mengemaskini kamus tersebut agar penggunaan Bahasa Malaysia yang betul sentiasa dapat dimartabatkan terutamanya di dalam dokumen rasmi di universiti. Pihak fakulti telah mendapat aduan dari pelajar yang mengatakan abstrak beliau betul dan disahkan oleh pihak DBP. Di dalam abstrak beliau, terdapat banyak penggunaan tanda kutip untuk mewakili istilah Bahasa Inggeris. Abstrak tersebut disertakan untuk rujukan pihak Tuan/Puan. Walaupun pihak fakulti merasakan perkara ini adalah tidar wajar dan merosakkan bahasa, pendirian dan peraturan rasmi DBP sebagai penjaga rasmi Bahasa Malaysia adalah dipohon tentang isu ini.Istilah umum atau khusus yang boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu tidak perlu diletakkan tanda petik.

Untuk makluman tuan, dalam buku Gaya Dewan terbitan DBP di bawah tajuk penggunaan "Tanda Petik". digunakan untuk  tujuan tertentu seperti:


a. Mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis.  Contoh: "Bila sampai?" tanya Husin.


b. Mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat.  Contoh: Rencana yang ditulisnya "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Persatuan Sains.


c. Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus.  Contoh:  Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini.
Tatabahasa17.07.2023
Assalamualaikum wbt saya ingin bertanya tentang soalan di bawah. Pilihan jawapan saya C. Adakah pilihan saya itu tepat? Saya kurang pasti dengan jawapan dan alasan sebab memilih pilihan C. Ada rakan saya kata jawapannya A. Sebab dia kata ayah bukan mekanik. Jadi ayah tidak punyai kepakaran. Terima kasih Ayah mempunyai_______ membaiki motosikal yg rosak. A. Kebolehan B. Kepintaran C. Kepakaran D. Kecekapan
Jawapan yang lebih sesuai ialah A. kebolehan
Tatabahasa17.10.2015
Saya ada soalan tentang Penyemakan dan penterjemahan perkataan bertanya Tuan/Puan. Saya mahu bertanya bahawa adakah perkataan “kerusakan” masuk dalam kamus dewan terkini DBP ( jika ada dalam kamus, apakah kata dasar kerusakan) dan perkataan “kerusakan” boleh atau tidak digunakan dalam karangan? Dalam Google, saya banyak lihat kerusakan digunakan. Lihat sini: https://rb.gy/n27llrEjaan yang betul ialah kerosakan yang membawa makna: 

kata nama

1. hal atau keadaan rosak.
Contoh penggunaan:
Mekanik akan memeriksa enjin kenderaan untuk mengenal pasti kerosakan yang dialami.

kata kerja tak transitif
2. mengalami keadaan rosak.
Contoh penggunaan:
Lori yang dipandunya kerosakan brek lalu merempuh plaza tol.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:1898).
Ejaan20.02.2024
Cahaya Petunjuk SAT 20:14 Cahaya Petunjuk Cahaya Assalamualaikum dan salam sejahtera, Admin. Saya mahu bertanya. Apakah sumbangan DBP dalam perkamusan ? terima kasih.Waalaikumussalam, Puan, sumbangan DBP dalam perkamusan ialah menghasilkan kamus dalam bentuk bercetak dan digital. Kamus yang telah dihasilkan dalam bentuk bercetak terdiri daripada kamus ekabahsa dan kamus dwibahasa. KAMUS YANG DIUSAHAKAN OLEH BAHAGIAN PERKAMUSAN Kamus Ekabahasa 1. Kamus Dewan 2. Kamus Bahasa Malaysia Edisi Pelajar 3. Kamus Dewan (Ejaan Baru) 4. Kamus Rendah Dewan Bergambar 5. Kamus Dewan Edisi Baru 6. Kamus Kebalikan Dewan 7. Kamus Dewan Edisi Ketiga 8. Kamus KBSR Dewan Bergambar Edisi Kedua 9. Kamus Dewan Edisi Keempat 10.Kamus Pelajar Edisi Pertama 11.Kamus Pelajar Edisi Kedua 12.Kamus Saku Bahasa Melayu Dewan 13.Kamus Dewan Edisi Keempat 14.Kamus Pelajar Edisi Kedua Kamus Dwibahasa 1. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu 2. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan Edisi Ringkas 4. Kamus Perancis-Melayu 5. Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu Edisi Kedua 6. Kamus Thai-Melayu Dewan 7. Kamus Melayu-Inggeris Dewan 8. Kamus Tamil-Melayu Dewan 9. Kamus Cina-Melayu Dewan Kamus Istilah 1. Kamus Istilah Sains Am 2. Kamus Perhutanan 3. Kamus Biologi KBSM 4. Kamus Perakaunan 5. Kamus Hidrometeorologi 6. Kamus Mekanik Gunaan 7. Kamus Perubatan 8. Kamus Kimia KBSM 9. Kamus Ekologi 10.Kamus Fizik KBSM 11.Kamus Ekonomi 12.Kamus Komputer 13.Kamus Kewangan 14.Kamus Kejuruteraan Kimia 15.Kamus Pelaburan 16.Kamus Linguistik 17.Kamus Meteorologi Perhubungan 18.Kamus Matematik KBSM 19.Kamus Perbankan 20.Kamus Teknik Elektrik 21.Kamus Kejuruteraan Kimia Edisi Kedua 22.Kamus Kejuruteraan Polimer Hasil Berbentuk Elektronik yang diusahakan oleh pihak luar dengan menggunakan data kamus DBP 1. Dewan-Eja (Perisian komputer untuk menyemak ejaan Bahasa Melayu 2. E-Kamus (Cakera padat yang mengandungi Kamus Dewan, Kamus Inggeris Melayu Dewan dan Kamus Komputer 3. CD Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM (Kamus Interaktif, ilustrasi, animasi, dan audio permainan) 4. Dewan Eja Pro - Kamus-kamus yang terdapat dalam PRPM (digital: 1. Kamus Dewan Edisi Keempat 2. Kamus Pelajar Edisi Kedua 3. Kamus Inggeris-Melayu Dewan 4. Kamus-kamus lain.Lain-lain05.11.2016

Kembali ke atas