Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lam.bung] | ملامبوڠ

Definisi : mendatangi (menyerang, me­langgar, dll) dr samping; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lam.bung] | ملامبوڠ

Definisi : 1. naik atau membuang ke atas tinggi-tinggi (burung terbang, bola, dll): akibat letupan itu sebuah tong telah ~ ke udara setinggi seratus kaki; 2. ki memuncak naik (harga, nasib, kegirangan, dll): harga getah telah ~ tinggi dlm tempoh itu; 3. ki memberi pujian atau sanjungan yg tinggi; setinggi­-tinggi ~ surutnya ke tanah juga prb selalu kembali ke asalnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lam.bung] | ملامبوڠ

Definisi : 1 naik atau melantun ke atas (spt bola, perahu yg dipukul ombak dll). 2 memuncak naik (ttg harga dsb): Pd masa itu, harga getah ~ tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambung
Kata Terbitan : melambung, terlambung-lambung,

Puisi
 

Tanjung jati melambung pukat,
     Buluh perindu tidak berdahan;
Sayu hati memandang tempat,
     Hati rindu tidak tertahan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Untung melambung,
     malang menimpa.

Bermaksud :

Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
upswingn melambung, menjulang: a marked ~ in consumer spending, perbelanjaan pengguna yg melambung dgn ketara; on the ~, sedang meningkat: business activity is on the ~, aktiviti perniagaan sedang meningkat.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sky-rocket vi melambung /tinggi, naik/, melangit: house prices have ~ed over the past few months, harga rumah telah melambung naik dlm beberapa bulan ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
shoot~ up, a. increase sharply, melambung naik: coffee shot up to $16.00 a kilo within three months, harga kopi melambung naik kpd $16.00 sekilo dlm masa tiga bulan; b. rise sharply, meluncur naik: the rocket shot up into the sky, roket itu meluncur naik ke langit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bucketvi 1. move jerkily, melambung-lambung: the jeep ~ed along the bumpy road, jip itu melambung-lambung di sepanjang jalan yg tdk rata itu; 2. (of rain) turun mencurah-curah: it’s been ~ing down since early this morning, hujan turun mencurah-curah sejak awal pagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
toss2. make a decision by flipping a coin, melambung duit: let’s ~ for the last piece of toffee, mari kita melambung duit utk menentukan siapa mendapat tofi yg tinggal satu ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
toss5. flip (a coin) to decide, melambung (duit): we’ll ~ a coin to decide who shall go, kita akan melambung duit utk menentukan siapa yg akan pergi; I’ll ~ you for the last apple, mari kita lambung duit utk menentukan siapa antara kita yg akan mendapat epal yg penghabisan ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
superlative 2. expressions of high praise, puji-pujian yg melambung-lambung: a letter full of ~s about what he has seen, sepucuk surat yg penuh dgn pujian yg melambung-lambung ttg apa yg telah dilihatnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
soar 4. increase rapidly in value, volume, etc, (of prices, rent, cost, etc) melambung naik; (of temperature) meningkat naik: rents have ~ed during the last few months, sewa telah melambung naik dlm masa beberapa bulan kebelakangan ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
toss~ up, a. /see ~ /so., st /into the air; b. flip a coin to decide st, melambung duit: they ~ed up to decide whether to go or to stay, mereka melambung duit utk menentukan sama ada hendak pergi atau tdk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
jumplain; impatient to find out how the story ended, she ~ed to the last chapter, krn tdk sabar utk mengetahui kesudahan cerita itu, dia melompat ke bab akhir; 6. rise suddenly, melambung naik, /meningkat, bertambah/ dgn /tiba-tiba, mendadak/; (of price, rent, etc), /melambung, melompat/ naik, naik dgn /tiba-tiba, mendadak/: exports ~ed last year, eksport melambung naik tahun lepas; the population ~ed to 16,000,000, jumlah penduduk meningkat dgn tiba-tiba ke 16,000,000; due to the sudden increase in demand, the price of palm oil ~ed sharply, oleh sebab permintaan bertambah dgn tiba-tiba, harga minyak sawit melambung naik; 7. (of heart) berdebar-debar: her heart ~ed at the sight of him, hatinya berdebar-debar apabila terpandang lelaki itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas