Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ka.nik] | ميکانيک

Definisi : (mékanik) 1. orang yg mahir mem­baiki (atau menyenggara) jentera atau mesin; 2. tidak menggunakan fikiran, secara (ge­rakan) jentera, mekanis; 3. = ilmu ~ ilmu yg mengkaji segala yg berhubung dgn gerakan benda (gaya yg menyebabkan gerakan dll); ~ kuantum teori jirim dan sinaran elektromagnet yg menerangkan fenomena fizik pd pering­kat atom dan subatom. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ka.nik] | ميکانيک

Definisi : /mékanik/ 1 orang yg membuat (menjaga, menjalankan) jentera atau mesin; orang yg mahir membaiki atau menyelenggarakan jentera atau mesin. 2 tidak menggunakan fikiran; secara jentera atau mesin. 3 = ilmu ~ ilmu mengenai segala yg berhubung dgn gerakan benda (daya yg menyebabkan gerakan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mekanik (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan fomen, juruteknik, jurusawat, juruterap, jurutera.,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
wattwattUnit ukuran kuasa mekanik, haba dan elektrik.Menengah Atas
penjanageneratorMesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. Dalam stesen jana kuasa, penjana biasanya digerakkan oleh turbin stim atau turbin air.Menengah Rendah
dinamodynamoAlat yang menukarkan tenaga mekanik (tenaga keupayaan dan tenaga kinetik) kepada tenaga elektrik.Menengah Rendah
penjanageneratorMesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. Lihat RajahMenengah Atas
dinamodynamoPenjana yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. Lihat RajahMenengah Atas
penjana hidroelektrikhydroelectric generatorMesin yang menggunakan tenaga mekanik air untuk memutarkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik.Menengah Atas
penjana arus terusdirect current generatorMesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik yang mengalir pada satu arah sahaja.Menengah Atas
penjana arus ulang-alikalternating current generatorMesin yang menukarkan tenaga mekanik kepada arus ulang-alik.Menengah Atas
motor elektrikelectric motorAlat penukar tenaga yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanik.Menengah Atas

Kembali ke atas